Bagi mengelakkan kulit anda bermasalah, tolong stop lakukan 8 kesilapan ini masa cuci muka.
SALAH PILIH PRODUK
Sebelum membeli produk pencuci muka, anda kena tahu jenis kulit anda terlebih dahulu. Pastikan anda guna produk pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kerana setiap produk pembersih wajah mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
ADA KANDUNGAN ALAHAN
Produk kecantikan juga bersifat alergik pada kulit. Jika anda miliki kulit sensitif, sila baca label bahan produk terlebih dahulu dan bertanyakan kepada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli.
Jangan sembarangan membeli produk pencuci muka kerana jika tersalah, ia boleh menimbulkan masalah sekali gus merosakkan kulit.
SUHU AIR
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula untuk menutupi liang pori-pori.
Ads
Sebenarnya air yang sesuai untuk anda mencuci muka adalah air suam. Wajah anda akan rasa lebih nyaman apabila menggunakan air suam.
LAKUKAN PENGELUPASAN SETIAP HARI
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang kasar.
Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
Ads
CARA BILAS SALAH
Jika dalam keadaan tergesa-gesa, anda cenderung untuk mencuci muka ala kadar sahaja. Perlu diingatkan, sisa-sisa sabun yang melekat pada kulit wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan kulit menjadi kering.
Selalunya bahagian wajah yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Oleh itu, berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.
TERLALU KERAP
Mencuci muka hanya boleh dilakukan dua kali sehari sahaja. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih berminyak. Jika sudah dua kali anda mencuci muka dengan pembersih wajah tapi anda masih ingin mencucinya lagi, gunakan sahaja air suam untuk membersihkan wajah.
Ads
CARA KERINGKAN WAJAH YANG SALAH
Selepas membersihkan muka, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah.
Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar. Kesilapan ini akan merosakkan struktur kulit anda yang lembut, jadi elakkan.
TIDAK GUNA KRIM PELINDUNG MATAHARI
Anda takut matahari boleh membuatkan kulit anda gelap. Tapi anda masih mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari.
Krim ini bukan sahaja mengelakkan kulit anda gelap, malah memberi perlindungan terhadap sinaran UV. Bagi menghindari kulit anda rosak dan bermasalah, pastikan anda pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
https://www.youtube.com/watch?v=5mj-H7JM21w
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boleh dikatakan sekarang hampir setiap hari ktia harus berdepan dengan cuaca panas. Sama ada melakukan aktviti di dalam rumah, di pejabat atau di luar bahangnya masih dapat kita rasai.
Dalam kondisi begini badan kita akan mudah berpeluh dan mengeluarkan bau. Jadi amat penting untuk kita sebagai lelaki menggunakan perfume atau wangian yang mampu memberikan bau lebih segar dan harum.
Bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk keselesaan deria bau orang sekeliling kita juga. Kali ini, MASKULIN ingin komgsi 10 perfume bau paling segar dan menarik menurut pilihan kami di sini.
1. PACO RABANNE INVICTUS LEGEND
Bauan yang dicipta untuk lelaki macho dan sukses. Harumannya yang lebih ‘pedas’ dan aromatik menjadikan anda sebagai lelaki sensual.
2. CREED AVENTUS
Dengan nota teratasnya dari Bergamot, daunan blackcurrant, epal dan nenas tidak mustahil inilah bauan yang paling tahan lama.
3. TOM FORD COSTA AZZURRE ACQUA
Seunik namanya, perfume dari Tom Ford ini menampilkan elemen bauan juniper berry, lemon dan myrtle. Memberikan aroma lebih segar buat anda yang menggunakannya.
4. PRADA L’HOMME PARADA WATER SPLASH
Segar seakan air memercik ke wajah dan badaN. Itulah sensasi yang di bawah oleh haruman dari jenama mewah Prada. Dengan nota dasar woody ia turut hadir dengan elemen bau halia dan mandarin ia memberikan keseleaan haruman sepanjang hari.
5. ARMANI CODE ABSOLUT
Melangkah sahaja ke dalam pejabat atau reuang mesyuarat haruman badan anda akan segera menarik perhatian rakan sekerja. Apa tidaknya, ia merupakan antara perfume yang hadir dengan tahap sensitiviti bau cukup luar biasa.
6. CALVIN KLEIN ETERNITY FLAME FOR MEN
Versi yang cukup hangat dari perfume klasik Calvin Klein ini cukup sesuai digunakan ketika cuaca panas. Aroma atasnya yang bersifat buahan dan aromatik disaluti dengan sempurna oleh elemen spicy dan leathery.
7. DOLCE GABBANA LIGHT BLUE POUR HOMME
Gabungan sensasi nota bauan dari bergamot, mandarin dan grapefruit ia turut hadir dengan sedikit sentuhan elemen woody dan segar. Menonjolkan karakter diri anda sebagai lelaki penuh krarisma di sebalik cuaca yang panas.
8. LE TABO TONKA 25 EAU DE PARFUM
Secara teknikalnya, ia merupakan haruman yang sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Itulah yang membuatkan perfume ini unik kerana tampil dengan haruman lebih universal tapi dalam masa yang sama menyerlahkan karakter segar dan hangat.
9. BYREDO SUNDAZED
Simple dan elegan. Itulah karakter yang dibawa oleh perfume yang dihadirkan dengan nota teratas dari mandarin, lemon dan jasmin. Direka khas untuk lelaki stylish yang ingin tampil bukan sahaja kasual tetapi romantis.
10. ACQUA DI PARMA CIPRESSO DI TOSCANA
Elemen musim panas di jajahan mediteranean menjadi inspirasi utama haruman ini. Dengan bauan sensasi dari karakter citrus dan lavender ia merupakan gabungan unik untuk cuaca panas. Perfume yang bersifat timelss san sesuai untuk jejaka yang tampil dengan imej klasik.
Jangan lupa untuk follow IG Maskulin untuk update terkini gaya hidup lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Produk kecantikan wajah dari Switzerland, Swiss Image baru-baru ini tampil memperkenalkan beberapa produk baharu untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Memahami ramai wanita berkerjaya tertarik dengan produk dari Switzerland namun tidak semua mampu memilikinya, satu penyelesaian mudah telah dilaksanakan.
Harga yang berpatutan
Wakil Swiss Image International, Ambra Orsolini berkata, menerusi produk Swiss Image, harga yang ditawarkan sangat berpatutan meskipun kualitinya sangat tinggi.
“Ditambah pula menyedari Malaysia sebuah negara Islam dan menitik beratkan status halal, Swiss Image sememangnya memiliki pengiktirafan tersebut dan pengguna boleh menggunakannya tanpa was-was.
“Dalam masa sama, pihak kami mahu berkongsi rahsia bagaimana wanita Swiss mampu memiliki kulit yang cantik dan bersih meskipun cuaca di negara Switzerland sangat melampau panasnya,” ujar Ambra.
Punyai bahan aktif luar biasa
Katanya lagi, produk penjagaan kulit Swiss Image menghasilkan bahan aktif luar biasa yang mampu membaik pulih kulit wajah dengan baik.
“Produk Swiss Image menggabungkan produk mereka dengan air Alpine Glacier Melt yang sarat dengan vitamin dan mineral semula jadi.
“Misalnya Alga Salji yang digunakan dalam produk Anti-Penuaan dapat menganjalkan kulit dan mengurangkan proses penuaan,” katanya.
Radikal bebas lindungi kulit wajah
Bahan-bahan lain seperti Ekstrak Botanikal Swiss membantu menghidupkan radikal bebas dan melindungi kulit wajah.
Tiga pilihan Swiss Image terdiri daripada Essentiel Care, Whitening Care dan Anti-Aging datang dengan bahan-bahan yang berbeza dan menariknya, ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang terutamanya wanita beranggapan bahawa lelaki ini kurang cerewet dalam bab pemilihan minyak wangi.
Jika ada yang beranggapan begitu nampaknya mereka silap sama sekali. Lelaki pada zaman kini sangat mementingkan kesesuaian baua yang melekat pada tubuh mereka. Pelbagai faktor boleh menentukan bagaimana seorang lelaki itu memilih minyak wangi tertentu.
Ada yang disebabkan bau kegemaran dan ada juga yang ingin menyembunyikan bau badan yang kuat. Tapi anda sebagai lelaki juga harus ingat bahawa tidak semua pilihan anda itu bersesuaian dengan diri sendiri.
Sebelum membeli minyak wangi adalah lebih baik anda ikuti beberapa tip yang MASKULIN kongsikan di bawah.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.