Sebagai pembeli muda, elakkan membeli rumah yang melebihi kemampuan anda.
Fokus pada rumah yang memenuhi keperluan asas anda dan sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan.
Membeli rumah di usia muda memerlukan perancangan dan komitmen yang kukuh, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dengan mengikuti tips di atas, anda boleh memulakan perjalanan ke arah memiliki rumah pertama dan membina aset jangka panjang untuk masa depan.
Ingat, tindakan kecil yang konsisten hari ini boleh membawa hasil yang besar di kemudian hari.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Tidak dinafikan pengaruh selebriti di Malaysia mempunyai impaknya tersendiri di kalangan peminat setia mereka. Ini terutamanya artis-artis ‘old timer’ yang kini sudah semakin berusia. Kemunculan mereka di kaca televisyen, majalah atau surat khabar merupakan platform untuk peminat mengenali mereka suatu ketika dahulu.
Namun kini dengan wujudnya laman media sosial, perkongsian itu menjadi lebih dekat, Namun tidak semuanya dikongsikan oleh artis-artis ‘otai’ ini.
Media Hiburan merupakan salah sebuah jenama majalah paling terkenal di Malaysia membawa pelbagai info, gosip serta perkembangan terkini artis.
Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok. Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.
PROGRAM TV ISTIMEWA & EKSKLUSIF!
Terbaru, sebuah program televisyen yang diberi nama ‘Media Hiburan Throwback’ akan bersiaran di kaca televisyen anda.
Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Menampilkan Radin sebagai hos, rancangan sarat dengan cerita throwback artis ini menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan.
Antara nama-nama besar yang bakal melakukan kemunculan eksklusif ialah Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.
Menariknya, artis-artis ‘otai; ini akan dikejutkan dengan pelbagai artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Gegak gempita juga set apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini pada 24 Mac pada jam 9 malam di Astro Prima dan Astro Prima HD.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masyarakat Islam sedunia menerima seorang lagi saudara baharu apabila penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil’ Jon kini memeluk agama Islam baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Plus, pengislamannya diketahui umum melalui satu video yang tular di media sosial, memaparkan Lil’ Jon melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lil’ Jon, atau nama sebenar Jonathan H Smith, 53, menitipkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mengucapkan tahniah, memberikan sokongan dan semangat menerusi hantaran di laman sosial Instagram
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara sekalian atas curahan kasih sayang dan positiviti,” kongsinya.
Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Foto: Tangkap layar video Lil’ Jon melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jon yang memakai kopiah merah dalam video berdurai 1 minit 50 saat itu lancar melafazkan syahadahnya di King Fahd Mosque.
Beliau yang juga DJ dan penerbit cukup dikenali dalam arena muzik Hollywood melalui beberapa lagu serta kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher.
Terdahulu, berita pengislaman aktivis terkenal Shaun King turut mencuri perhatian media antarabangsa pada Ramadan tahun ini.
PUASA MEMBERI KESAN YANG BAIK TERHADAP KESELURUHAN SISTEM BADAN MANUSIA TERUTAMA SISTEM PENGHADAMAN. SECARA AMNYA, BERPUASA DAPAT MEMBERI KESAN TERHADAP SISTEM TUBUH BADAN, MINDA SERTA PSIKOLOGI DAN ROHANI.
TUBUH BADAN KITA SENTIASA TERDEDAH KEPADA BAHAYA TOKSIN ATAU RADIKAL BEBAS YANG MENJADI FAKTOR KEPADA JANGKITAN PENYAKIT ATAU KECEDERAAN.
MEREHATKAN SARAF
Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.
Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.
JADI LEBIH AKTIF
Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.
Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.
Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.
KAJIAN DI DALAM JURNAL NUTRISI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA ORANG YANG BERSENAM SEMASA BERPUASA AKAN MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT DARIPADA ORANG YANG BERSENAM TETAPI TIDAK BERPUASA.
Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih di mana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.
MELANCARKAN SISTEM BADAN
Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.
Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam dimana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.
Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
LANGKAH-LANGKAH BERIKUT PERLU DIAMBIL JIKA SEKIRANYA ANDA INGIN BERSENAM PADA BULAN PUASA:
-Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.
-Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.
-Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.
-Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 – 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
-Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.
-Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.
-Walaubagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung. Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.