Kehidupan harian kita kini sudah berubah. Itulah yang kita semua harus lalui demi menjalani kehidupan dalam norma baru akibat penularan pandemik Covid-19.
Namun kita bersukur kerana negara kita kini berjaya melandaikan kadar jangkitan. Ini adalah hasil kerja keras pelbagai pihak terutamanya barisan hadapan negara.
Dalam menjalani kehidupan norma baru adalah perkara biasa suhu badan kita diperiksa setiap kali ingin memasuki mana-mana premis perniagaan atau perkhidmatan.
Tapi pernahkan anda berdepan dengan bacaan suhu badan yang seadakan tidak masuk akal. Sebagai contoh bila diperiksa suhu badan adan hanya 34 darjah Celcius. Itu sebenarnya bukan suhu normal seorang manusia.
Melihatkan situasi ini Public Health Malaysia turut berkongsi kebimbangan mereka terhadap penggunaan termometer ‘cap ayam’ dan tidak didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau penggunaan termometer dengan cara salah.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah:
Anda masuk ke permis membeli belah. Sekuriti mengambil suhu anda. 34C. Tapi anda rasa sihat dan normal. Anda tidak rasa kesejukan. Anda masih waras dan tidak mabuk dan nak pitam. Bacaan suhu sebenarnya adalah tidak betul.
Suhu normal adalah sekitar 36.1-37.4C. Sekiranya rendah dan anda rasa anda tidak ada gejala hypothermia, bacaan mungkin tidak betul.
Banyak faktor yang menyebabkan bacaan tidak tepat. Salah satunya adalah termometer cap ayam, tidak didaftarkan oleh KKM, atau penggunaan termometer yang salah.
Pastikan anda semak termometer yang digunakan di laman web KKM – Medical Device Authority (MDA) di laman web
Laporkan pada KKM jika termometer yang digunakan adalah termometer yang salah. Penggunaan peralatan perubatan yang tidak berdaftar adalah berisiko kerana tidak tepat dan boleh menyebabkan pencegahan COVID-19 tidak efektif.
Malah penggunaan alat perubatan yang tidak didaftarkan Oleh KKM boleh dikenakan tindakan undang-undang.
————————————-
Jadi sebagai pengguna kita harus sentiasa peka dan berwaspada akan perkara ini. Sebagai langkah pencegahan kepekaan kita boleh membantu bukan sahaja diri anda dan komuniti tetapi negara.
Sama-sama kita terus berjuang melawan penularan Covid-19!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI