Semuanya demi isteri dan anak…
Hugh Gwon dan Nichola Gwon merupakan pasangan suami isteri yang telah mengasaskan komik popular ‘My Korean Husband’.
Disebabkan Hugh orang Korea, mereka menamakan komik mereka ‘My Korean Husband’.
Hugh Gwon telah membuat transformasi yang hebat pada badannya. Semuanya demi isteri tercinta dan anak yang bakal ditimang nanti.
Sebenarnya, Hugh memang sudah lama ingin menurunkan berat badan supaya badan lebih sihat namun tidak berjaya mendapat motivasi yang boleh membuatkannya kekal ingin berubah.
Namun, apabila mereka mula merancang untuk mempunyai anak, kesukaran rawatan IVF yang dijalani isterinya, membuatkan Hugh benar-benar terinspirasi.
Serta Hugh mengalami masalah kesihatan akibat berat badannya.
Hugh memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan terfikir yang mereka akan mempunyai peluang lebih cerah jika dia menurunkan berat badan.
Hasil sebuah kajian menunjukkan senaman terutamanya senaman kardio seperti berjogging, akan meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki.
Maklumat ini menambah dorongan Hugh untuk lebih bertekad menurunkan berat badan sebanyak mungkin.
Hugh menamakan projek khasnya sebagai ‘The Last Chance“. Dan selepas enam bulan dengan projeknya ini, dia berjaya menurunkan lebih 20 kg.
Semua hasil pemakanan yang sihat, senaman dan sokongan isteri tercinta.
Bagi mencapai matlamatnya, Hugh telah mendapatkan bantuan seorang pelatih peribadi.
Sebelum ini, Hugh telah cuba mengurangkan makanan tidak sihat dan alkohol.
Namun gagal jika dia bersama rakan-rakan. Tetapi kali ini, Hugh berjaya dengan sokongan dan masakan makanan sihat oleh isterinya.
Apabila kelihatan hampir tidak berjaya. Hugh akan merengus kecewa. Namun isterinya sungguh memahami, bersabar dengan kerenahnya dan tetap memberi sepenuh sokongan.
Hugh menggunakan YouTube sebagai platform Vblog-nya dan perjalanannya mencapai matlamatnya.
Hugh juga telah membuat sesi fotografi bagi membuat profil ‘badannya’ dan mendokumentasikan kejayaannya. Foto sebelum dan selepas Hugh sungguh mengagumkan.
Perubahan Hugh telah memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang. Hugh dan pelatih peribadinya, Yoojin telah membuat satu Facebook khas, The Last Chance bagi membantu mereka yang ingin berubah.
Selain menunjukkan berita baik tentang perubahannya yang positif, Hugh dan Nichola juga telah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Pasangan ini telah menunjukkan yang tiada apa adalah mustahil sekiranya anda benar-benar bertekad untuk melakukannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI