Jangan pandang mudah dengan bahaya kanser tekak. Jika rasa tidak selesa pada tekak berlarutan, mungkin itu antara tanda serangan kanser tekak bermula.
Walaupun kanser tekak ini lebih banyak menyerang lelaki, namun wanita juga tidak boleh mengabaikan risiko kanser tekak ni.
Ikuti perkongsian Muhamad Firdaus Rahim menerusi page hello Doktor untuk mengetahui info lanjut tentang kanser tekak yang lebih ramai menyerang lelaki.
Jadi selepas ini jika ada enam tanda yang dinyatakan ini dan berlaku secara berlarutan, jangan berlengah. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan makin serius seterusnya membawa pada kanser tekak.
Kanser Tekak: Lebih 80% Adalah Dalam Kalangan Lelaki
Kanser tekak berbunyi seperti sangat menakutkan dan menyeksakan. Mana tidaknya, fungsi penting seperti bercakap, bernafas, makan dilakukan oleh bahagian badan ini. Jika terjejas, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan semua itu.
Menurut World Cancer Research Fund, kanser tekak mencatatkan hampir 500,000 kes di seluruh dunia pada tahun 2018. Daripada angka tersebut, lebih 80% adalah dalam kalangan lelaki (390,361) manakala baki kurang daripada 20% melibatkan wanita (89,635).
Ads
Apa itu tekak?
Perkataan tekak atau throat dalam bahasa Inggeris ialah satu istilah yang terlalu umum dan tidak jelas. Dalam perubatan, tekak merangkumi dua bahagian utama bermula dari tiub di belakang hidung hingga kerongkong (esofagus) dan trakea. Bahagian tersebut disebut sebagai:
Faring/pharynx (terdiri kepada 3 bahagian; nasopharynx, oropharynx, laryngopharynx)
Laring/larynx
Fungsi utama faring ialah menghubungkan antara mulut dan tiub pemakanan esofagus manakala laring pula berhubung dengan tiub pernafasan trakea dan mengandungi peti suara yang bertanggungjawab menghasilkan suara untuk bercakap.
Lebih separuh daripada kanser tekak berlaku di faring.
Simptom kanser tekak berkait dengan fungsi faring dan laring
Kanser ini cenderung untuk berkembang dengan cepat. Oleh itu, rawatan awal adalah sangat penting demi memastikan pesakit mampu sembuh dan bebas kanser.
Apabila terdapat ketumbuhan pada tekak, fungsinya akan terganggu.
Ads
Simptom yang mungkin berlaku ialah:
1. Perubahan pada suara seperti suara pecah atau serak.
2. Menghadapi masalah untuk menelan atau bernafas.
3. Sakit tekak, batuk, atau sakit telinga yang berlarutan.
4. Sakit kepala.
5. Ketulan pada leher.
6. Berat badan hilang tanpa dirancang.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas dan ia berlarutan beberapa minggu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan di pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan kanser tekak tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Doktor perlu menjalankan beberapa ujian dan pemeriksaan untuk membuat penilaian.
Tetapi jangan pula anda terlalu bimbang jika berlaku mana-mana simptom yang disebutkan. Ia tidak bermakna anda menghidap kanser tekak. Doktor akan melihat kepada sebab-sebab yang lebih kerap berlaku (seperti jangkitan virus atau bakteria) sebelum pergi kepada kanser.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang yang banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.
Apabila metabolisme meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.
Seseorang yang mempunyai metabolisme tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.
Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 5 cara mudah ini untuk anda tingkatkan metabolisme badan.
1. Minum banyak air masak
Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain meningkatkan metabolisme.
2. Buat senaman membina otot
Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme anda.
3. Makanan pedas
Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme.
4. Amalkan minum teh hijau
Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
5. Jangan makan lepas 7 malam
Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme memang rendah pada waktu itu.
Buat lelaki, korang tahu tak 40% masalah kemandulan korang berpunca daripada kualiti sperma? Bunyinya menyedihkan bukan? Itulah fakta. Jom baca informasi berkaitan masalah kemandulan ini.
1. Kemalangan
Jika korang pernah mengalami kemalangan atau terjatuh hingga menyebabkan rasa sakit pada testis, korang harus berjaga-jaga. Korang mungkin sudah tidak berasa sakit bebrapa ketika selepas terjatuh tetapi testis mungkin mengalami masalah dan jika masalah itu merebak kepada spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma), fungsi testis akan terjejas dan tidak mampu lagi menghasilkan sperma yang berkualiti.
2. Kesihatan
Jika korang seorang perokok tegar, hati-hati. kadar nikotin dalam tubuh orang yang merokok boleh mengurangkan atau merosakkan sperma yang dihasilkan. Lelaki yang kerap ambil ubat-ubatan mengandungi steroid juga perlu berhati-hati. Memang benar, steroid adalah hormon sitesis yang bantu membentuk tubuh tetapi dalam masa sama ia boleh menyumbang masalah ketidaksuburan pada lelaki. Selain itu, tekanan di tempat kerja. Bawa pula tekanan ke rumah. Apabila badan tertekan, ia tidak mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.
3. Keturunan
Azoospermia yang bermaksud kekurangan sel sperma dalam air mani (atau dalam sesetengah kes-tiada langsung!) adalah disebabkan faktor genetik yang dibawa samada gen daripada ibu atau bapa.
4. Cara Pemakaian
Lelaki yang suka memakai seluar ketat perlu berhati-hati. tabiat anda itu boleh menyebabkan suhu pada testis meningkat dan mengakibatkan pengeluaran sperma menurun. Jadi, tak payahlah nak ikut trend sangat dengan memakai seluar kecil atau ketat. Buruk padahnya!
Gaya hidup yang sihat mampu menyelamatkan anda daripada masalah-masalah ini. Sekiranya korang rasa was-was dengan tahap kesihatan lebih-lebih lagi melibatkan alat sulit, jalanilah ujian seperti ujian menentukan kandungan sperma air mani. Jangan bila sudah beberapa tahun berkahwin, suami pandang muka isteri, isteri pandang muka suami bila tak ada anak!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang ingin memiliki bentuk badan yang kelihatan tegap dan sado tapi tak mampu untuk mendaftar ke gym atau mungkin disebabkan malas dan tiada masa untuk ke gym. Kita juga sebenarnya boleh juga jika ingin untuk membina badan di rumah.
Kita perlu fokus pada latihan seluruh tubuh. Anda harus cuba untuk mengurangkan lemak pada tubuh sehingga otot-otot perut anda akhirnya timbul. Untuk mencapai ini, kita perlu mengamalkan kombinasi makanan yang sihat dan latihan rutin senaman yang efektif.
Berikut adalah 6 cara bagaimana untuk anda membina badan hanya dengan berada di rumah sahaja dengan mudah:
Berikan komitmen untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang – ini adalah sangat penting untuk anda mendapatkan tubuh yang sihat. Gantikan karbohidrat sederhana yang anda ambil dengan karbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat pada pagi hari. Hindari makanan segera seboleh mungkin
Dapatkan protein yang mencukupi kerana protein membantu kita untuk menguatkan jaringan otot ketika kita kehilangan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk mendapatkan protein yang lengkap.
Minum 500ml air sejuk setiap kali ketika anda bangun tidur. Air sejuk boleh menjadikan tubuh kita untuk bekerja lebih keras dan memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang peningkatan metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
Lakukan aerobik yang aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Lakukan aktiviti berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara gerak laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging dengan perlahan selama tiga minit dan gantikan dengan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan.
Gabungkan latihan rutin untuk membina kekuatan tubuh selama 3 hari dengan tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan ia akan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan penggunaan mesin angkat beban dan tanpa beban.
Cuba dapatkan seboleh-bolehnya 8 jam tidur setiap hari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita agar memiliki tenaga untuk latihan yang seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur boleh juga menyebabkan kelaparan dan seterusnya penambahan berat badan.
Cuba amalkan 6 cara ini untuk anda membina badan di rumah secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk mendapatkan bentuk badan abang sado yang amat anda inginkan itu.
Selamat mencuba dan admin harapkan agar anda berjaya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.