Coway, syarikat Best Life Solution semalam telah berjaya menghimpun lebih 10,000 peserta dalam acara larian tahunannya, Coway Run. Bertemakan “Enter Our World“, Coway mengalu-alukan orang ramai untuk melangkah ke Coway’s World untuk merasai pengalaman yang menakjubkan dari perspektif Coway. Coway Run merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia bagi membuktikan komitmen syarikat dengan cogan kata “Change Your Life” serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang merupakan salah satu lokasi paling bersejarah di Malaysia, Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi pelepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.
“2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik,” kata Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi .
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini (larian 21km separuh maraton) meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.
“Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” tambahnya.
Larian 5km mesra keluarga tahun ini menampilkan halangan seperti terowong kabus, terowong penggelek dan labirin tilam yang diilhamkan daripada produk terkini Coway seperti Penyaman Udara Coway, Kerusi Urut Coway dan siri tilam premium.
Terowong pemercik air dan terowong angin yang mewakili penulen air serta udara Coway membantu menyejukkan badan para peserta dan membawakan pengalaman berlari yang menyeronokkan untuk para peserta. Produk-produk Coway bersaiz besar, Water Café, gerai permainan interaktif disediakan untuk memeriahkan suasana.
Coway Run 2023 juga menyediakan ruang kepada peserta untuk memberikan impak positif kerana RM10 daripada hasil jualan setiap tiket akan didermakan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway. Coway sentiasa komited untuk mewujudkan sebuah dunia dimana manusia dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni.
Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.