BERAT BADAN BERLEBIHAN ADALAH MASALAH YANG SEMAKIN SERIUS DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA HARI INI. MALAYSIA ADALAH ‘JUARA’ DI ASIA TENGGARA UNTUK MASALAH OBESITI.
RAMAI MENGAMBIL PENDEKATAN MENGURANGKAN MAKAN DAN BERSENAM UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN. TANPA KITA SEDARI, ADA YANG MEMBUAT KESILAPAN DALAM USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN. ANTARA KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN OLEH ORANG RAMAI ADALAH MELAKUKAN ‘DIET’ DENGAN KAEDAH SALAH.
Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan ‘diet’, yang bermaksud tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau.
Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan. Walaupun terlebih makan antara punca berat badan berlebihan, jangan makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan mendapat masalah kekurangan zat makanan.
Jika anda terlalu kerap berlapar, sistem metabolisme badan berubah iaitu metabolisme badan turun, dan segala yang anda makan walaupun sedikit disimpan sebagai ‘lemak’ dan ‘otot’ menjadi kecut.
Apabila anda tidak mampu meneruskan ‘berdiet’ melampau seperti ini, anda mula makan tanpa kawalan kerana selera bertambah dan semuanya menjadi lemak.
Berat badan anda bertambah dengan sangat cepat dan menjadi lebih gemuk dari sebelumnya. Akhirnya, anda berdiet semula, dan kitaran ini akan berterusan tetapi gagal menurunkan berat badan.
Sesetengah orang menggunakan kaedah berdiet Atkins yang dipopularkan oleh Dr Robert Atkins pada 1958. Atkins mencadangkan pengambilan karbohidrat dengan jumlah sangat rendah iaitu kurang 20 gram sehari dan mengambil lebih banyak makanan protein dan lemak.
Menurutnya, kaedah ini menyebabkan badan membakar lebih banyak lemak kerana tubuh berubah kepada keadaan ‘ketosis’ dan paras insulin yang rendah menyebabkan hati membakar simpanan glikogen.
Kaedah ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi membiarkan tubuh dalam keadaan berasid dengan ‘ketosis’ adalah tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
Ada juga kajian menunjukkan kaedah Atkins boleh menyebabkan masalah batu karang, buah pinggang dan reput tulang (osteoporosis).
Ads
Kaedah ini tidak lagi popular sekarang selain menimbulkan kontroversi kerana pemakanan tidak seimbang dengan mengurangkan karbohidrat secara melampau didapati menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari.
Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.
Pemakanan seimbang yang disarankan adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.
Seseorang juga perlu meninggalkan ‘makanan proses’ yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.
Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.
Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk ‘pinggan makan’ yang dipanggil ‘Healthy Eating Plate’.
Ads
Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil ‘Choose MyPlate.gov’ dan di Malaysia dipanggil sebagai ‘Model Pinggan Sihat’.
MENURUNKAN BERAT BADAN HANYA DENGAN BERSENAM
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.
Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.
Ads
MEMILIH PRODUK ‘RENDAH LEMAK’
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.
MEMILIH MINUMAN ‘DIET’
Kajian mendapati pengambilan minuman ‘diet’ menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikit pun.
Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rejim kecergasan tidak lengkap kala amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Memberi impak lebih berkesan ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, pembinaan otot nyata memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama.
Ikan Salmon
Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot. 4 ons salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat. Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.
Telur
Sempurna dalam memberikan sumber tenaga kala mengharungi latihan olahraga dan kecergasan. Setiap sajian mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda. Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.
Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain. Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.
Keju bebas lemak
Hadir sebagai sajian sihat kerana punya kandungan nutrisi asas iaitu protein yang sangat penting untuk membina tenaga. Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk. Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan yang terbaik untuk mencipta otot yang menawan. Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.
Amalkan pengambilan pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam satu nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian. Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj kembali tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.
Susu rendah lemak
Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.
Kemunculan Kurt Cobain bersama band Nirvana telah banyak mengubah lanskap muzik popuar pada era 90-an dahulu. Malah impak yang dibawa oleh Kurt Cobain dapat dirasai hingga ke hari ini.
Vokalis legenda ini telah banyak memberikan pengaruh kepada pemuzik-pemuzik pada hari ini merentasi pelbagai genre. Di antara persembahannya yang cukup diingati sehingga ke hari ini ialah ‘Nirvana MTV Unplugged in New York’ pada tahun 1993.
Jika ditanya peminat muzik amnya apakah persembahan dari siri MTV tersebut paling diingati pasti nama Nirvana akan menjadi antara yang pertama muncul dibibir mereka.
Dengan reputasi tersebut maka tidak hairanlah apabila gitar akustik yang digunakan oleh Kurt Cobain untuk persembahan tersebut dilelong dengan harga yang sangat tinggi.
Pada bulan Mei lalu, gitar Kurt Cobain dari siri 1959 Martin D-18E telah mula dilelong pada harga USD1 juta di Julein’s Acution. Namun hasil lelongan gitar tersebut naik sehingga enam kali ganda kepada USD6 juta (RM25.6 juta).
Turut dilelong bersama gitar tersebut ialah kotak hard-shell gitar. Lelongan ini sekali gus menjadikan gitar Kurt Cobain sebagai gitar yang paling mahal pernah dijual.
Namun di sebalik lelongan ini muncul sedikit kontroversi tentang pemilik sebenar gitar tersebut. Ini kerana anaknya Frances Bean dan bekas isterinya, Courtney Love memfailkan tuntuan ke atas gitar ini.
Gitar tersebut kini menjadi milik pengasas jenama audio mikrofon RODE, Peter Freedman. Dai dilaporkan ingin membawa gitar tersebut sebagai item pertunjukan bagi meraih dana untuk pelbagai kegioatan seni oleh badan keseniaan bebas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut penulis buku Food Combining, walaupun setiap hari kita buang air besar atau kecil seimbang, ia belum tentu boleh menyelamatkan tubuh daripada ditimbuni sisa sampah yang membusuk dalam usus. Apalagi jika sistem pembuangan kita tidak efektif yakni masih tertinggal hampas makanan di dinding-dinding usus, jangan harap kita terlepas daripada masalah.
Selama ini, kita fikir, kita gemuk kerana banyak lemak tapi rupa-rupanya sisa sampah/hampas yang tertinggal dalam usus itu antara punca tubuh kita tembam dan berisi. Jom kita mula detoks tubuh dengan cara mudah. Badan sihat, wajah jadi bersih dan tubuh pun sihat.
Ini 10 makanan yang pantas menyah toksin dalm badan.
1. Badam
Kacang badam kaya dengan serat, kalsium, magnesium, dan protein yang membantu menyeimbangkan kadar gula. Selain mengandungi banyak manfaat yang berguna, badam juga merupakan makanan yang boleh menyahtoksik sistem pencernaan tubuh.
2. Avokado
Buah avokado sangat berguna untuk membersihkan hati dari racun yang mencemarkan tubuh kita kerana avokado penuh dengan bahan antioksidan termasuk glutation. Avokado dikatakan boleh menyekat 30 karsinogen (penyebab racun) di dalam tubuh.
3. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria, anti virus, anti kanser dan melancarkan saluran pernafasan.
4. Buah beri biru
Buah ini bertindak sebagai agen antibiotik pencegah jangkitan saluran kencing dan mempunyai sifat anti virus. Selain itu, ia mampu juga mengurangkan kesan kerosakan akibat keradangan.
5. Sayur brokoli
Brokoli kaya dengan bahan antioksida dan enzim yang membantu sistem pencernaan berjalan berkesan. Selain itu, brokoli mentah mempunyai kandungan antioksida dan enzim yang paling banyak dengan tahap nutrisi yang tinggi.
6. Kranberi
Buah ini mempunyai bahan antibiotik dan boleh membersihkan badan dari bakteria berbahaya dalam saluran kencing.
7. Sayur Kale
Sayuran ini kaya dengan khasiat anti kanser dan antioksidan yang membersihkan tubuh dari racun. Kale juga membantu perokok aktif dan pasif untuk meneutralkan nikotin yang ada di dalam tubuh.
8. Kobis
Kubis boleh mendetoksifikasi saluran kencing dan meredakan kesakitan akibat jangkitan, khususnya pada perut. Kubis kaya akan sifat anti kanser dan antioksidan.
9. Lemon
Lemon yang kaya akan vitamin C ini diperlukan untuk membentuk dan mengukuhkan sistem imun sehingga dapat menangkal racun. Lemon juga mengandungi 20 zat anti kanser.
10. Rumpai Laut
Rumpai laut merupakan makanan yang dapat membersihkan racun dalam tubuh dan hal ini dikemukakan dari pelbagai kajian, sehingga kini banyak dijumpai di pasaran.
Selain mengamalkan makanan seperti di atas, anda juga perlu melakukan rutin senaman bagi memastikan tubuh badan sihat dan cergas dan juga minum air yang cukup agar tidak lesu.
Kebaikan Detoks
1. Badan sihat dan langsing sebab meningkatnya kadar metabolisme
2. Kulit jadi berseri, sihat dan mulus
3. Kulit jadi lebih bercahaya, sihat dan mulus.
4. Meningkatkan imunisasi dan kekebalan tubuh
5. Menghilangkan selulit
6. Mengurangi masalah insomnia, stres atau depresi
Tapi… bukan semua orang boleh detoks.
Jangan lakukan detoks jika anda…
• Sedang hamil atau menyusukan anak
• Ada penyakit serius seperti kanser
• Sedang menjalani rawatan untuk sesuatu penyakit
• Atau baru sembuh darioada penyakit serius
• Kanak-kanak di bawah umur lima tahun
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guna kereta lama lebih 15 tahun, ini tip penting kena tahu. Ramai dalam kalangan kita masih memandu kereta yang telah berusia lebih 10 hingga 15 tahun. Seiring dengan usia, kenderaan lama pastinya tidak lari daripada mengalami masalah.