Isi Kandungan
ToggleBukan senang untuk anda bakar lemak degil. Kalau tidak lakukan senaman secara rutin dan menjaga pemakanan, lemak degil memang sudah hendak buang.
Jadi apa kata cabar diri anda dengan melakukan enam senaman ini selama 21 hari setiap pagi. Bukan sahaja boleh bakar lemak degil di perut, pinggang dan paha, senaman ini juga boleh mengurangkan berat badan anda.
Cara lakukan senaman ini
Pada minggu pertama, setiap senaman mengambil masa 30 saat dan anda perlu mengambil 15 saat rehat sebelum melakukan senaman seterusnya. Lakukan setiap jenis senaman ini sebanyak dua kali.
Pada minggu kedua, tempoh untuk setiap satu senaman mestilah mengambil masa 55 saat. Seperti minggu pertama, anda perlu mengambil masa 15 saat berehat sebelum melakukan senaman berikutnya. Ulang setiap jenis senaman ini sebanyak dua kali.
Pada minggu terakhir, setiap senaman mengambil masa 80 saat. Anda perlu mengambil masa rehat selama 10 saat sahaja sebelum meneruskan senaman berikutnya. Lakukan sebanyak tiga kali untuk setiap jenis senaman.
1. Burpees
2. Inch worms
3. Mountain climbers
4. Squats
5. Skaters
6. Planks
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Nampak Macho, Lelaki Kena Ada Paha Berotot & Pejal. 5 Senaman Ini Rahsianya!
Isi Kandungan
ToggleSetiap lelaki pasti impikan bentuk paha berotot. Namun sayangnya tidak ramai lelaki yang menitikberatkan senaman paha. Bagi mereka, paha berotot tidak sepenting otot lengan ataupun sixpack yang lebih menonjol.
Sebenarnya paha berotot juga penting kerana ia menjadi salah satu bahagian yang akan diperhatikan wanita. Wanita beranggapan, lelaki dengan paha berotot dan pejal nampak lebih macho.
Jadi untuk mendapatkan paha berotot ini, ia haruslah dilengkapi dengan senaman yang tepat. Barulah menampakkan hasil paha berotot sebagaimana yang anda inginkan.
Amalkan lima senaman ini setiap hari agar paha anda lebih mantap, berotot dan kuat. Selamat mencuba!
BACA: Kalau Berjaya Elak 8 Makanan Ini, Perut Boroi & Paha Bergesel Susah Nak Dekat!
1. HIGH KNEES
– Angkat lutut kiri separas pinggang.
– Tahan selama 3 saat.
– Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
– Ulangi untuk kaki sebelah dan lakukan selama 2 minit.
2. TURNING KICKS
– Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri dan condongkan badan sedikit ke kiri.
– Angkat lutut kaki kanan sehingga paras pinggang.
– Tangan kanan pula dibengkokkan di hadapan dada.
– Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 10 tendangan.
3. CLIMBERS
– Mulakan dengan posisi tekan tubi dalam kedudukan badan diangkat sedikit tinggi.
– Tolak lutut kanan ke hadapan separas dengan pinggang. Kaki kiri dibiarkan di posisi asal.
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 1 set dan 15 kali ulangan.
4. PLANK JUMP-INS
– Mulakan dengan posisi tekan tubi dengan badan diangkat sedikit ke atas.
– Kemudian, bawa kedua belah kaki ke hadapan separas dada dalam keadaan mencangkung.
– Lakukan sebanyak 10 kali ulangan.
5. LUNGES STEP UP
– Rendahkan posisi badan seperti anda hendak berlari.
– Turunkan kaki kanan dan halakan kaki kiri dalam posisi melutut.
– Bangun dalam keadaan lutut kanan dibawa separas dengan pinggang dan kaki kiri dluruskan.
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 1 set dan 12 kali ulangan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bersenam Tiga Kali Sehari, Isa Turunkan Berat Badan 100 Kg Kepada 60 Kg Dalam Empat Bulan,
Isi Kandungan
ToggleSelamat menyambut tahun baru 2018, semoga kita juga boleh berjaya menurunkan berat badan seperti mereka yang pernah kami kongsikan kisahnya di sini.
Encik Isa Abdullah yang juga merupakan seorang jurulatih gym, kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai perjalanan kisah sebenar bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badannya dari 100 Kg kepada 60 Kg dalam masa 4 bulan sahaja. Menakjubkan bukan dan itu bukanlah sesuatu yang mustahil baginya. Jadi, jika anda juga ingin turunkan berat badan, inilah masanya untuk anda merealisasikan impian tersebut dengan menjadikan kejayaan Encik Isa Abdullah sebagai inspirasi dan pembakar semangat anda.
Catatan berat sepanjang musim Jom Kurus Edisi 1 dan 2
Menjuarai peringkat kebangsaan kategori lelaki Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri, JK1M dua kali berturut-turut untuk edisi 1 dan 2 sememangnya tidak diduga. Matlamat utama sebenarnya adalah mencapai berat badan dan komposisi badan ideal untuk pencapaian peribadi bagi meneruskan gaya hidup sihat dan cergas bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.
Berat sebelum menyertai JK1M: 104kg [22 December 2013]
Berat Permulaan: 96.5kg [11 Januari 2014]
Berat Akhir: 56.9kg [23 April 2014]
Berat Semasa: 64kg [23 Mei 2014]
Petua turunkan 10kg – 15kg dalam 6 minggu
Senaman ini saya sarankan kepada mereka yang beratnya 80kg ke bawah.
Lakukan senaman 3 kali sehari tanpa henti sehingga minggu ke-6. Dengan hanya kira-kira 30 minit setiap sesi. Contohnya: 6.40pagi, 5.30petang dan 8.30 malam. Masa bersenam boleh diubah suai mengikut keselesaan dan kesesuaian diri.
Langkah 1: Berjalan pantas
Langkah 2: Berlari
Langkah 3: Joging
Langkah 4: Memecut
Untuk sesi 6.40pagi dan 5.30petang: Ulang beberapa kali bermula daripada langkah 1 ke langkah 4 di atas sehingga 30-40 minit. Ianya sesuai dilakukan di luar rumah, padang pusat rekreasi atau trek larian.
Untuk sesi 8.30 malam: Boleh mencuba senaman kardio sama ada berjalan pantas atau berlari pada tanjakan (treadmill) atau berbasikal dengan sedikit latihan kekuatan dengan membuat sebarang angkatan berat. Cadangan: lakukan kardio selama 40 minit dan latihan kekuatan sekadar 10-20 minit.
Bagi mereka yang berat 80kg ke atas (mahupun mereka yang baru memulakan senaman) saya sarankan terlebih dahulu supaya hanya sekadar berjalan seperti biasa sejauh 5km setiap hari terlebih dahulu sehingga hari ke-21 supaya ianya menjadi rutin. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri – sepanjang 3 minggu yang pertama saya hanya mampu berjalan sahaja.
Saya tidak berupaya berlari mahupun lompat bintang! Pasti semput, tak cukup nafas. Mulai hari ke-22 barulah saya selang-selikan dengan berjalan biasa dengan berjalan pantas. Pada minggu kelima dan keenam barulah saya meningkatkan intensiti kepada berjalan biasa > Joging > berjalan pantas secara berselang seli. Cara ini juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan sesi senaman bertujuan menguatkan otot betis dan peha serta mengurangkan kecederaan pada tumit dan buku lali.
Amalan Pemakanan
Makanlah 5 kali sehari. Jangan sesekali mengabaikan atau mengorbankan masa sarapan mahupun makan tengahari anda. Tak kisah la makan apa saja asalkan cukup senaman. Gandakan pengambilan putih telur, dada ayam atau ikan dalam menu harian [Utamakan pengambilan protein di dalam pemakanan harian]. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, manis dan bergaram. Berhenti makan sebelum kenyang. Minum air suam selepas makan untuk memberikan rasa kenyang. Jika ada air sejuk (contoh: jus oren) minum air sejuk sehingga habis terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.
Kepada mereka yang tidak sukakan aktiviti berjalan atau berlari, bolehlah memilih sebarang aktiviti kardio lain contohnya: zumba, senam robik, melompat tali, berbasikal, aktiviti mendaki, meredah hutan dan sebagainya. Pasti ramai yang suka menari dgn iringan muzik segar, rancak dan terkini.
Jom Kurus dan Cergas! Anda juga boleh melakukannya!
Ketika bersenam haruslah banyakkan bersabar. Bersenamlah mengikut kemampuan masing-masing jangan terlalu memaksa diri. Bersenam dalam keadaan riang gembira. Elakkan sebarang stress. Saya mengucapkan anda semua selamat berjaya, semoga perkongsian ini dapat membantu mencapai berat badan ideal anda.
Jadi, bagaimana anda sekarang setelah baca kisah inspirasi diet Encik Isa Abdullah? Cuba semak semula gaya pemakanan anda selama ini, kekerapan bersenam serta aktiviti fizikal rutin harian. Jika berada dalam keadaan yang membimbangkan dengan berat badan yang berlebihan, inilah masanya untuk anda berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan bermakna.
SUMBER : Kevin Zahri
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Faktor Penting Menentukan Teknik Pernafasan Yang Betul Ketika Larian
Isi Kandungan
ToggleLari!
Ya, larian merupakan aktiviti senaman yang paling popular di Malaysia dan juga di dunia. Tapi apakah yang menyebabkan ia menjadi aktiviti yang sangat popular bagi semua golongan tidak mengira peringkat usia atau jantina?
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.
Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.
Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.
BACA: 10 Tip Buat Anda Yang Ingin Mula Berlari
Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Berikut MASKULIN kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
BACA: 10 Kunci Utama Bagaimana Anda Boleh Lari Pada Jarak 10 Kilometer
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI