Ada beza ya di antara memiliki jambang lebat yang kemas dan juga serabai. Buat mereka yang pandai jaga walaupun selebat mana jambang atau janggut mereka namun ia tampil kemas dan tersusun. Malah kedudukannya juga nampak ‘terletak’!
Untuk dapatkan hasil seperti itu pertama sekali anda harus pandai menjaga kondisi dan kesihatan jambang dan janggut dengan baik.
Buat kebanyakan lelaki yang berjambang dan berjanggut, komitmen untuk menjaganya sangat penting. Jika memilih untuk menyimpan janggut dan jambang pastikan anda sentiasa peka dengan penjagaan harian.
Tidak guna kalau jambang tumbuh melata di atas wajah tanpa dirapikan dengan baik. Tidak kena gaya anda boleh kelihatan sebagai seorang yang amat selekeh dan tidak keruan.
Ikuti 5 step penjagaan terbaik jambang & janggut dari MASKULIN di bawah!
Ya, syampu rambut anda boleh digunakan untuk mencuci jambang dan janggut. Lakukan cucian sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Cucian ini akan dapat membuatkan ia berbau lebih harum, bersih dan mengelakkan permukaan kulit menjadi terlalu berminyak.
Untuk memastikan jambang atau janggut sentiasa kelihatan bersinar-sinar anda boleh gunakan minyak khas yang boleh didapati di pasaran. Minyak janggut ini biasanya mempunyai kandungan semulajadi dengan minyak ekstraks premium.
Ikuti langkah berikut:
Melakukan potongan kemas atau trimming merupakan cara paling baik untuk menjaga janggut dan jambang yang menarik. Ramai lelaki tak tahu bahawa ia juga boleh rosak dan bercabang.
Dapatkan gunting kecil dan potong bahagian hujung janggut yang rosak. Jika anda mahukan potongan berbeza, boleh ikuti tip potongan mengikut bentuk kemahuan menerusi tutorial video.
MASKULIN cadangkan anda luangkan sedikit masa di depan cermin sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melakukan trimming.
Sesetengah lelaki akan ditumuhi rambut di bahagian leher. Jadi amatlah penting anda perlu memastikan ia dipotong atau dicukur dengan kemas. Usah lakukan trimming janggut mengikut bentuk jawline. Ini hanya akan membuatkan anda nampak lebih gemuk.
Amalkan pemakanan sihat dan sentiasa bersenam. Kedua-dua faktor ini juga memainkan peranan penting bagi memastikan janggut dan jambang sentiasa dalam kondisi yang sihat dan menarik.
Jangan lupa untu subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!