Siapa yang tidak kenal dengan Tomok? Penyanyi bersuara lantang yang popular sejak era kumpulan New Boyz ini sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Bukan dengan lagu terbaharunya, tetapi dengan berita yang cukup membanggakan. Penyanyi ini kini kembali bergelar mahasiswa di peringkat Sarjana!

Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, mengumumkan penerimaan tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat siswazah. Pada usia 41 tahun, penyanyi yang popular dengan lagu “Rindu Terhenti” ini memilih untuk mendalami ilmu dalam bidang Sarjanan Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Momen pendaftaran di universiti dua hari lalu turut dikongsikannya menerusi sebuah video di media sosial.

Lapor Diri Sambung Pelajaran Ke Peringkat Sarjana, Tomok Buktikan Usia Bukan Penghalang

Lebih manis lagi, dia ditemani oleh isteri tercinta, Ayu dan anak-anak mereka. Menerusi kapsyen hantaran video di laman media sosial, Tomok berkata, “Kebiasaannya pelajar lain ibu bapa yang hantar anak. Tapi saya terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik.”

KOMEN POSITIF

Perkongsian ini lantas dibanjiri komen-komen positif daripada warganet yang rata-rata kagum dengan semangat dan kegigihan Tomok.

Pujian dan rasa kagum jelas terpancar dari setiap baris komen yang ditinggalkan. Antara komen yang menarik perhatian adalah, “Masya-ALLAH hebatnya Tomok. Kuat semangat sambung belajar”.

Ads

“Adakah ini petanda saya juga kena sambung master’s? All the best Tomok.”

Ada juga peminat setia yang meluahkan rasa bangga, “Saya bangga menjadi salah seorang peminat Tomok dan New Boyz. Good luck semua, selamat menjadi pelajar.”

Semangatnya untuk terus menimba ilmu sememangnya patut dijadikan contoh. Beliau bukanlah calang-calang pelajar.

Lapor Diri Sambung Pelajaran Ke Peringkat Sarjana, Tomok Buktikan Usia Bukan Penghalang

Sebelum ini, Tomok telah berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pencapaian yang membanggakan, iaitu selempang emas setelah meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kelas pertama 3.67 ke atas.

Ads

Kejayaan Tomok ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus belajar dan mengembangkan diri.

Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas dan dikurniakan tiga orang anak, Arrianshah Akid, Andrashah Iman, dan Siti Khadijah, turut mendapat sokongan penuh daripada keluarga tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Kehadiran isteri dan anak-anak saat pendaftaran di universiti menjadi bukti betapa besarnya dukungan yang diberikan kepadanya dalam mengejar impian.

Ads

MASKULIN mengucapkan selamat belajar kepada Tomok. Semoga perjalanan beliau dalam menuntut ilmu di peringkat Sarjana ini berjalan lancar dan sukses.

BACA: Tomok Sambung Belajar Lagi, Kali Ini Dalam Bidang Pengajian Persembahan

Kisah ini seharusnya menjadi inspirasi buat kita semua, khususnya generasi muda, untuk terus menuntut ilmu tanpa mengenal batasan usia.

Semangat dan kegigihannya membuktikan bahawa belajar adalah proses yang berterusan dan tidak pernah mengenal kata “terlambat”.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI