Anda hidup bujang, tamat kerja jam 6 petang. Selepas itu pergi ke restoran atau kafe untuk makan malam dan akan sampai ke rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Punyalah penat seharian di pejabat, tetapi itu bukan alasan untuk abaikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya tiada masa yang banyak. Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan?
‘Bodyweight’ adalah alternatif pada senaman menggunakan alatan atau beban. Jadi, tiada alasan untuk anda elak melakukan senam dan terus mengekalkan bentuk badan yang menarik.
1-Dip Chair Single Leg Lift
-Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi, kemudian angkat sebelah kaki anda.
-Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini adalah untuk membina otot di bahagian triseps dan anterior deltoid (shoulder).
-Anda boleh menambah intensiti dengan mengangkat sebelah kaki atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
2-Push Press Single Arm
-Mulakan dengan posisi push up, kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu.
-Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
3-Spiderman Push Up
Sekiranya anda sudah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan Spiderman push up. Selain membina otot di bahagian dada dan triseps, Spiderman PushUps membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
4-Jumping Squat
-Senaman ini lebih pada membina otot dan pembakaran kalori di bahagian kaki.
-Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah dan kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit.
-Jika ada berasa tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Seboleh-bolehnya cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput.
-Pakai kasut tapak tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint (penyambung) lutut anda.