LAKARAN MODEL PRODUKSI D20N- IMEJ MYVI BAHARU BOCOR

Share

Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel tentang model terkini Myvi baharu. Bagaimanapun, lakaran ringkas berkenaan mendapat respons kurang memberangsangkan daripada pengikut Sinar Turbo.

Baru-baru ini, penulis menerima lakaran imej 3D Myvi baharu daripada individu yang dirahsiakan identitinya. 

Setelah mengambil kira input terkini yang diterima, beberapa perubahan telah dilakukan pada lakaran berkenaan. 

Masih menggunakan Toyota Corolla iM sebagai asas platform, bahagian depan mengalami perubahan di sektor lampu, bampar dan gril

. Jika diamati bahagian gril menerima kemasan krom tebal yang dipadankan dengan logo Perodua yang terletak di bahagian tengah.

BACA>>>>>INI WAJAH SEBENAR MYVI GENERASI KETIGA?

Lampu utama jika dilihat mirip Bezza tetapi didatangkan dengan saiz lebih besar yang ditarik sehingga ke belakang. Lampu belakang juga berubah dan tampil dengan desain kombi.

Model dengan kod D20N itu dikatakan lebih besar dan panjang berbanding generasi terdahulu.

Pada bahagian mekanikal dikatakan Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i

yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.

Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.

 

Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Myvi baharu:

1) Lampu depan dikatakan akan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.

2) Lampu belakang menggunakan rekaan kombi dan pandangan belakang Myvi baharu mengingatkan kepada Kia Rio. Konsep pembuka pintu but belakang sama seperti model Axia baharu.

3) Difahamkan selain pilihan rim 14 inci, Perodua bakal menawarkan pilihan rim bersaiz 15 inci

4) Pilihan warna baru iaitu kelabu dan hijau. 

5) Posisi gear diposisikan di konsol tengah dan tidak lagi diletakkan pada papan pemuka.

6) Butang penghidup push/start ditawarkan standard pada semua varian.

7) Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh bersama integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.

 

 

  

 

 

Published by
webadmin