Sukan

Lamine Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final EURO 2024, Pecahkan Rekod Pelé

Share
Lamine Yamal pecah rekod dunia bola sepak menjadi pemain termuda beraksi dalam final EURO 2024 memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh legenda Brazil, Pelé.
Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final EURO 2024

Pada usia 17 tahun satu hari,  Yamal telah berjaya cemerlang dalam kedua-dua bidang akademik dan bola sepak.

Pecah Rekod Pelé, Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final EURO 2024

Mempamerkan prestasi cemerlang bersama pasukan Sepanyol, Yamal telah mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk membawa negaranya ke final menentang England pada awal pagi Isnin.

Selepas menunjukkan prestasi sensasi bersama Barcelona, Yamal terus menarik perhatian dunia menerusi persembahan cemerlangnya di Euro 2024. Ini termasuklah menyerlah dalam perlawanan separuh akhir di mana beliau membantu Sepanyol menewaskan Perancis.

Dalam sejarah, Yamal menjadi pemain termuda dalam sejarah final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pelé mencipta rekod tersebut.

Pelé ketika itu berusia 17 tahun dan 249 hari

Pelé ketika itu berusia 17 tahun dan 249 hari, membarisi pasukan Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958, di mana beliau menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-2 ke atas Sweden.

Untuk info , Sepanyol Juara EURO 2024 dan negara paling BERJAYA menang EURO apabila menang buat kali ke-4 (1964, 2008, 2012 & 2024)

Tahniah España..!

Wah, hebatnya remaja ni muda-mudah dah jadi lagenda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube
dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Nana