“Lain Dipesan, Lain Yang Sampai”, Ikuti Tip Shopping Online Agar Anda Tak Tertipu

Share

Sekarang segalanya mudah dan berada di hujung jari. Apa yang anda perlukan boleh didapati dan dibeli secara talian. Perkembangan pesat perniagaan e-commerce kini menjadi sumber pendapatan ramai orang termasuklah yang berniaga sendiri di rumah.

Malah semakin ramai peniaga sudah tidak memerlukan kedai secara fizikal untuk mengembangkan perniagaan. Segalanya dilakukan secara dalam talian sahaja.

Namun di sebalik kepesatan industri perniagaan secara talian ini wujud pula pelbagai kes penipuan sama ada dari bentuk wang tunai atau barang yang tak sama seperti diiklankan. Melihatkan perkara ini yang semakin serius, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna untuk lebih berhati-hati apabila berbelanja seacara online.

Pihak mereka turut berkongsi tip bagaimana untuk anda sebagai pengguna membeli secara online. Berikut merupakan tip dari KPDNHEP;

KENAL PASTI

Jika anda sudah berkenan dan ingin membeli sesuatu produk perkara pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah kaedah bayaran yang dikenakan oleh peniaga.

PILIH UNTUK COD

Kaedah paling selamat untuk elak jadi mangsa penipuan ialah dengan meminta produk yang anda ingin beli di hantar secara terus atau cash on delivery (COD). Dengan menggunakan kaedah ini anda sendiri boleh memerik barang yang ingin dibeli.

GERBANG PEMBAYARAN

Jika laman sesawang itu mempunyai kaedah pembayaran online, pastikan ia tersedia untuk anda menggunakan gerbang pembayaran yang sah.

NAMA & NOMBOR AKAUAN

Jangan sesekali membuat bayaran kepada peniaga yang menggunakan akaun berbeza daripada nama mereka sebenar. Pastikan nombor dan nama akauan penerima betul dan sama.

BUTIRAN PENIAGA

Andai kata masih sangsi dengan peniaga anda boleh memeriksa latar belakang perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

BACA: Tip Kewangan, Bagaimana Mengurangkan Perbelanjaan Sekolah Anak

Dengan mengikuti tip di atas, InsyaAlah anda akan selamat daripada menjadi mangsa penipuan. Ingat satu perkara sahaja jangan mudah percaya dengan apa yang diklankan. Atau jangan mudah termakan dengan pelbagai kata-kata testimoni terutamanya produk yang berkaitan dengan kesihatan.

Tapi bagaimana jika barang yang anda beli tidak sama dengan apa yang diiklankan atau rosaK? Apakah yang anda sebagai seorang pengguna boleh lakukan?

Jangan risau jika perkara ini berlaku anda boleh semak semula kntrk pembelian jika ada. Disebabkan itu sebelum membeli sesuatu produk anda perlu memerika 5 perkara penting!

  1. Kaedah ganti rugi
  2. Polisi pemulangan (return)
  3. Tempoh penghantaran
  4. Privasi
  5. Waranti dan gerenti

Sebagai pengguna anda harus bijak dan ada strategi sebelum shopping secara online. Berikut merupakan antara perkara yang anda boleh lakukan.

  • Simpan segala maklumat peniaga dan pembayaran sehingga barang dipesan sampai.
  • Simpan juga resit atau bukti pembayaran secara talian.
  • Semak tempoh penghantaran yang ditetapkan peniaga dan masa ia mula diiklankan.
  • Jangan lupa untuk minta nombor tracking daripad peniaga. Periksa nombor tracking di laman web kurier sama ada ia sahih atau tak.
  • Jika ada sebarang komunikasi di antara anda dan peniaga dalam bentuk teks, e-mel, WhatsApp, Telegram atau Facebook Messenger amatlah penting anda simpan semua perbualan itu.
  • Dapatkan juga nombor telefon, alamat perniagaabn, nombor pendaftaran perniagaan dan makulmat berkenan produk yang ditawarkan.
Published by
Farizul Izwany