KWSP Mula Buat Panggilan. Jangan Risau Terima Talian 03-8922 4000, Ia Tulen Untuk Pendaftaran i-Akaun!

Share

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diberi kebenaran untuk mengeluarkan maksimum RM500 dari Akaun 2 KWSP.

Pengeluaran KWSP ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menangani krisis ekonomi negara susulan daripada penularan wabak COVID-19.

Setelah KWSP menerima permohonan pendaftaran i-Akaun, kini tibalah masanya untuk KWSP membuat panggilan susulan berkenaan i-Akaun tersebut.

Bagi yang telah mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun, anda bakal menerima panggilan susulan dari KWSP menggunakan talian bernombor 03-8922 4000.

Oleh itu, jangan bimbang kerana nombor yang tertera ini adalah tulen dan disahkan dari KWSP.

Perkara ini didedahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerusi perkongsian di laman Facebooknya.

Jangan ragu-ragu untuk menjawab panggilan dari talian ini kerana ejen KWSP akan memperkenalkan dirinya sebelum perbualan dimulakan.

KWSP turut menasihati pencarum agar tidak menghubungi nombor 03-8922 4000 ini kerana ia merupakan talian sehala, selain mengharapkan agar pencarum dapat bersabar menunggu panggilan ini.

Talian 03-8922 4000 adalah tulen dari KWSP

KWSP telah menerima permohonan pendaftaran i-Akaun anda dan akan membuat panggilan susulan melalui talian sehala kami di 03 8922 4000.

(Jangan hubungi no 03-8922 4000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja)

Talian beroperasi 7 hari seminggu

AMBIL PERHATIAN. Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor ini, ia adalah TULEN daripada KWSP dan ejen kami akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.

Talian ini beroperasi 7 hari seminggu, dari 8 pagi hingga 7 malam.

Bagi mengelakkan kesesakan talian, kami mohon anda bersabar dan tunggu panggilan dari kami.

Published by
Roselinda