Aktiviti larian kompetitif kini dilihat kembali mewarnai hujung minggu di kalangan rakyat Malaysia. Selepas lebih dua tahun aktiviti penganjuran pertandingan larian tidak dapat dijalankan, kini ia dilihat semakin aktif semula.
Salah satu acara larian yang sering dinantikan oleh peminatnya ialah Garmin Run Asia. Pada tahun ini, Garmin Run Asia Series 2022 kembali dengan kehangatan yang berkali ganda hebatnya.
Acara larian yang diadakan cukup meriah ini berlangsung di Dataran Kehakiman Putrajaya pada 11 September yang lalu. Kembalinya acara larian yang berskala besar seperti ini mencerminkan keterujaan pencinta aktiviti larian yang rata-rata cukup gembira dengan penganjuran seperti ini.
Jika penganjuran sebelum pandemik menyaksikan lebih 7,000 peserta pada tahun ini pula menyaksikan penyertaan yang jauh lebih tinggi. Pihak penganjur, Garmin Malaysia menerusi kenyataan medianya berkata lebih 10,000 peserta mengambil bahagian.
Lebih menarik penyertaan dilihat terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sebagai jenama yang mengangkat gaya hidup sihat, Garmin Malaysia melihat kejayaan penganjuran pada tahun ini merupakan satu visi yang selari dengan apa yang dibawa jebama mereka.
Pada hari larian, acara pertama dilepaskan ialah maraton pada jam 3 pagi. Ia kemudian diikuti dengan kategori yang lain seperti 21km, 10km dan 5km.
Bagi mereka yang menlengkapkan larian menerima e-sijil. Manakala hadiah wang tunai pula bernilai dari RM300 hingga RM800 bagi kategori 21km. Untuk hadiah larian 42km atau maraton pula dari RM500 hingga RM1000.
Ads
SENARAI PEMENANG
Berikut merupakan senarai pemenang yang telah menampilkan aksi cukup menari di Garmin Run Asia Series 2022.
10KM Women’s Open
Lim Teng Doll
10KM Men’s Open
Azwan Bin Bunjing
21KM Malaysian Women’s Open
Noor Amelia BT Musa
Ads
21KM Malaysian Men’s Open
Poo Vasanthan A/L Subramaniam
21KM Malaysian Women’s Senior Open
Sea Hui Thin
21KM Malaysian Men’s Senior Open
Suresh A/L Munianday
21KM International Women’s Open
Looi Mei Yan
21KM International Men’s Open
Muthoni Bernard Mwendia
42KM Malaysian Women’s Open
Pow Chia Ling
Ads
42KM Malaysian Men’s Open
Lim Kok Leong
42KM Malaysian Women’s Senior Open
Kartini Ahmad Kamal
42KM Malaysian Men’s Open
Mohd Rashid Bin Rahim
Selain itu, cabutan bertuah berupa hadiah produk Garmin bernilai RM10,000 juga diberikan untuk peserta bertuah.
Menurut Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin, Garmin Malaysia berasa cukup berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini.
“Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat mengambil berat akan kesihatan dan juga gaya hidup yang lebih sihat. Ia selari dengan visi jenama kami yang mahu mengajak orang ramai sama-sama meningkatkan aktiviti gaya hidup sihat sambil bergembira,” jelasnya lagi.
Tahniah buat semua pemenang pada penganjuran kali ini. Semoga tahun hadapan ia berlangsung lebih meriah dan berjaya lagi!
https://www.youtube.com/watch?v=nJdGlV7pSkY
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Langkah #1 : Membersih dan Exfoliate
Langkah #2 : Pelembapan
Langkah #3 : Mencukur
Tips Tambahan
Amaran dan Nasihat
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Langkah #1: Membersih dan Exfoliate
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
1. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai dengan Jenis Kulit
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Mencuci Muka Setiap Hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan Masuk Tidur Dengan Memakai Krim Matahari (sunscreen)
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate Secara Berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Langkah #2: Melembapkan Kulit dan Menjaganya
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
1. Kerapkan penggunaan pelembap
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
2. Lembapkan Sekitar Mata
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
3. Lembapkan Bibir
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
4. Guna Krim Pelindung Matahari (sunscreen)
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Langkah #3: Mencukur
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
1. Guna Pisau Cukur yang Berkualiti
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
2. Mencuci Muka Dengan Air Suam
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
3. Guna Krim Pencukur
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
4. Gunakan Kaedah Mencukur yang Betul
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
5. Bilas Muka Selepas Selesai Mencukur
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
6. Sapu pelembap kulit (moisturizer)
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Tips Tambahan
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Amaran
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Elakkan daripada menggunakan produk pencuci ataupun krim pencukur yang berasaskan alkohol kenara dikhuatiri boleh mengeringkan kulit dan memberikan kesan sampingan kepadanya.
Gunakan exfoliating scrubs dengan berpada-pada kerana penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada muka dan mencepatkan kedut pada muka. Pastikan anda membaca panduan penggunaannya dengan sepenuhnya.
Anda akan dapat apa yang anda bayar. Perkara ini merujuk kepada produk penjagaan kulit dan produk-produk lain yang murah. Sekiranya anda menggunakan pisau cukur yang murah, janganlah pula marah sekiranya ia cepat tumpul.
Kesimpulan
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
sumber: www.panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda kerap haus, dahagakan air masak, ini bermakna tubuh badan anda sudah terlebih garam. Kandungan garam mempunyai 40% sodium dan 60% klorida yang menarik air dalam badan anda. Jika anda mengambil makanan yang mempunyai garam yang tinggi seperti pizza,burger pastikan anda minum air secukupnya. Seeloknya minum air masak sebelum anda memulakan aktiviti harian.
Selalu ke tandas
Tentulah jika dah selalu minum air, pasti anda akan ke tandas setiap masa. Tentu anda akan rimas jika anda terpaksa ke tandas ketika anda sedang dibuai mimpi kan? Kerap ke tandas boleh menyebabkan kalsuim dalam badan anda berkurang. Jika kalsium dalam darah anda berkurang, badan anda akan meminta dari tulang anda. Bila dikaitkan dengan garam, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan peluang anda untuk dapat osteoporosis sangat tinggi.
Kaki cramp
Jika anda kerap sakit kaki, cramps sana sini, tapi anda jarang bersukan mungkin anda boleh salahkan pengambilan garam anda. Kenapa ini berlaku? Seperti yang kita tahu, garam mempunyai sodium dan klorida. Sodium dan kalsium menguatkan otot anda, walhal potassium membantu untuk menaturalkan badan anda. Jadi dengan pengambilan berlebihan, ia akan menjadikan badan anda mudah sakit-sakit.
Sakit kepala
Anda mungkin tidak perasan yang garam punca anda sakit kepala. Garam yang berlebihan boleh mengurangkan hidrat dalam tubuh badan anda. Kurangkan pengambilan garam, dan mulalah makan makanan yang seimbang.
Badan bengkak tempat tak sepatutnya
Salah satu bengkak yang paling umum jika anda terlebih garam adalah pada bawah mata. Ini terjadi kerana badan anda tidak boleh menampung jumlah garam berlebihan dalam badan anda, jadi ia akan membengkak di mana-mana sahaja. Kalau tak di bahagian mata, mungkin dibahagian kaki.
Anda kurang fokus
Ini merupakan perkara paling rare sekali untuk seseorang mengesan puncanya daripada garam. Tahukah anda jika anda tidak fokus dalam melakukan setiap tugasan, ini bermakna kandungan garam dalam badan anda sebenarnya tinggi? Pada tahun 2011, kajian dijalankan ke atas pelajar di Kanada menunjukkan 1200 orang dewasa yang terlebih garam dalam badan berkait dengan produktiviti badan. Kurang hidrat dan sodium berlebihan boleh membuatkan anda murung dan mengelirukan anda dalam membuat keputusan. Anda akan menjadi lesu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boleh makan ke Ikan Toman? Itulah reaksi umum masyarakat kita yang banyak menilai sifat luaran semata-mata. Ikan Toman ini terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan orang lelaki.
Hanya disebabkan rupa ikan ini yang agak menakutkan, dan dagingnya yang hambar rasa, kita tidak ingin mengambil tahu gizi dan khasiat ikan tersebut.
Disebabkan itu, MASKULIN cuba kumpulkan sebanyak mungkin rahsia kesihatan yang terkandung disebalik Ikan yang agresif ketika dipancing.
Pembentukan Tulang
Kandungan asid amino esensial yang terdapat pada ikan ini sangat berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada kanak-kanak, membantu penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen dalam tubuh.
Selain itu juga dapat menghasilkan antibodi, hormon, enzim, dan pembentukan kolagen.
Menyihatkan Otak
Otak merupakan pengendali tubuh, apabila seseorang memiliki cerebellum yang sihat, maka ia akan mendorong kesihatan.
Namun sebaliknya, jika otak dalam keadaan yang tidak sihat, maka itu merupakan penyebab dari segala masalah pada tubuh.
Maka dari itu anda harus mengamalkan memakan ikan ini supaya memiliki otak yang sihat.
Mengawal Tekanan Darah
Apabila seseorang berhadapan dengan hipertensi, pengambilan ikan garang ini secara setiap hari dapat membantu menjaga tahap tekanan darah supaya tetap stabil dan terkawal.
Tingginya kadar kalium yang terkandung pada ikan ini membantu menjaga tekanan darah normal, selain itu juga bisa menurunkan risiko komplikasi kesihatan.
Mencegah Penyakit Jantung
Salah satu cara untuk mencegah risiko penyakit jantung ialah dengan pengambilan makanan yang banyak mengandungi omega 3, contohnya ikan toman.
Selain itu juga banyak terdapat gizi serta nutrisi di dalamnya.
Sumber Vitamin
Ikan toman merupakan salah satu jenis ikan yang banyak mengandung sumber gizi yang penting bagi tubuh, terutama vitaminnya.
Contohnya ada vitamin B kompleks, A, D, dan E. Ada baiknya bila pengambilan toman ini secara rutin.
Menurunkan Risiko Kencing Manis
Memakan ikan toman secara rutin ternyata berupaya menurunkan risiko kencing manis atau biasa disebut dengan diabetes.
Ini kerana di dalamnya terdapat kepelbagaian asid lemak yang berperanan dalam pencegahan serta mengawal kadar gula darah.
Menurunkan Berat Badan
Kandungan omega 3 yang terdapat pada ikan toman dikenal dapat membantu menurunkan berat badan. Selain itu juga harus diselaraskan dengan senaman teratur supaya dapat menurunkan lemak dalam perut secara signifikan.
Hal ini juga dapat membantu mengatur metabolisme tubuh. Maknanya, kenalah banyak lakukan trip memburu toman.
Orang yang mengambil asid lemak omega 3 dengan menjadikan ikan toman sebagai lauk pauk dalam menu harian, dapat membantu mengubati dan merubah suasana hati yang terjadi pada pengidap depresi.
Walaupun kumpau memancing toman, dengan pengambilan toman dalam diet, ia akan mengurangkan tahap depresi akibat kumpau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.