Push Up Setiap Hari Selama Sebulan, Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda!

Share

Top 3 alasan mengapa lelaki tak bersenam. Pertama alasan tiada masa. Kedua, sebab komitmen lain lebih banyak. Dan yang ketiga sebab sudah tiada motivasi dan redha dengan kondisi perut boroi terkini.

Usah jadi begitu brother! Selagi ada kudrat, selagi hayat dikandung badan kita bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri. Kerana kesihatan itu boleh menjadikan kita insan yang mempunyai kualiti hidup lebih baik lalu meudahkan untuk kita melakukan pelbagai kerja dan ibadah.

Pada zaman sekarang sudah banyak teknik senaman boleh dilakukan sama ada di rumah, pejabat atau ruang senaman seperti gimnasium atau taman. Antara senaman yang cukup mudah dilakukan tapi sering dipandang remeh ialah push up.

Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 20 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.

MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!

LEBIH BERTENAGA

Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 20 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.

PERUBAHAN LUARAN

Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.

BACA: Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Seperti Superman!

TERAS BADAN LEBIH KUAT

Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 20 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.

JADI MAKIN SENANG

Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.

MENTAL LEBIH TENANG

Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.

Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany