Larian Atau Berbasikal, Aktiviti Mana Lebih Sesuai Jadi Amalan Senaman Harian

Share

Di negara kita dua aktiviti ini sememangnya cukup popular buat penggemar kercergasan. Melakukan sama ada larian atau berbasikal merupakan aktiviti kesihatan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Kedua-duanya merupakan aktiviti atau hobi klasik yang telah wujud sejak zaman peradaban moden manusia. Berlari dan berbasikal juga sejenis senaman di dalam bentuk aerobik dan ia boleh dilakukan boleh dikatakan dimana sahaja.

Larian atau berbasikal boleh dilakukan sama ada di dalam gelanggang balapan, trek, jalan raya dan juga denai alam semula jadi.

Secara umumnya ramai yang faham bahawa aktviti larian membakar lebih banyak kalori berbanding berbasikal. Namun dalam masa yang sama ia memberikan impak lebih besar dan keras kepada otot dan juga sendi.

Jadi memilih jenis activiti yang sesuai untuk diri sendiri sangatlah penting. Satu perkara anda harus ingat, sama ada berlari atau berbasikal. Jangan ikut trend semata.

PEMBAKARAN KALORI

Sebenarnya jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada intensity dan juga tempoh ia dilakukan. Tapi secara umumnya berlari membakar lebih banyak kalori kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan otot. Berbanding basikal yang sifatnya lebih ‘lembut’ kepada badan dan juga boleh dilakukan lebih lama berbading larian.

Pembakaran kalori juga akan jadi lebih banyak sekiranya anda melakukan pendakian bukit. Faktor usia, berat badan, jantina dan juga beberapa faktor luaran lain juga boleh menentukan jumlah pembakaran kalori.

Foto: prostooleh – www.freepik.com

KESIHATAN KARDIO

Dri segi kesihatan kardiovaskular kedua-dua aktiviti memberikan manfaat yang sangat baik. Senaman jenis aerobik mampu membantu jantung menjadi lebih kuat dan melatihnya untuk pam lebih banyak oksigen ke dalam badan. Jadi tiada masalah sama ada larian atau berbasikal. Masing-masing beri manfaat kepada kesihatan.

MEMBINA OTOT

Berbasikal mampu membantu bahagian bawah badan seperti paha, kaki, bontot dan juga betis menjadi lebih besar. Manakala berlari pula tidak akan membuatkan otot kaki membesar seperti berbasikal. Larian pula menggunakan hampir semua otot badan dalam waktu yang sama. Jadi ada banyak beza penggunaan otot untuk dua aktiviti popular ini.

TURUNKAN BERAT BADAN

Tidak dinafikan ramai yang mula aktif berbasikal atau berlari kerana ingin menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan pertama sekali anda perlu mencari keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori.

BACA: Banyak Rupanya Khasiat Kacang Gajus, Salah Satunya Kurangkan Risiko Kencing Manis

Larian boleh menurunkan berat badan lebih cepat berbanding basikal. Namun jika melakukan aktiviti berbasikal dengan lama, kalori yang dibakar akan lebih kurang sama dengan larian.

Foto: drobotdean – www.freepik.com

Kesimpulannya, tidak kiralah aktviti berbasikal atau berlari. Selagi ia sesuai dan memberikan manfaat kepada kesihatan anda lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Pilih mana yang sesuai dengan usia serta gaya hidup anda. Malah anda juga boleh bergilir-gilir melakukan kedua-dua aktiviti ini.

Tetapkan sasaran dan cuba capai, pasti anda akan puas hati bila sudah berjaya nanti.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim