Gaya Hidup

Lakukan 4 Tip Pembersihan Ini Selepas Demam Agar Rumah Anda Bebas Dari Kuman!

Share

Selain membasuh tangan dengan sabun, kawasan sekitar rumah anda juga harus diberi perhatian agar bebas dari kuman.

Ini penting agar virus COVID-19 tidak mudah merebak, sekali gus menjadikan kawasan kediaman anda bersih.

Oleh itu, pastikan anda melakukan pembersihan di dalam rumah sekerap yang boleh terutamanya jika anda baru sahaja sembuh dari demam bagi mengelakkan ahli keluarga sakit.

Public Health Malaysia berkongsi di laman Facebooknya empat tip pembersihan di dalam rumah selepas demam berserta cara-cara membuat semburan disinfeksi menggunakan air dan bahan peluntur atau dettol.

Sama-samalah kita menjaga diri kita dan kediaman rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini agar kita terhindar daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Tip pembersihan selepas demam

Jangan jadikan “Perintah Kawalan Pergerakan” punca kepada masalah lain. Jika ada ahli yang demam tu, pastikan keadaan rumah juga bebas dari kuman. Kalau tidak, satu keluarga boleh berjangkit.

Berikut adalah beberapa tips pembersihan selepas demam.

1. Bilik tidur

Tukar sarung bantal setiap hari. Basuh linen katil dengan peluntur tanpa-klorin dan air panas. Disinfeksi seleuruh tempat tidur.

2. Dapur

Disinfeksi semua yang disentuh. Pemegang pintu, peti ais, microwave, tombol dapur, kepala paip. Letakkan sedikit peluntur semasa membasuh pinggan dan mangkuk.

3. Bilik air

Tombol pintu, pemutar pam tandas, tombol kabinet dan suis lampu

4. Ruang tamu

Bersihkan telefon, remote, keyboard, komputer, tombol pintu, suis letrik/lampu

Cara menyediakan disinfeksi

1 bahagian peluntur/Dettol + 9 bahagian air

Tip tambahan
1. Pakai sarung tangan
2. Bersihkan dulu baru disinfeksi
3. Guna span berbeza setiap bilik
4. Basuh tangan selepas bersih

Published by
Roselinda