Aktiviti larian kompetitif kini dilihat kembali mewarnai hujung minggu di kalangan rakyat Malaysia. Selepas lebih dua tahun aktiviti penganjuran pertandingan larian tidak dapat dijalankan, kini ia dilihat semakin aktif semula.
Salah satu acara larian yang sering dinantikan oleh peminatnya ialah Garmin Run Asia. Pada tahun ini, Garmin Run Asia Series 2022 kembali dengan kehangatan yang berkali ganda hebatnya.
Acara larian yang diadakan cukup meriah ini berlangsung di Dataran Kehakiman Putrajaya pada 11 September yang lalu. Kembalinya acara larian yang berskala besar seperti ini mencerminkan keterujaan pencinta aktiviti larian yang rata-rata cukup gembira dengan penganjuran seperti ini.
Jika penganjuran sebelum pandemik menyaksikan lebih 7,000 peserta pada tahun ini pula menyaksikan penyertaan yang jauh lebih tinggi. Pihak penganjur, Garmin Malaysia menerusi kenyataan medianya berkata lebih 10,000 peserta mengambil bahagian.
Lebih menarik penyertaan dilihat terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sebagai jenama yang mengangkat gaya hidup sihat, Garmin Malaysia melihat kejayaan penganjuran pada tahun ini merupakan satu visi yang selari dengan apa yang dibawa jebama mereka.
Pada hari larian, acara pertama dilepaskan ialah maraton pada jam 3 pagi. Ia kemudian diikuti dengan kategori yang lain seperti 21km, 10km dan 5km.
Bagi mereka yang menlengkapkan larian menerima e-sijil. Manakala hadiah wang tunai pula bernilai dari RM300 hingga RM800 bagi kategori 21km. Untuk hadiah larian 42km atau maraton pula dari RM500 hingga RM1000.
Berikut merupakan senarai pemenang yang telah menampilkan aksi cukup menari di Garmin Run Asia Series 2022.
10KM Women’s Open
Lim Teng Doll
10KM Men’s Open
Azwan Bin Bunjing
21KM Malaysian Women’s Open
Noor Amelia BT Musa
21KM Malaysian Men’s Open
Poo Vasanthan A/L Subramaniam
21KM Malaysian Women’s Senior Open
Sea Hui Thin
21KM Malaysian Men’s Senior Open
Suresh A/L Munianday
21KM International Women’s Open
Looi Mei Yan
21KM International Men’s Open
Muthoni Bernard Mwendia
42KM Malaysian Women’s Open
Pow Chia Ling
42KM Malaysian Men’s Open
Lim Kok Leong
42KM Malaysian Women’s Senior Open
Kartini Ahmad Kamal
42KM Malaysian Men’s Open
Mohd Rashid Bin Rahim
Selain itu, cabutan bertuah berupa hadiah produk Garmin bernilai RM10,000 juga diberikan untuk peserta bertuah.
Menurut Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin, Garmin Malaysia berasa cukup berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini.
“Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat mengambil berat akan kesihatan dan juga gaya hidup yang lebih sihat. Ia selari dengan visi jenama kami yang mahu mengajak orang ramai sama-sama meningkatkan aktiviti gaya hidup sihat sambil bergembira,” jelasnya lagi.
Tahniah buat semua pemenang pada penganjuran kali ini. Semoga tahun hadapan ia berlangsung lebih meriah dan berjaya lagi!