Bukan wanita saja yang selalu runsing dan risau akan kemunculan dagu berlapis ni, lelaki pun tidak terlepas juga. Siapa kata perlu diet secara ekstrim untuk hilangkan lemak di bawah dagu atau double chin? Tak perlu. Sebenarnya ada rahsia yang terbaik untuk hilangkan masalah dagu berlipat ini.
Nak tahu?Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu atau ‘chin exercise’ adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ‘annoying’ ini.
Ada beberapa tips senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan syoknya, boleh dibuat di rumah.
Apa lagi jom la cuba.
1. THE KISS
1. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
3. Relaks dan tegakkan semula kepala
4. Buat sekali lagi sehingga 15 kali
2. STICK IT OUT
1. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
3. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
4. Ulang sehingga 10 kali
3. JAW JUT
1. Dongakkan kepala sehingga memandang siling
2. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
3. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
4. Ulang 10 kali
4. NECK ROLL
1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
3. Kembalikan kepala ke sisi asal
4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
5. Ulang semula dalam masa 30 saat
5. TONGUE ON TEETH
1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
4. Lakukan selama satu minit
5. Relaks dan ulang sekali lagi
6. CHIN SLAP
1. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
2. Lakukan sehingga 30 saat
7. IN AND OUT
1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
5. Relaks dan ulang sehingga tiga kali
8. LAYING LIFTS
1. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
2. Biarkan selama 10 saat
3. Kembalikan kepala pada sisi asal
4. Ulang dua kali