Langkah Lindungi Diri & Keluarga Anda Daripada Virus Terkini

Dalam tempoh beberapa hari ini masyarakat global gempar memperkatakan tentang virus coronavirus yang telah merebak di Wuhan, China.

Kebimbangan masyarakat awam yang rata-rata kurang mengetahui tentang virus ini telah sedikit sebanyak megundang panik terutamanya di laman media sosial.

Namun kita cukup bertuah kerana kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah yang cukup pantas untuk menangani masalah ini.

Apa itu Novel Coronovirus yang bermula di Wuhan, China dan dinamakan sebagai 2019-nCoV?

Coronozavirus lazunnya merupakan sejenis famili virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Manakala Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesies baru virus dalam famili coronavirus yang belu pernah ditemui manusia.

Dan ia boleh merebak di antara sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini sama seperti selesema yang lain dan komplikasinya pula sangat teruk terutamanya kepada golongan mempunyai imuniti badan yang lemah.

Simptom jangkitan yang biasa ialah demam, kesukaran bernafas dan batuk. Tapi bagaimana jika anda terpaksa ke luar negara dalam masa terdekat. Terutamanya ke negara yang memiliki jumlah kes yang agak tinggi?

Anda sebenarnya boleh melindungi diri dengan beberapa langkah mudah tetapi perlu ada disiplin dan peka.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip berguna.

1. Jauhi sebarang sentuhan atau berada dekat dengan inividu yang anda nampak mempunyai simptom seperti selesema.

2. Ke mana sahaja anda pergi, cucilah tangan dengan kerap. Cucian gharus dilakukan dengan air dan juga sabun. Pastikan anda menggosok tangan sekurang-kurangnya 20 saat. Elak menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

3. Pakailah topeng muka sepanjang masa terutamanya bila berada di kawasan terbuka.

4. Jika anda pulang dari luar negara kemudian rasa kurang sihat segeralah laporkan kepada pihak hospital terdekat.

5. Sekiranya dalam tempoh terdekat anda perlu ke negara berdekatan dengan China, elakkan atau jauhi daripada menyentuh mana-mana haiwan hidup terutama haiwan liar. Dan elak juga menyentuh mana-mana kandang haiwan.

6. Jangan mengambil sama ada makan atau minum sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna seperti daging, susu, telur dan sebagainya.

7. Tutup mulut jika anda bersin.

Sumber: KKM, WHO