Kepada mereka yang sudah biasa berlari masalah tidak cukup nafas atau tercungap-cungap bukanlah satu perkara yang selalu berlaku kepada mereka. Tapi bagi mereka yang baru sebulan dua baru aktif berlari iniah di antara masalah yang sering dihadapi. Lari tidaklah jauh mana tetapi sudah mula rasa mengah. Anda sendiri pun mungkin tertanya-tanya apakah puncanya.
Sebenarnya perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walaupun kepada pelari yang diktakan sudah berpengalaman. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Dan ia bukanlah disebabkan jarak larian terlalujauh atau intensiti larian yang pantas semata.
Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan larian yang lebih steady dan boleh dilakukan dengan kerap, ikuti beberapa perkogsian MASKULIN di bawah.
JARAK TIDAK REALISTIK
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian revovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
OBSES DENGAN PACE
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
TAHAP LATIHAN KERAS
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
KEJANG OTOT
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
PROGRAM SALAH
Seperti MASKULIN katakan setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video fitness seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=10s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI