Lagu Raya Sumbang Dan Sengau, Netizen Sakit Telinga Dengar Fatah Amin Nyanyi? Hauk Sangat Ke Suara Dia?

Share

Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.

Lagu yang bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu namun sudah tersenarai dalam carta Top 3 iTunes.

Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.

Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.

Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.

Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.

Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!

 

Published by
Ruziana Zainal