Lelaki pasti mengimpikan badan sasa serta perut 6 pack seperti ahli sukan yang ada. Tetapi untuk lelaki dapatkan six pack abs yang sempurna memang agak sukar.

Tiada masalah, di sini ada 7 step workout yang boleh anda lakukan untuk dapatkan perut idaman anda serta mampu menguatkan lagi otot abdomen anda dalam tempoh 60 hari.

1: High Knee Taps

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk Beginners
Bengkokkan kaki sehingga 90 darjah dan pastikan telapak tangan menghadap ke bawah. Lakukan senaman ini seperti anda sedang berkawad, untuk tambahan momentum lompat sedikit dan pastikan ia terkawal.

IKLAN

#2: Russian Twist

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersLakukan pergerakan badan ke kiri dan kanan secara selama 30 saat. Cuba lakukan pergerakan perlahan mengikuti rentak kiraan anda. Senaman ini sangat bagus untuk bahagian atas abs dan obliques

#3: Leg Raises

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersAngkat kaki 90 darjah dan letakkan kaki anda ke bawah. Pastikan kaki tidak cecah lantai (lebih kurang 6 inci ke lantai) serta tergantung sedikit. Senaman ini bagus untuk menguatkan otot abdomen (Bahagian bawah).

IKLAN

#4: Flutter Kick

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersLakukan seperti aksi menendang. Kaki kiri ke atas dan kaki kiri ke bawah sambil anda baring. Teknik ini juga bagus untuk menguatkan otot dan membakar lemak di bahagian perut. Lakukan senaman ini dalam masa 40 saat.

#5: Plank Knees To Elbow

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersPastikan anda di posisi seperti plank dan angkat kaki anda ke kiri dan ke kanan. Pastikan lutut anda bertemu siku. Lakukan pergerakan ini dengan perlahan. Anda akan rasa ia menarik urat serta perut anda. Lakukan dengan kadar perlahan untuk rasakan lebih terbakar.

IKLAN

#6: Seated In And Out

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersUntuk kedudukan ini, pastikan anda duduk betul-betul di atas punggung, bahu serta tangan di lantai dan bawa kaki anda ke dada dan lurukan ia kembali. Lakukan beberapa kali selama 30 saat. Jangan putus harapan, terus lakukan senaman ini sehingga habis.

#7: Jumping Jack

Langkah-langkah Miliki 6 Pack Untuk BeginnersUntuk step yang terakhir, pastikan anda berdiri tegak serta lompat, buka kaki dan tangan seperti bintang. Jangan berhenti, lakukan lompatan ini sebanyak 50 lompatan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI