Baru-baru ini, MINI Malaysia menganjurkan MINIscape 2022, acara komuniti cukup dinanti-nantikan yang kini kembali setelah tiga tahun berlalu. Acara jelajah ini yang mengujakan dari Kuala Lumpur ke Perak telah disertai oleh lebih 200 warga MINIac.
Pengembaraan tersebut bermula di Marina Putrajaya, di mana 90 buah kenderaan MINI yang mempesonakan telah berkumpul sebelum berkonvoi ke DoubleTree by Hilton Damai Laut.
Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia berkongsi, “Komuniti MINIac sejak sekian lama melambangkan siapa kami sebenarnya sebagai sebuah jenama dan telah menjadi sumber ilham bagi apa yang kami lakukan buat para pelanggan kami di dalam negara.
“Komuniti ini berdorongkan Big Love serta semangat ke atas pengembaraan yang mengujakan; mereka terus memberi sokongan yang padu termasuk di kala pandemik, justeru kami berbesar hati untuk terus membekalkan keseronokan kepada mereka.
“MINIscape 2022 merupakan tanda penghargaan kecil kami atas kesetiaan yang dipamerkan oleh warga MINIac dan kami gembira kerana berpeluang untuk melihat ukhwah yang terjalin antara para pemilik MINI sepanjang acara tersebut.”
MINIscape 2022 telah menawarkan warga MINIac dan insan-insan kesayangan mereka sebuah pengalaman yang sarat dengan aktiviti-aktiviti menarik, bermula dengan aktiviti Treasure Hunt sepanjang perjalanan mereka ke Damai Laut.
Setelah tiba, para tetamu bebas untuk menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang dirancang oleh MINI Malaysia, ia termasuk dayung berdiri, menunggang ATV, berbasikal dan berlayar bot tunda.
Masih berpegang kepada cinta MINI ke atas keseronokan maksimum, warga MINIac juga disambut dengan sesi makan malam merangkap karnival dengan aneka permainan retro seperti Rodeo Bull, Power Slam dan Straight Shooter, antara lainnya. Untuk menyerikan lagi malam tersebut, para tetamu dihiburkan oleh ahli silap mata, penjugel, aneka persembahan karnival, dan juga persembahan muzik.
Jangan lupa subscribe YoutTube MASKULIN untuk seleksi video automotif paling gempak seperti di bawah!