Langsung Tak Nak Panas, Tak Nak Berpeluh, Lelaki Apa Macam Ni?

Share

Berpeluh berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan. Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.

KULIT KUSAM

Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.

GANGGU SISTEM IMUNISASI

Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.

KEGEMUKAN

Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses ‘membakar’ lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.

TINGKATKAN TEKANAN

Bagi seseorang yang ingin terhindar dari tekanan fikiran terus meningkat, digalakkan untuk bersenam. Lakukanlah apa saja yang mampu mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.

JANTUNG TIDAK SIHAT

Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.

 Kerap terjaga daripada tidur pada waktu malam dengan keadaan tubuh yang berpeluh juga merupakan satu keadaan yang sering berlaku kepada sesetengah individu. Meskipun begitu, ramai yang mengambil ringan mengenai masalah tersebut.

Bagaimanapun, menurut seorang profesor dari University School of Osteopathic Medicine, Amerika Syarikat, Jennifer Caulde berkata, berpeluh ketika tidur adalah tidak normal dan ia berkemungkinan merupakan tanda-tanda seseorang individu mempunyai penyakit.

-SELALUNYA KEADAAN INI HANYA BERLAKU DALAM KALANGAN WANITA YANG SEDANG MENGALAMI FASA PRA-MENOPAUSE.

-JIKA ANDA SEORANG WANITA YANG MUDA DAN SIHAT, KEADAAN TERSEBUT BERLAKU MUNGKIN DISEBABKAN SUHU BILIK TIDUR YANG HANGAT ATAU KETEBALAN SELIMUT YANG DIGUNAKAN.

BAGAIMANAPUN, JIKA KEADAAN TERSEBUT BERTERUSAN BERLAKU WALAUPUN ANDA SUDAH MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA ATAU MEMAKAI SELIMUT NIPIS, ANDA PERLU SEGERA BERJUMPA DENGAN DOKTOR UNTUK RAWATAN LANJUT.

LEBIH-LEBIH LAGI JIKA KEADAAN TERSEBUT DISUSULI DENGAN MASALAH KESIHATAN YANG LAIN, PENURUNAN BERAT BADAN DENGAN KETARA, DEMAM ATAU KELESUAN.

 

 

Published by
Kim Rahim