Berdiet sering kali menjadi cabaran besar bagi ramai orang.
Namun, rahsia sebenar untuk sukses berdiet bukanlah sekadar mengawal makanan, tetapi juga melibatkan perubahan gaya hidup secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh membantu anda mencapai matlamat diet dengan lebih mudah dan berkesan.
Tetapkan Matlamat yang Realistik
Langkah pertama untuk berjaya berdiet ialah menetapkan matlamat yang boleh dicapai.
Elakkan matlamat yang terlalu ekstrem seperti “menurunkan 10kg dalam seminggu”.
Sebaliknya, sasarkan penurunan berat badan secara berperingkat, contohnya 0.5-1kg seminggu.
Matlamat kecil yang realistik lebih mudah dicapai dan dapat memberikan motivasi berterusan.
Foto : SAYS
Amalkan Pemakanan Seimbang
Diet yang baik tidak bermaksud anda perlu mengelak semua makanan kegemaran anda.
Rahsia sebenar ialah keseimbangan. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, lemak sihat, serta serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ads
Ini bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari, tetapi juga memastikan tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi.
Foto : HotFM
Elakkan Diet ‘Crash’
Diet ekstrem yang mengurangkan kalori secara mendadak mungkin nampak menarik untuk penurunan berat badan pantas, tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan.
Selain itu, diet seperti ini sukar untuk dikekalkan dalam jangka masa panjang dan sering kali menyebabkan berat badan kembali naik dengan cepat (yo-yo effect).
Kawal Saiz Hidangan
Salah satu kesilapan biasa semasa berdiet ialah makan terlalu banyak walaupun makanannya sihat.
Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk membantu mengawal saiz hidangan.
Ads
Belajar mendengar isyarat kenyang daripada tubuh anda dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.
Minum Air yang Cukup
Dehidrasi boleh menyebabkan tubuh anda keliru antara lapar dan dahaga.
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk kekal hidrat.
Air juga membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan rasa lapar yang berlebihan.
Gula tambahan dalam makanan dan minuman adalah salah satu penyumbang utama kepada kenaikan berat badan.
Kurangkan pengambilan minuman bergula, kuih-muih manis, dan snek yang tinggi kandungan gula.
Sebaliknya, gantikan dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan segar.
Sukses berdiet memerlukan kesedaran, usaha, dan komitmen yang berterusan.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda bukan sahaja dapat mencapai berat badan ideal tetapi juga menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Ingat, perjalanan diet adalah pelaburan jangka panjang untuk kesejahteraan diri!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmy🔥 Semakin sukar, semakin hangat! 🔥 10 Bros, sawah bendang dan cabaran dengan tahap kesukaran tak masuk akal, Muddle Trouble! 🌾💪 Kali ini Bros harus melakukan cabaran untuk melepasi blockers dalam game ala galah panjang terdiri dari pemain ragbi? 🏉🤯 Siapa yang akan tampil paling menyerlah? Siapa bro, siapa lawan? 📺 Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod 4, malam ini jam 9pm di Astro Ria! 🚀 #maskulin #maskulinwhosyourbro #SiapaBroSiapaLawan #Ideaktiv #astro #astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tentu ramai yang alami sakit kepala dalam cuaca panas sekarang ni. Ada yang berkata, jika sakit hanya sebelah khususnya sebelah kiri itu tandanya nak kena migrain. Tapi bagaimana jika sakit secara keseluruhan.
Mungkin bagi yang kerap sakit kepala dan tak tahu cara nak hilangkannya dengan mudah, baca tips yang dikongsi oleh Doktor Ezairy M Sallih.
BAGAIMANA HILANGKAN PENING KEPALA DENGAN MUDAH?
8 tip mudah untuk hilangkan pening kepala. Jom kita buat!
️ Cukup tidur
Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan anda mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangkit dari tidur.
️Mandi dan segarkan tubuh
Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala? Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya kesegaran dapat diraih kembali.
️Kurangkan minuman berkafein
Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus. Ya, ini sangat membantu saya sendiri.
️Makanan dan minuman bercoklat
Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan anda mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika anda adalah penggemar coklat.
️ Hilangkan stres dan tekanan hidup
Tekanan hidup dan stres sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain. Ia akan sekadar membuatkan anda tidak fokus kepada apa yang anda kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu.
️ Bercuti
Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini anda akan dapat semula momentum kerja anda sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah…
️ Cukup air di dalam tubuh
Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.
️ Diet dan pemakanan teratur
Pastikan juga anda mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna anda tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.
Semoga perkongsian kali ini lebih mendatangkan manfaat untuk anda. Sila kongsi kepada mereka yang anda sayang.
Kenapa anda perlu berlari seorang diri sedangkan boleh bersaing bersama rakan-rakan pelari yang lain secara virtual?
Ya, MASKULIN buat pertama kalinya dalam sejarah telah melancarkan cabaran virtual run pertama yang diberi nama MASKULIN DARE!
Jika anda tak biasa dengan virtual run, ia merupakan cabaran aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana. Dan anda boleh melakukan larian ini di mana-mana permukaan jalan, trail, trek atau di atas treadmill.
Menerusi cabaran larian ini adan akan bersaing dengan peserta-peserta lain mengikut jumlah jarak dan objektif yang disempurnakan. Untuk MASKULIN DARE Siri 1, kami mencabar anda sebagaipelari individu untuk berlari sejauh 50 kilometer dalam masa 40 hari!
Adakah anda rasa anda mampu lakukannya?
JOM KENALI MASKULIN DARE
Mungkin dan tertanya, apakah yang membezakan MASKULIN DARE dengan virtual run yang lain. Pertama sekali, ini merupakan penganjuran sulung virtual run oleh MASKULIN.
Sebagai sebuah jenama media lelaki sofistikated, MASKULIN merupakan antara pelopor gaya hidup lelaki di Malaysia. Semestinya penganjuran pertama ini bakal memberikan pendedahan lebih besar kepada anda sebagai peserta.
Jika segalanya berjalan lancar penganjuran ini akan dilangsungkan bukan hanya sekali tetapi terbahagi kepada empat siri yang setiap satunya mempunyai cabaran yang semakin sukar sepanjang tahun 2019.
Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.
Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.
Peserta boleh memulakan larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
Peserta harus melengkapkan jarak larian dan hantarkan bukti melalui snapshot bukti larian daripada apps larian daripada Strava, Garmin, RUNTASTIC atau NIKE+ sahaja (berupaya merekod jarak & masa larian).
Pengajur berhak menolak bukti larian jika mendapati terdapat penipuan atau kecurigaan pada bukti larian yang dihantar.
Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 60 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam email anda.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
Cabutan bertuah akan dijalankan secara LIVE Facebook dan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui sosial media penganjur.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak penganjur di maskulin@ideaktiv.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahun lalu, cef selebriti terkenal negara Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan diduga dengan penyakit kanser limfoma.
Bagaimanapun keadaan Chef Wan kini semakin membaik ketika ditemui MASKULIN dalam sebuah acara baru-baru ini, di mana beliau sempat berkongsi mengenai proses penyembuhannya dari kanser itu.
@maskulinmyTahun lalu, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah disahkan menghidap kanser limfoma. Ini perkongsian beliau mengenai keadaan terkininya yang semakin membaik itu. #chefwan #kanser #limfoma #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Bercerita kepada MASKULIN, beliau sepatutnya menjalani enam kitaran kemoterapi bagi merawat kanser yang dihidapinya.
Namun selepas menjalani kitaran yang ketiga, doktor memaklumkan yang beliau tidak perlu meneruskan rawatan itu lagi kerana proses penyembuhannya yang cepat.
Oleh kerana Chef Wan menghidap kanser limfoma Burkitt, iaitu sejenis kanser yang cepat merebak, beliau perlu menjalani kemoterapi dengan dos ubat tujuh kali lebih kuat berbanding yang biasa.
Kebiasaannya, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi akan mengalami kesan sampingan seperti muntah, cirit-birit dan sebagainya.
Hal itu bagaimanapun tidak dialami oleh Chef Wan yang ternyata tubuhnya mampu menerima baik rawatan itu meskipun dengan dos ubat yang lebih tinggi.
Ujarnya, doktor percaya yang tubuh cef berusia 66 tahun itu kuat untuk menerima rawatan itu disebabkan beliau tidak mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.
Ditambah pula dengan gaya hidupnya yang masih aktif bekerja di usia 66 tahun, perkara itu sedikit sebanyak membina ketahanan tubuhnya untuk memudahkan proses penyembuhan dan perkara itu dapat dilihat oleh doktor yang merawat beliau.
Selain secara fizikal, Chef Wan juga turut menyibukkan diri agar mindanya juga kekal aktif.
Itulah sebabnya mengapa beliau sering mengembara ke luar negara untuk mencari ilmu-ilmu baharu.
Beliau sempat berkongsi perancangannya untuk membuka cawangan baharu restorannya di luar negara, paling hampir dalam tempoh perancangannya setakat ini ialah di New York, Amerika Syarikat (AS).
Seterusnya, Chef Wan turut mempunyai hasrat untuk membuka cawangan di Dubai dan juga London.