Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 28, Awi Rafael kini kembali mempertaruhkan bakatnya dimana beliau memberi nafas baharu kepada lagu klasik yang berjudul ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’. Lagu klasik yang pernah dibawa oleh kumpulan nasyid UNIC ini telah digubah mengikut susunan muzik yang berbeza versi beliau sendiri.
Awi mengatakan yang beliau sangat selesa membawakan lagu ini, “Lagu ini adalah sepenuhnya versi dari saya sendiri. Saya turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal. Saya sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik.
“Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan saya menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu”.
Ads
Mahu Generasi Muda Kenal Lagu ‘Evergreen’
“Saya sangat bersyukur mendapat nasihat dari pihak label dan produksi drama kerana ia sangat memudahkan saya untuk mencapai hasil akhir lagu versi baharu ini. Harapan saya untuk lagu ini adalah supaya peminat di Malaysia akan tetap menyokong karya-karya saya, lagu-lagu baharu buat tahun ini dan tahun hadapan. Saya juga berazam untuk terus berkarya supaya generasi muda lebih mengenal lagu ‘evergreen’ seperti ini,” tambahan beliau.
Lagu yang penuh bermakna ini telah diberi peluang oleh pihak Alternate Records dan TV3 khas untuk runut bunyi drama “Di Wadi Safiyyah” yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Pembikinan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama.
Ads
Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu “Hanya Tuhan Yang Tahu” versi Awi Rafael bermula 28 November 2023 ini di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer.
Ads
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SIAPA YANG INGIN DAPATKAN KEMBALI EDISI ISTIMEWA MASKULIN JANUARI 2016 MENAMPILKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD?
PRU 14 sememangnya mendebarkan dan penuh dengan kejutan. Sehingga jam 5 pagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan penuh dari pelbagai pihak untuk menentukan siapa yang bakal memegang tahta sebagai kerajaan penggal kali ini. Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan presiden parti Pakatan Harapan dengan memenangi majoriti kerusi parliment, menjadikan beliau sebagai perdana menteri yang ke 7 Malaysia. Sejarah tercipta buat pertama kalinya, apabila pembangkang akan mentadbir Negara mulai hari ini!
Maskulin pada suatu ketika berkesempatan untuk menemubual tokoh yang paling disanjungi Malaysia walaupun beliau sudah berusia 92 tahun. Menerusi temubual yang diadakan di pejabat lama beliau di KLCC suatu ketika dahulu, team Maskulin menyingkap liku-liku dan pengorbanan beliau ketika mentadbir Malaysia selama 22 tahun menjadikan beliau Perdana Menteri terlama memegang jawatan tersebut.
Isu yang kami keluarkan pada Januari 2016 mendapat sambutan hangat dari penyokong tegar dan rakyat Malaysia, apabila naskah yang di cetak sebanyak 3000 Berjaya di jual tanpa return! Bukan senang nak lihat wajah Dr Mahathir menghiasi kulit majalah. Pelbagai pandangan dan pendapat yang kami timba sepanjang temu bual bersama beliau.
Dr. Mahathir telah membuktikan bahawa kerajaan boleh bertukar tangan jika rakyat Malaysia bersatu. Suara rakyat yang dahagakan perubahan menjadikan beliau masih berjuang habis-habisan untuk bangsa, agama dan negara. Edisi Januari 2016 ini menjadi inspirasi dan memori buat anak cucu di dimana buat pertama kalinya kami menemu ramah Syed Saddiq yang menyuarakan suara anak muda sekaligus telah memenangi kedudukan di Muar, Johor. Semoga Edisi yang padat dengan info kepimpinan ini tidak malap dipadam dari ingatan. Sekalung tahniah buat Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir, kerana berjaya mencipta sejarah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak kebelakangan ini , banyak kereta baru dengan rekaan yang bergaya dan mewah lagi meanrik berada dipasaran. Buat kita rasa teruja, mulalah pasang niat dan berangan nak tukar kereta baru. Tapi sebelum itu buat yang masih keliru sama ada nak tukar kereta baru atau tidak.
Sebelum nak beli pertimbangkan dulu nasihat yang dikongsikan oleh Harith Faizal ini, yang juga merupakan penulis bagi tip-tip kewangan.
Formula 20 : 5 :15
20% Deposit Kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
Atau lebih senang Harga kereta/ 12 bulan = Gaji Layak Beli
Berikut antara 10 perkara perkongsian beliau
1. Naik Motor
Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai beli kereta keluaran baru di pasaran. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.
2. Formula Kiraan Harga Kereta
Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.
3. Menyimpan Wang
Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.
4. Tiada Perlindungan Takaful
Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.
4. Perancangan Bijak
Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.
6. Lebih Romantik
Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah kereta lain , kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.
7. Jangan Ikut Orang
Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.
8. Pentingkan Tabung Perumahan
Tabung rumah lebih utama berbanding kereta keluaran baru, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.
9. Pengiraan Gaji
Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.
10.Ukur Baju Di Badan Sendiri
Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha. – HF
Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.
Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.”
[Al-Bakarah: 274]
MEMBERIKAN SESUATU YANG BERGUNA
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang?
Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok.
Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira.
Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
MENGAMALKAN SOLAT SUNAT DHUHA
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Sumber : AkuIslam
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.