Terdapat banyak faktor untuk menampakkan seseorang itu kelihatan Hot dan menarik. Nak bagi wanita ni tertarik terhadap anda bukan susah sebenarnya. Jika anda tahu menguruskan diri, maka anda akan dikelilingi oleh ribuan wanita kerana kebersihan anda. Sebenarnya, memiliki tubuh yang sasa dan wajah yang tampan bukan saja perkara yang di dambakan wanita, namun jika anda mempunyai bulu berlebihan sedikit, mungkin anda akan menjadi idaman ramai wanita luar sana. Bukan semua orang mempunyai bulu dada atau apa-apa bulu yang lebat, ia bergantung kepada hormon anda juga. Tapi, ada beberapa makanan yang anda boleh gunakan untuk mendapat bulu lebat.
Minyak Buah Keras
Minyak ini mempunyai efek yang cepat untuk anda yang tidak sabar dengan keputusan. Ia memang sesuai untuk dipakai oleh para lelaki yang berkepala botak dan juga ingin melebatkan bulu dada. Anda juga mampu untuk membuat minyak ini sendiri kerana penyediaannya sangat mudah. Ambil sedikit atau secukupnya buah keras itu dan bakarkan. Setelah itu hancurkan buah tersebut dan ambil minyaknya. Gosokkan ke bahagian dada. Gunakan satu atau dua kali sehari, diamkan selama setengah jam sebelum dibilas.
Mentega
Manfaat mentega lebih dikenal untuk cara menumbuhkan jambang. Sudah tentu jika ia berfungsi untuk menumbuhkan jambang, maka ia juga berfungsi untuk menumbuhkan bulu dada. Caranya, cairkan mentega secukupnya lalu tunggu sampai sejuk, kemudian sapukan ke dada. Biarkan beberapa minit lalu bilas.
Ads
Kayu Manis dan limau kasturi
Menumbuhkan bulu dada boleh diusahakan dengan campuran kayu manis dan limau kasturi. Siapkan satu makan bubuk kayu manis dengan dua senduk air limau kasturi. Sapukan ke dada lalu tunggu setengah jam sebelum bilas. Selain bermanfaat untuk pertumbuhan rambut di dada, kayu manis juga baik untuk wajah dan limau kasturi bagus untuk rambut.
Daun Sawi dan Minyak Amla
Ads
Bukan hanya untuk dibuat sayuran saja, ternyata daun sawi pun boleh digunakan untuk menumbuhkan rambut di dada. Caranya dengan blender daun sawi dan minyak amla 60 ml sehingga sebati. Sapukan ke dada, lalu tunggu paling kurang setengah jam sebelum dibilas. Untuk manfaat daun – daunan lainnya, ada manfaat daun jambu biji untuk wajah dan manfaat daun kemuning untuk wajah.
Minyak Eukaliptus(minyak kayu putih)
Ads
Minyak ini memiliki banyak manfaat untuk kesehatan sebagai obat gosok. Biasa digunakan untuk melegakan pernapasan saat pilek, menghangatkan badan serta menghilangkan pusing – pusing. Baunya juga biasanya enak. Cara menumbuhkan bulu dada bisa dilakukan dengan satu sendok makan minyak eukaliptus dan empat sendok makan air mawar dicampur sampai rata. Oleskan menggunakan kapas pada bagian dada.
Tarantula
Nak lebih exotic? Apa kata anda cuba menggunakan labah-labah Tarantula. Tidak pasti sama ada minyak ini ada dijual di pasaran. Tapi, jika anda mampu untuk mendapatkan labah-labah ini, anda boleh membakar binatang ini sehingga minyaknya keluar, dan daripada minyak itulah anda boleh sapukan ke dada agar rambut anda cepat tumbuh. Kalau tak percaya, cubalah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Onitsuka Tiger menampilkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.Visual bagi kempen koleksi AW22 kali ini dicipta berdasarkan konsep ‘Bayang” (Shadow), menggunakan warna senada hitam dan putih.
Sementara pergerakan gemalai dan gaya elegan si model pula diilhamkan daripada pereka fesyen Jepun era ’80-an. Menerusi visual kempen ini, Onitsuka Tiger tidak ketinggalan memberi penghormatan kepada era ’80-an, di mana elemen estetika Jepun iaitu “kemurnian dan kecekinan” saling bergabung dengan estetika Barat.
Koleksi ini berkisarkan tahun-tahun tersebut dan dipersembahkan menerusi penampilan aktif serta kontemporari. Lapisan demi lapisan, iaitu gaya tipikal pakaian tradisi dan upacara Jepun, adalah aspek penting dalam membentuk stail yang menyerlahkan koleksi asli dan tanpa jantina ini.
Selain kemeja-T bersaiz ultra-besar yang diperbuat daripada kapas tebal dan kaftan grafik bersulam (gaun lebar), satu-satunya hiasan tersendiri dalam koleksi adalah cetakan nyalaan api dan bunga pada bahagian kelepet di beberapa variasi helaian.
Koleksi ini juga menyuntik sedikit gaya Gothic dan Girly, dengan sentuhan bintang rock moden yang dipersembahkan pada pelbagai helaian seperti gaun velor dan gaun mini dengan pinggang bertali. Lapiskan helaian ini dengan jaket nilon, seluar maksi Bermuda, skirt midi berlisu dan weskot berpoket, bersama tambahan balaclava di kepala.
Untuk padanan sepatu, model PETAL adalah kasut court klasik di mana bahagian atas tahap buku lali sesuai menjadi pelengkap pelbagai gaya, sementara model ACROMOUNT KNIT dengan aksen cetakan halus pada reka bentuk ringkas dan minimalis, mengukuhkan lagi lambang tema koleksi ini: Bayang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Trend kolaborasi jenama sukan dan gaya hidup bersama artis terkenal dan berpengaruh kini sudah menjadi asam garam dunia fesyen semasa. Pengaruh yang dibawa mereka dalam industri fesyen telah merancakkan trend gaya tersendiri.
Bagi jenama New Balance, kolaborasi bersama artis berbakat besar merupakan sebuah ekspresi gaya yang unik dan membawa falsafah fesyen mengikut arus trend terkini.
Dalam kolaborasi bersama artis yang terbarunya, New Balance menampilkan koleksi dengan kerjasama bersama Jaden Smith, seorang artis dan aktivis berpengaruh.
Untuk koleksi terbaru New Balance x Jaden Smith menampilkan dua versi sneakers Vision Races dengan colorway berbeza. Ia hadir dengan dua variasi warna menarik iaitu hitam dan putih dengan sendikit sentuhan bayangan warna violet.
Difahamkan dari segi idea warna dan gaya, Jaden Smith mengambil inspirasi dari corak matahari terbenam dan juga album terbarunya, ‘Syre’.
Bagi New Balance, koleksi kolaborasi bersama Jaden Smith ini membawa signifikasi penting dalam katalog gaya hidup mereka yang turut membawa mesej kelestarian dan juga inisiatif mesra alam.
Sebagai contoh, Vision Racer ini menampilkan midsole dari bahan kitar semula EVA 5%. Selain itu pada bahagian tapak dalaman, upper serta polyester juga merupakan bahan yang dikitar semula.
Jaden Smith sebagai artis muda meningkat naik juga meneruskan usahanya memberikan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula dalam memastikan kelestarian berkekalan untuk masa hadapan.
Kedua-dua sneakers ini dilancarkan di seluruh dunia dan turut boleh didapati di negara kita menerusi butik New Balance di Pavillion,
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat sneakers dan hypebeast terutamanya Nike Air Max 97 merupakan antara model kasut yang wajib ada dalam simpanan koleksi mereka.
Bila bercakap tentang Air Max 97, secara automatik penggemar sneakers akan terus bayangkan warna ikoniknya yang paling popular iaitu Silver Bullet.
Sebagai antara peneraju dalam pengeluar barangan sukan Nike sentiasa tampil dengan pembaharuan serta eksperimen khusus buat peminat jenamanya.
Terbaru menerusi Nike Golf, mereka memperkenalkan Air Max 97 G. Menggunakan silhoutte Air Max 97, kasut ini merupakan gabungan kasut gaya hidup dan juga golf.
Digelar dengan nama ‘Le Silver’ oleh peminatnya ketika mula-mula diperkenalkan di Itali pada tahun 1997, kasut Nike ini boleh dikatakan sebagai antara model paling ikonik pernah ‘dilahirkan’.
Pada bahagian upper dan midsole, model ini mengekalkan estetika Air Max 97. Cuma apa yang berbeza ialah pada bahagian outsole dan tapak. Sesuai untuk kegunaan pelbagai permukaan terutamanya rumput, ia mempunyai rekaan ‘spiky’ untuk cengkaman lebih kuat.
Jadi buat peminat sneakers dan golf, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.