Pengeluar jenama skuter Kymco asal Taiwan mendedahkan imej model konsep Kymco C Series. Model tersebut bakal dipamerkan pada EICMA 2017, November depan.
Mengikuti jejak langkah pesaingnya memasuki segmen skuter Adventure Tourer, model konsep itu memiliki persamaan dengan AK550 yang menjadi asas pembangunan produk berkenaan.
Jika diamati, Kymco C Series mengambil pesona dari Ducati Multistrada seiring dengan peranannya sebagai model roda dua kembara.
Ads
“Kehadiran Kymco C Series Concept bertekad mengungguli segmen Adventure Tourer dan dapat memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan keselesaan dan fungsi ketika mengembara,” kata Presiden Kymco Group, Allen Ko.
Bagaimanapun, spesifikasi lengkap masih disimpan rapi oleh pihak Kymco sehinggalah kemunculan rasminya pada November nanti.
Ads
Difahamkan model skuter maxi itu memiliki beberapa persamaan dengan Honda X-ADV. Kymco C Series Concept akan dipadankan dengan enjin 550cc DOHC yang mampu menghasilkan 53.5hp.
Ads
Selain itu, ia menampilkan suspension yang panjang, tayar off road dan beberapa perincian off road lain antaranya bahagian fender yang ditinggikan.
Cermin penghalang angin yang lebar memberikan imej garang pada pandangan pertama selain membezakan ia dengan model skuter maxi jalanan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BMW Group Financial Services Malaysia telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project.
Ia merupakan pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19. Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
“Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan.
“Kami telah berpeluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah organisasi bersama Refuge for the Refugees dan Empire Project sepanjang 18 bulan yang lalu, dan dengan rasa rendah hati kami bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi sokongan kami kepada inisiatif mereka.”
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut:
BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman. Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember 2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.
Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiap minggu.
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Di samping itu, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemik untuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.
FORD Motor Company (Ford) dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini memperkenalkan rangkaian model Ford Ranger baru untuk pasaran tempatan.
5 Perkara Menarik Ford Baharu ‘Built Ford Tough’
Enjin Ranger 2.0L Bi-Turbo generasi baru dengan transmisi automatik 10-kelajuan menawarkan kuasa mencecah 213PS dan 500Nm tork
Teknologi yang pertama dan satu-satunya dalam kelasnya, Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parrallel Parking), Brek Kecemasan Autonomi Inter- Urban (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki
Lengkap dengan Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin (keyless entry and push-start button), Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate) serta SYNC® 3 bersama keupayaan Apple CarPlay dan Android Auto
Pengalaman pemilikan luar biasa dengan jaminan selama tiga tahun atau sejauh 100,000km yang mana terdahulu
Harga rangkaian model Ranger baharu bermula daripada RM90,888.00
Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, rangkaian Ranger baru itu membabitkan sembilan varian terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.
Bagaimanapun, katanya, varian Raptor akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 pada bulan depan.
“Ranger baru ini menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Ia membabitkan enjin 2.0 liter (l) turbo tunggal, 2.0l bi-turbo dan enjin Duratorq 2.2l.
“Selain itu, buat pertama kali untuk segmen trak pikap, ia didatangkan teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan seperti Semi-Automatic Parrallel Parking, Autonomous Emergency Braking dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.
“Malah, ia juga dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengangkat pintu but serta SYNC 3 betsana keupayaan Apple Car Play dan Android Auto,” katanya pada majlis pelancaran Rangkaian Ford Ranger, di Shah Alam, hari ini.
Harga, Warna dan Servis
Varian Ranger baharu ditawarkan pada harga berikut:
Wildtrak– dua varian, bermula RM134,888.00
XLT+ – satuvarian, bermula RM124,888.00
XLT – duavarian, bermula RM109,888.00
XL – tigavarian, bermula RM90,888.00
Ranger didatangkan dalam lapan warna menarik. Ini termasuklah tiga warna baharu: Saber (Wildtrak sahaja), warna biru Magnetic dan Biru Cerah (Lightning), selain warna Putih Segar (Cool White), kelabu Meteor (Meteor Grey), Aluminium Metallik, Putih Segar (Frozen White) dan Hitam Pekat (Absolute Black).
Syed Ahmad berkata, tiga pilihan varian ditawarkan untuk XL yang dijual pada harga bermula RM90,888 manakala dua varian untuk XLT pada harga RM109,888.
“Ranger XLT+ yang hanya ditawarkan satu varian dijual pada harga RM124,888, manakala Wildtrak merangkumi dua varian, dengan harga bermula pada RM134,888,” katanya.
Bateri biasanya boleh bertahan dari setahun setengah hingga dua tahun. Jadi sebagai pemilik kenderaan, anda dinasihatkan untuk menukar bateri jika kuasa bateri telah mencapai tahap 40% dan ke bawah.
Namun bagaimana anda ingin mengetahui bila bateri kereta anda perlu ditukar? Penting untuk anda mengenal pasti simptom-simptom awal yang bateri anda sudah lemah.
– Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tiba
– Keluar pelbagai mesej amaran secara rawak
– Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semula
– Jam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepat
– Lampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip
Namun jika bateri kereta anda terus kong, jangan bimbang. Ini adalah cara yang perlu anda ‘jump start’ dengan betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.