Bagi anda yang memiliki kereta pastinya pernah mendengar tentang komponen dikenali sebagai alternator.

Jika anda tak pernah dengar tentangnya, usah risau MASKUILN akan cuba kongsikan serba sedikit dengan baik. Pertama sekali kita harus tahu apakah fungsi alternator di dalam kereta.

FUNGSI ALTERNATOR

Pada dasarnya alternator dilihat sebagai salah satu komponen yang ringkas dan tidaklah terlalu kompleks. Rekaannya hanya mempunyai beberapa bahagian. Namun alternator membawa peranan sangat penting dan kritikal dalam operasi kereta.

Lampu Kereta Makin Malap, Itu Salah Satu Petanda Alternator Kereta Bermasalah

Alternator berfungsi menjana tenaga elektrik untuk kereta hasil dari gerakan ataupun putaran komponen enjin kereta.

Jika dilihat pada mata kasar, terdapat wayar-wayar di dalam alternator. Dan wayar tersebutlah akan bergerak menerusi medan magnetik yang seterusnya menarik arus elektrik. Dengan arus elektrik inilah ia akan digunakan untuk menghidupkan aksesori kereta.

Sama ada lampu utama, lampu brek, penghawa dingin dan pelbagai lagi. Ia juga berfungsi untuk pastikan bateri kereta dapat dicas secukupnya untuk bantu menghidupkan kereta.

IKLAN

Oleh kerana alternator berhubung secara langsung dengan sistem kenderaan, jika terdapat masalah mekanikal lain akan menjejaskan fungsinya. Bila tidak dapat berfungsi dengan baik, kereta akan alami masalah sewaktu ujian diagnostik dilakukan.

Terdapat lima petanda yang boleh membantu anda mengesan jika berlakunya kerosakan atau masalah pada alternator.

LAMPU KERETA JADI MALAP

Lampu Kereta Makin Malap, Itu Salah Satu Petanda Alternator Kereta Bermasalah
Car photo created by standret – www.freepik.com

Salah satu petanda biasa yang berlaku apabila alternator bersamalah ialah bila lampu menjadi malap. Ini kerena alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan, Jadi jika sebarang masalah pada alternator, lampu akan terus jadi malap.

Perhatikan lampu anda dan jika ia menjadi kurang terang atau pun terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.

LAMPU INDIKATOR AMARAN MENYALA

Lampu Kereta Makin Malap, Itu Salah Satu Petanda Alternator Kereta Bermasalah

IKLAN

Perhatikan di papan pemuka di bahagian meter digital kereta anda. Jika salah satunya menyala ia berkemungkinan menunjukkan alternator bermasalah. Dan biasanya lampu amaran bateri yang akan menyala. Namun terdapat beberapa jenis model kereta yang menunjukkan amaran ‘ALT’ atau ‘GEN’ yang bermaksud alternator atau generator.

Kekeliruan sesetengah pemilik kenderaan mungkin berlaku kerana memikirkan bateri yang bermasalah. Sedangkan alternator yang sebenarnya bawa onar. Lampu kereta sebenarnya dihubungkan dengan sistem sensor komputer dalaman kereta yang mengesan keluaran kuasa voltan dari alternator. Jika jumlah voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu amaran tersebut akan menyala.

BATERI MATI ATAU ‘KONG’

Lampu Kereta Makin Malap, Itu Salah Satu Petanda Alternator Kereta Bermasalah

Pada mulanya anda tukar bateri yang mungkin sudah tidak berfungsi. Namun dengan bateri baru, kereta masih tidak dapat dihidupkan. Ini mungkin masalah yang datang dari alternator.

IKLAN

Apabila alternator rosak ia tak mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri dan ini menyebabkan bateri kurang tenaga untuk hidupkan enjin.

PETANDA FIZIKAL SEPERTI BUNYI, BAU DAN VISUAL

Ini petanda yang kita sendiri kena perhatikan. Walaupun ia hanya tekaan namun beberapa ‘simptom’ yang berlaku pada kereta mungkin berpunca dari masalah alternator.

Pengesanan secara visual bertujuan untuk memeriksa jika ada tali sawat yang sudah putus. Pemeriksaan bunyi pula berpandukan bunyian yang pelik dan tidak biasa kita dengar dari bahagian dalam enjin. Manakala bau pula boleh dikesan dengan bau getah terbakar atau wayar yang terlalu panas. Ini biasa berlaku bila alternator hampir rosak dan bermasalah.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta.

Sumber: Mekanika.com  

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI