Setiap kereta atau kenderaan empat roda kebiasaannya dilengkapi dengan pelbagai jenis lampu amaran yang memberikan indikasi atau kondisi kereta. Di antaranya ialah lampu ‘CHECK ENGINE’ atau ditampilkan dalam bentul logo sahaja.
Bayangkan anda sedang ralit memandu dan tiba-tiba anda dapati lampur ‘CHECK ENGINE’ menyala. Reaksi spontan biasanya kita akan jadi hairan dan risau kerana memikirkan apa yang tidak kena pada kereta.
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telag mengesan ada masalah pada sistem kereta. Dan kondisi ini bergantung kepada jenis, tahun dikeluarkan dan juga model kereta.
Ia menyala berkemungkinan kerana kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi atau juga masalah brek. Terdapat segala macam sebab yang menyebabkan lampu ‘CHECK ENGINE’ ini menyala dan jalan terbaik untuk atasi masalah ini ialah melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih terperinci.
Ads
APA ITU LAMPU CHECK ENGINE
Ia sebenarnya lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta. Atau dalam bahasa mudahnya sejenis lampu amaran untuk pengurusan enjin/transmisi/elektrikal yang akan menyala jika ada SEBARANG masalah dikesan pada enjin kereta.
Konsepnya sama sahaja dengan mesej ‘error’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.
BOLEH DIPANDU ATAU TIDAK?
Ketika anda dapatnya menyala secara tiba-tiba tapi tidak mendatangkan masalah secara langsung kepada kenderaa, ia bermakna anda boleh terus memandunya. Namun pergilah periksa dan dapatkan pendapat dengan mekanik yang pakar dalam hal ini.
Namun berbeza jika anda dapati ada perbezaan ketara ketika memandu seperti dapatinya semakin semput, bergegar atau bunyi yang kuat. Berhentilah dengan segera dan hubungi trak tunda. Kita tidak mahu masalah akan menjadi lebih teruk. Tapi carilah lokasi sesuai untuk berhenti, jangan main berhenti di lokasi tidak dibenarkan.
Ads
IA KEKAL MENYALA
Jika lampu ‘CHECK ENGINE’ terus menyala dalam jangka masa yang lama, sila ambil langkah segera seperti yang dinyatakan di atas.
TERPADAM DENGAN SENDIRI
Selepas beberapa ketika anda dapati lampu amaran tersebut padan secara tiba-tiba. Usah rasa lega dulu kerana mungkin sistem komputer kereta menyimpan data mengenai masalah yang berlaku. Dan ia boleh diperiksa dengan lebih lanjut di bengkel. Jadi jika ia terpadam sendiri sekali pun, pergilah periksa ya.
Ads
RESET LAMPU AMARAN ‘CHECK ENGINE’?
Ada sesetengah pemandu melakukan hal seperti ini kerana ingin ‘memadamkan’ amaran tersebut secara paksa. Ia dilakukan dengan memutuskan sambungan bateru atau pun fius. Namun ia amatlah tidak digalakkan. Ini kerena melakukan perkara ini akan menghilangkan kod masalah asal yang timbul. Malah banyak syarikat pengeluar melarang dan mencegah ia daripada dilakukan.
Satu perkara anda perlu ingat, setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik tersendiri. Jika masalah yang timbul itu dibaiki ia biasanya akan terpadam dengan sendiri. Atau dipadamkan dengan menggunakan Code Reader. Namun jika ia boleh dibaiki sepenuhnya ia tidak akan kekal lama. Berkemungkinan besar akan menyala semula.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta atau kenderan masing-masing. Jangan lupa subsribe YouTube MASKULIN dan menonton ‘RODA PANAS’ setiap Isnin jam 9:30 malam di Astro Naura!
Sumber: mekanika.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas pengenalan warna dan grafik baharu pada model Y15ZR diikuti pengenalan versi MotoGP 125ZR, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kini menawarkan warna dan grafik baharu pada model Y135LC.
HLYM lebih ‘selesa’ mengambil pendekatan mengemas kini model sedia ada di pasaran agar lebih kekal relevan dan segar. Tambahan model-model yang diperkenalkan oleh pengeluar berkenaan sememangnya di antara produk ‘hot’ dalam kalangan pengguna.
Maka, tiada usaha untuk mempelbagaikan produk di pasaran dan HLYM lebih mengambil pendekatan selamat menurut penulis.
Untuk versi 2017 ini, Y135LC kini ditawarkan dengan empat warna baharu iaitu merah, biru, hitam dan perak.
Kesemua warna baharu berkenaan sudah pun berada di pasaran. Serentak dengan pengenalan warna tersebut, warna sedia ada sebelum ini ditamatkan pengeluaran.
Bahagian mekanikal masih tidak berubah yang mana 135LC menggunakan enjin bersesaran 134cc yang mampu menghasilkan kuasa 12hp pada 8, 500rpm dan tork 11.8Nm pada 5, 500rpm.
HARGA
Yamaha 135LC – RM7,167.72 seunit.
(Harga termasuk GST, tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu petanda biasa yang boleh kita perhatikan ialah apabila berlakunya perubahan ada ada keluarnya bunyi tidak sepatutnya. Ini terutamanya apabila kereta sedang dibawa. Jika bunyi yang tidak patut dan pelik keluar makin kerap itu bermakna anda perlu sediakan poket yang lebih tebal.
Untuk mengelak kereta berdepan kerosakan lebih serius anda perlu kenal pasti beberapa jenis bunyi yang keluar. Kalau ada bunyi pelik dan lain dari kebiasaan periksalah dengan segera ya.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa jenis bunyi perlu anda risaukan.
KETUKAN PADA BAHAGIAN TAYAR
Jika ketika memandu anda mendengar ada bunyi seakan ketukan pada bahagian tayar itu mungkin berpunca dari kerosakan atau masalah spring penyerap hentakan atau absorber. Ketahuilah bahawa absorber yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kawalan kereta setika pemanduan.
GESERAN KETIKA BREK DITEKAN
Ini antara jenis bunyi perlu diberikan perhatian khusus. Kebiasaannya bunyi geseran yang berlaku ketika brek ditekan membawa maksud brake pad sudah semakin menipis. Ia juga menandakan brek anda mungkin berdepan masalah kegagalan berfungsi kerana cengkamannya sudah menyusut dan boleh membawa bahaya.
BUNYI SEAKAN SIULAN KETIKA MEMBELOK
Apabila membelok di jalan selekoh ia mengeluarkan bunyi nyaring geseran seakan siulan. Ini mungkin berpunca dari masalah bearing tayar atau mungkin juga pada timing belt. Apa-apa pun kedua-duanya pun boleh membahayakan pemanduan anda. Pergilah ke bengkel dengan segera untuk lakukan diagnosis lebih terperinci.
NYARING DARI BONET DEPAN
Tidak lain tidak bukan besar kemungkinan ia berpunca dari masalah timing belt. Jika putus ia boleh menyebabkan kerosakan yang mampu buat anda sakit jiwa! Ia perlu dibaiki segera kerana timing belt merupakan komponen kawalan sistem asas kenderaan. Rosak timing belt bermakna tersadailah kereta.
EKZOS MENGERAM KUAT BILA MEMECUT
Ketika melakukan pecutan lebih laju ada bunyi kuat dari bawah ekzos. Usah diabaikan kerana mungkin ia berpunca daripada masalah kebocoran pada ekzos. Kebocoran seperti ini cukup bahaya kerana boleh menjadi punca kepada pencemaran karbon monoksida kepada penumpang di dalam kereta. Pergilah baiki dengan segera sebelum bocor itu makin teruk.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hah jangan terkejut ya, menurut Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Perkara ini terbukti apabila golongan membawa kereta mewah ini sering melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju dan mencucuk rapat dengan kereta hadapan.
Malah lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ini kerana, individu yang membawa kereta mewah ini sering bangga dengan kemampuan diri membeli atau membawa kereta mewah dan merosakan tingkah laku yang tidak beretika ketika di jalan raya.