Kami tahu, sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) penggunaan laptop pasti kerap lagi-lagi buat individu work from home. Mana tidaknya hari-hari laptop itu dalam keadaan standby sahaja bukan? Ini belum masuk bos yang sentiasa mahu bervideo call bagai. Jadi laptop anda terdedah dengan virus tertentu.
Okay tidak mengapa, jangan panik! Jika laptop anda running agak slow kerana virus, malware atau bugs dan menguji kesabaran anda ikuti beberapa tip dari Emir Haiqal seorang jejaka yang memang pakar dalam pengurusan gajet.
Menurutnya terlebih dahulu dia mensarankan orang ramai untuk uninstall dan install semula Windows (Windos10).
Namun terlebih dahulu pastikan anda ada USB pendrive (minimum 8GB) dan Internet. Sebagai langkah berjaga-jaga pastikan anda bekalkan sekali External storage untuk backup data penting anda.
Step 1:
1. Search “windows media creation tool”
2. Tekan “Download tool now” Atau guna link ni https://bit.ly/2R6C1Re
Step 2:
1. Cucuk pendrive kat laptop/PC
2. Run program yg dah download tadi (MediaCreationTool1909)
Step 3:
1. Klik “Accept”
2. Pilih “Create installation media”
3. Tick “Recommended for this PC” dan klik “Next”
4. Pilih “USB flash drive” dan klik “Next”
5. Pilih pendrive yg korang cucuk tadi dan klik “Next”
6. Tunggu program tu download…
7. Bila semua dah siap, klik “Finish”
Malah Emir turut memberitahu untuk orang ramai tunggu sehingga proses download ini habis. Proses ini bergatung pada kelajuan internet anda, jika agak perlahan munkin lambat sikit.
Malah, Emir menasihati orang ramai untuk backup mana-mana data yang penting dalam external storage kerana selepas ini akan menyebabkan data anda hilang semua.
Step 4:
1. Restart PC
2. Tekan F2 atau “delete” banyak2 kali utk masuk ke dalam BIOS
Step 5:
1. Pilih “Boot menu”
2. Pilih pendrive yg kita cucuk tadi
mungkin berbeza beza depends pd jenis laptop/PC. Rujuk manual/website manufacturer jika perlu
Step 6:
1. Tukarlah “Time and currency format” tu kalau korang nak dan klik “Next”
2. Klik “Install now”
3. Tick “I accept the license terms” dan klik “Next”
Step 7:
1. Klik “Custom: Install Windows only”
2. Yg ni korang kena “Delete” semua partition. Caranya, klik satu, then klik “Delete”.
3. Ulang kat setiap partition yg ada
4. Pilih storage yg korang nak install Windows dan klik “Next” **Better korang pilih SSD (kalau ada)
Seterusnya, korang bersabar je lah sementara PC korang nak install Windows tu. Ni depends pada PC korang. Kalau guna SSD laju lah sikit. Kalau guna HDD, bertabahlah ya hahaha
Nanti PC tu akan restart. Lepas tu sambung step seterusnya.
Step 8:
1. Pilih negara dan klik “Next”
2. Keyboard layout tu pilih US je dan klik “Next”
3. Klik “Skip”
4. Connect WiFi korang
***kalau tak dapat page macam kat gambar tu***
1. Cabut pendrive
2. Restart PC Nanti korang akan dapat page yg aku tunjuk tadi
Step 9:
1. Sign in Microsoft account
2. Tadaaa.. dah siap!
Step 10:
Lepas dah siap semua, Benda first yg aku sarankan korang buat ialah update Windows!
1. Search “update” dan klik “Check for updates”
2. Klik “Check for updates”
3. Tunggu updates siap
4. Lepas semua dah siap, restart PC ***Pastikan connect dgn wifi utk download updates
Menurutnya, cara ni sangat bagus kalau laptop anda ada banyak bugs contohnya, tak boleh connect wifi, selalu keluar iklan, banyak apps dan sebagainya. Malah dia turut menasihati orang ramai, sekiranya mahukan performance boost, nak laptop jadi lagi laju kena upgrade ke SSD. Memang akan nampak perbezaannya.
Malah dia turut memberitahu MASKULIN, ini adalah salah satu cara untuk untuk buang virus dan bugs yang menyebabkan laptop atau PC slow. Tetapi ia tidak menambah kelajuan komputer tersebut. Banyak lagi cara lain yang boleh anda suma rujuk di internet.
Tweet Emir ini memberi orang ramai inspirasi hingga mendapat 32.8 ribu orang likes dan 19.8k orang berkata tentangnya. Bukan itu sahaja, Emir juga banyak memberi tip dan panduan buat orang ramai sebagai rujukan.
Sumber: Twitter Emir Haiqal