Coway, syarikat Best Life Solution semalam telah berjaya menghimpun lebih 10,000 peserta dalam acara larian tahunannya, Coway Run. Bertemakan “Enter Our World“, Coway mengalu-alukan orang ramai untuk melangkah ke Coway’s World untuk merasai pengalaman yang menakjubkan dari perspektif Coway. Coway Run merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia bagi membuktikan komitmen syarikat dengan cogan kata “Change Your Life” serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang merupakan salah satu lokasi paling bersejarah di Malaysia, Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi pelepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.
Acara Baharu, Larian 21km Separuh Maraton
“2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik,” kata Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi .
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini (larian 21km separuh maraton) meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.
Ads
“Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” tambahnya.
Aktiviti Menarik Selain Berlari
Larian 5km mesra keluarga tahun ini menampilkan halangan seperti terowong kabus, terowong penggelek dan labirin tilam yang diilhamkan daripada produk terkini Coway seperti Penyaman Udara Coway, Kerusi Urut Coway dan siri tilam premium.
Ads
Terowong pemercik air dan terowong angin yang mewakili penulen air serta udara Coway membantu menyejukkan badan para peserta dan membawakan pengalaman berlari yang menyeronokkan untuk para peserta. Produk-produk Coway bersaiz besar, Water Café, gerai permainan interaktif disediakan untuk memeriahkan suasana.
Ads
Lari Sambil Beramal
Coway Run 2023 juga menyediakan ruang kepada peserta untuk memberikan impak positif kerana RM10 daripada hasil jualan setiap tiket akan didermakan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway. Coway sentiasa komited untuk mewujudkan sebuah dunia dimana manusia dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni.
Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Elak minum kalau perut kosong
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Guna uncang sekali saja
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Anda habis kerja dah pukul 6 petang. Lepas tu pergi makan petang dan sampai rumah dah pukul 830 malam. Punyalah penat seharian di pejabat. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak dan anda perlu tidur awal. Lakukan sahaja senaman di rumah.
Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan? Jadi kali ini saya akan terangkan pada anda beberapa lagi senaman untuk anda lakukan di rumah. Seperti anda sedia maklum, senaman bodyweight exercise adalah alternatif kepada senaman dengan menggunakan alatan. Jadi tidak ada alasan untuk anda tidak bersenam dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Tidak ramai yang sedar bahawa senaman menggunakan bodyweight exercise boleh meningkatkan daya flexibility, mobility dan kekuatan (strength) secara semula jadi. Hasilnya tubuh badan anda tegap secara semula jadi berbanding menggunakan equipment.
Dip Chair Single Leg Lift
Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi kemudian angkat sebelah kaki anda. Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini untuk membina otot di bahagian tricep dan anterior deltoid (shoulder). Anda boleh menambah intensity dengan mengangkat sebelah kaki anda atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
Push Press Single Arm
Mulakan dengan posisi push up kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu. Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
Spiderman Push Ups
Sekiranya anda dah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan spiderman push up. Selain membina otot di bahagian chest dan triceps, spiderman push ups membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
Jumping Squat
Senaman ini lebih kepada membina otot pada kaki serta pembakaran kalori. Senaman ini adalah cara terbaik membakar lebih lemak pada kaki anda. Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit. Jika ada rasa ada tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Kalau boleh, cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput, pakai kasut yang tapaknya tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu dan ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan malah turut terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaiannya untuk anda jika anda benar-benar mahu lemak di perut hilang tetapi dengan syarat, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti berikut :
Bicycle Exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Vertical Leg Crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
Senam Lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Sit Up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Diharapkan dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk mengurang lemak di perut dan semoga senaman yang dilakukan akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, amalkan selalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.