Buat peminat motosikal dan kereta terutamanya melibatkan hobi kustom, acara Art of Speed pastinya tidak asing lagi buat anda. Acara yang cukup dinantikan saban tahun oleh pelbagai lapisan masyarakat ini bakal kembali lagi pada tahun ini dengan menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan meriah.
Bakal menelusuri edisi ke-12, Art of Speed telah berkembang dengan cukup luar biasa dari tahun ke tahun. Edisi tahun lalu sahaja menyaksikan ia diadakan dengan begitu hebat dan luar biasa.
Penyertaan pempamer dan peminat kustom automotif dari Malaysia dan luar negara menonjolkan sesuatu yang cukup eksklusif dan lain daripada yang lain. Edisi pada tahun ini, Art of Speed bakal tampil dengan acara yang lebih besar.
Lebih menarik acara bakal berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2023 ini bakal diadakan di MAEPS berkeluasan 350,000 kaki persegi dan ruang luarseluas 8.6 ekar. Bahkan instalasi yang diadakan nanti bakal mengambil alih setiap dewan acara di MAEPS.
“Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”
Ads
“Pada tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya, bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” jelas Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
KOMUNITI ANTARABANGSA
AOS 2023 juga bakal menyaksikan penyertaan komuniti kustom antarabangsa seperti dari Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia dan Thailand. Nama-nama besar seperti MOONEYES, Cycle Zombies dan V-Twin Visionary pastinya cukup dikenali peminat-peminatnya di Malaysia.
Jetwrench_artstudio – Jepun
Di antara acara terbaru yang diperkenalkan untuk edisi tahun ini ialah Outdoor ThuderCircus di mana ia merupakan kawasan terbuka dikhaskan untuk peminat motosikal.
Ads
Selain itu, Dewan B pula diambil alih oleh Hot Wheels Collector Convention yang merupakan pertama kali seumpamanya diadakan di Asia Tenggara. Hot Wheels Legends Tour juga bakal membuat penampilan pertama dengan menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa.
Acara muzik SoundCircus juga diteruskan pada tahun ini dengan barisan band dan penyanyi yang akan membuat persembahan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
Penamat acara AOS2023 juga cukup hebat dengan seorang pemenang yang memegang tiket bertuah akan membawa pulang sebuah kereta Toyota Celica 1979 bermodifikasi!
Ads
PAS MASUK
Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA.
Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. AOS 2023 akan menjual pas Speed Lane, yang dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi; berharga RM60.00 sah untuk kedua-dua hari.
Pengunjung juga berhak menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D. Dewan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass akan tersedia atas talian tidak lama lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh lebih seminggu sahaja lagi penggemar automotif di negara kita bakal emnyaksikan ekspo terbesar diadakan pada tahun ini.
Penganjuran Malaysia Motor Expo (MME) 2022 dijangka akan menjadi salah satu highlight yang cukup dinantikan bukan sahaja peminat automotif tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia secara amnya.
Seperti edisi terdahulu penganjuran kali ini dijangka akan dihadiri ribuan ‘kaki kereta’ yang cukup teruja selepas beberapa tahun terlepas acara seperti ini akibat pandemik. Berlangsung dari 11 hingga 13 November 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), pelbagai jenama automotif berpengaruh bakal mempertontonkan model-model terkini.
Selain itu turut dilangsungkan sama ialah International Automodified (IAM) yang merupakan acara terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Acara yang disokong sepenuhnya oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii) ini semestinya tidak harus anda lepaskan.
Berikut 10 sebab dan tarikan menarik yang akan ditawarkan sepanjang MME 2022!
1. Hyundai bakal mempertontonkan model 10 seater, STARIA dan kereta elektrik, KONA.
2. Ford menawarkan window tint percuma kepada setiap pembelian generasi baharu Ford Ranger XLT Plus. Ia bakal menjadi highlight terbesar mereka di ekspo kali ini.
3. Subaru akan tampilkan model XV dan Forester terbaru.
4. GWM menawarkan pra-tempahan dengan pelancaran dari Menteri untuk kereta EV.
5. Proton EON menawarkan barangan eksklusif untuk tempahan dari 11 hingga 13 November 2022.
6. Mazda akan memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama mereka, Mazda MX30 dan juga model Mazda CX3 1.5L.
7. Baucar RM500 dan barangan eksklusif dari Mitsubishi kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar untuk model Xpander.
8. KIA turut menampilkan model EV6, kereta elektrik sepenuhnya yang pertama mereka.
9. Inggres Volvo menyediakan goodie bags istimewa buat pengunjung yang melakukan tempahan. Selain itu, ia turut diberikan untuk program referral.
10. Hadiah dan tawaran menarik dari Shopee selaku platform e-dagang dan rakan tiket MME 2022 seperti diaskaun sehingga RM300 dari penjual terpilih, baucar free shipping, coin cashback, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran menarik ini sepanjang penganjuran Malaysa Motor Expo 2022 pada kali ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pertama sekali MASKULIN ingin tegaskan bahawa tidak semua dan tidak banyak bengkel di negara kita ini yang suka mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Namun ada segelintir yang sedikit tamak sentiasa fikirannya ligat mencari akal untuk menipu dan mengenakan bayaran bukan-bukan kepada pelanggan.
Disebabkan itulah kita harus bijak memilih bengkel yang boleh dipercayai. Sebelum menghantar kereta ke bengkel ambillah tahu serba sedikit tentang komponen kereta anda. Sekurang-kurangnya tidaklah mudah anda tertipu.
Bengkel yang tidak jujur biasanya mempunyai modus operandi tertentu dalam usaha mereka memerangkap pengguna yang mungkin agak naif. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dilakukan oleh pakarradiator.com yang menyenaraikan beberapa jenis perkara biasa dilakukan mereka untuk menipu pelanggan.
Berikut antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh bengkel yang ingin mengambil kesempatan.
TIDAK TUNJUK KEROSAKAN
Ini antara alasan yang cukup banyak berlaku. Dikatakannya rosak di bahagian tertentu tetapi kerosakan tidak ditunjukkak malah terus tukar komponen baru. Bahkan sampai ke sudah pun tidak ditunjuk kepada kita part yang rosak. Jadi sebaiknya carilah bengkel yang dipercayai dan sentiasa minta tunjuk di manakah bahagian yang rosak. Serta minta mereka jelaskan secara ringkas kerosakan tersebut.
TUKAR KOMPONEN TAK ROSAK
Niat anda nak baiki satu bahagian atau komponen sahaja. Tapi akhirnya segala macam perkara kena tukar baru. Lebih teruk ia ditukar tanpa dibertahu kepada kita terlebih dahulu. Walhal sebelum ini elok sahaja kereta tu.
ALASAN KEROSAKAN RUMIT & SUKAR HENDAK DIJELASKAN
Sebagai pemilik kereta kita semestinya mahu tahu apakah jenis kerosakan yang berlaku. Namun jika ada bengkel yang berdalih dengan alasan kerosakan terlalu rumit dan sukar untuk dijelaskan kerana anggap kita tak faham maka berwaspadalah.
Anda membayar servis mereka maka anda ada hak untuk tahu setiap perincian kerosakan dan sebarang pembaikian dan pertukaran komponen atau spare part.
Salah satu lagi taktik ialah menyenaraikan komponen dalam caj tapi sebenarnya tidak ditukar pun! Jika pemilik kereta yang kurang arif berkenaan komponen dalaman memang ada potensi untuk jadi mangsa penipuan. Lebih malang bila selepas ambil kereta, kerosakan itu datang kembali sebab komponen yang dikatakan telah ditukar itu betul-betul rosak.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda. Ingat, jangan biarkan diri anda jadi mangsa penipuan! Tak salah pun kalau anda ingin lebih berhati-hati dan banyak tanya.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan video menarik seperti di bawah!