Untuk pengetahuan anda servis airbag bukanlah satu perkara yang biasa dilakukan. Namun ia boleh diperiksa dari semasa ke semasa untuk pastikan kondisinya dalam keadaan baik agar bila berlaku kemalangan ia boleh berfungsi.
Jika anda terlibat dalam kemalangan airbag akan terbuka dan perlu ditukar serta sensor juga perlu reset semula. Namun apabila tidak terlibat sebarang kemalangan tetapi lampu indikator airbag terus menyala, apa pula masalahnya?
Jika bateri kereta anda telah ‘kong’ atau rosak dalam tempoh terdekat, ia juga berkemungkinan bateri sokongan menghidupkan beg udara telah habis. Ia mungkin membetulkan dirinya sendiri sebaik sahaja bateri dicas semula sepenuhnya, tetapi jika tidak, bateri sokongan perlu dicas semula bersama-sama dengan tetapan semula sensor.
Kereta anda mempunyai banyak sensor yang kebanyakannya bersambung dengan komponen berbeza. Ia terhubung secara sistematik menerusi sistem komputer untuk mengesan dan memberitahu kita jika ada isu atau kerosakan yang perlu diberikan perhatian. Sensor airbag juga seperti sensor lain yang boleh berdepan kerosakan.
Sensor boleh gagal berfungsi lalu menyebabkan lampu airbag menyala. Perkara anda perlu lakukan ialah periksa sensor dan sistem perlu ditetapkan semula atau reset.
Ini juga boleh menjadi punca mengapa lampu amaran airbag menyala. Kabel clock spring berfungsi untuk mengekalkan kesinambungan antara pendawaian elektrik kenderaan dan beg udara sebelah pemandu. Ia berpusing masuk dan keluar apabila stereng berputar. Masalah akan timbul ia ia menjadi haus secara langsung menyebabkan sambungan yang lemah dan kemungkinan kegagalan beg udara.
Jika kenderaan anda pernah berdepan kerosakan melibatkan air atau banjir, ia juga boleh menjejaskan modul airbag untuk berfungsi dengan normal. Kebiasaannya airbag modul terletak di bawah tempat duduk pemandu atau penumpang. Jika ia terputus atau terhakis, ia tidak akan berfungsi dengan baik.
Dengan kata lain jika masalah ini berlaku dan anda ragu-ragu untuk baiki sendiri, pergilah ke bengkel dengan segera. Jangan cuba lakukan sesuatu yang anda tidak tahu terutamanya pada komponen keselamatan seperti airbag. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
@maskulinmy Menjaga stamina diri kadangkala cukup mencabar. Namun dengan rutin senaman full kardio anda mampu meningkatkan stamina dir agar kekuatan semakin baik dari semasa ke semasa! Selamat pengantin baru @Alif Muhaimin #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #fyp #fypmalaysia #workout #fitness ♬ Workout Trap (60 Sec)