Lari Tak Sampai 15 Minit Pun Sudah ‘Pancit’, Atasinya Dengan Teknik Pernafasan Betul

Share

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda seorang beginner atau sudah beberapa bulan aktif berlari sekalipun pasti tidak terkecuali untuk berhadapan masalah ini ketika melakukan larian.

Kecuali anda seorang pelari aktif yang sudah bertahun-tahun melakukan larian dengan kerap mungkin jarang berdepan masalah ini. Dengan kondisi negara kini sudah mula ‘dibuka’ semula dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, aktiviti larian dilihat menjadi semakin pulih. Kini lebih ramai orang mila melakukan larian di kawasan terbuka semula.

Namun perlu kita ingat dan tidak leka untuk sentiasa menjaga SOP sebaiknya. Perkara paling penting bagi mengelakkan masalah mudah tercungap-cungap dan cepat penat ketika melakukan larian ialah teknik pernafasan yang betul ketika berlakri.

Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.

Kali ini MASKULIN inign bawa anda ikuti beberapa tip sangat berguna tentang teknik pernafasan yang betul dan baik ketika melakukan aktiviti larian.

TARIK NAFAS DALAM

Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.

TEKNIK TARIK NAFAS

Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.

Man photo created by wayhomestudio – www.freepik.com

POSTUR BADAN

Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.

BERTENANG

Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.

IKUT HIDUNG

Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.

Music photo created by gpointstudio – www.freepik.com

TEKNIK TARIK NAFAS

Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.

JAGA TEMPO LARIAN

Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.

Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim