Bersenam adalah aktiviti yang harus diamalkan oleh kita semua untuk kekal aktif, cergas dan sihat tubuh badan.
TIPS BERSENAM UNTUK KURUS DAN SIHAT
Okay ni nak kongsikan sedikit tips bersenam untuk kurus, dan juga untuk kesihatan:
1) Pernafasan
Ini teknik pernafasan power yang sangat efektif untuk tingkatkan prestasi dan ketahanan. Dalam posisi duduk, Tarik nafas sedikit dalam dan hembus. Ulang secara berterusan 30-50kali. Anda mungkin akan sedikit mamai, kebas-kebas atau mengantuk. Ianya perkara biasa kerana badan dan otak anda mula tepu dengan oksigen. First timer mungkin juga akan alami keletihan/sakit otot rusuk yang akan hilang selepas sehari dua.
Teknik ini mengoptimakan ruang “dead space” paru-paru serta menyediakan oksigen yang cukup untuk senaman berat yang akan anda lakukan seterusnya. Terima kasih kepada pakcik Wim Hof atas ilmu yang berguna ini.
2) Senaman Untuk Kurus, Sihat dan Awet Muda Ialah “SENAMAN KEKUATAN”
Lupakan senaman aerobic yang lama dan repetition banyak kali. Ia meningkatkan stres badan menyebabkan gangguan kepada keseimbangan badan. Elakkan bersenam melebihi sejam sebaiknya.
Anda seharusnya menumpukan pada senaman intensiti tinggi dalam jangka waktu yang pendek. Kaedah interval HIIT seperti TABATA juga bagus namun saya nasihatkan, yang baru mula boleh cuba kaedah PACE yang lebih mudah dahulu.
Saya biasanya gabungkan senaman kekuatan buat secara interval. Buat 20 ulangan dan rehat 20 saat. Jangan rehat lama-lama, anda akan hilang kelebihan senaman interval dengan rehat yang panjang.
Antara yang saya suka senaman kekuatan+ interval ini kerana lemak bukan sahaja dibakar ketika bersenam tapi juga selepas bersenam malah ketika anda tidur!
Antara kelebihan lain senaman jenis kekuatan:
Ads
• Mencegah dan Memulihkan Kekuatan otot: Apabila tua, otot mengecut dan menjadi lemah dan menggigil disebabkan SARKOPENIA. Senaman kekuatan menjana bateri sel (mitokondria) dan stem sel otot yang meningkatkan isipadu dan kekuatan otot. Gigil akan kurang dan badan menjadi lebih stabil.
• Menguatkan Tulang : Tendon di bahagian sendi akan memberi beban kepada tulang maka ketumpatannya akan meningkat. Senaman kekuatan juga terbukti mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
• Stabilkan GULA DARAH: otot yang besar meningkatkan pengambilan gula dalam darah ke dalam sel. Ya, pesakit kencing manis akan mendapati paras gula menjadi lebih cantik.
• Meningkatkan Tenaga Badan : Seperti yang saya sebutkan, tenaga badan akan meningkat kerana senaman jenis kekuatan menjana bateri sel dengan pesatnya. Di samping itu, metabolism badan dan juga hormone kejantanan(testosterone) anda juga akan meningkat sama.
• Kesihatan Otak: Seperti juga senaman aerobik, senaman kekuatan meningkatkan fokus dan kecerdasan minda. Mengikut kajian, senaman kekuatan juga mencegah penyakit seperti dementia dan kenyanyukan (Alzheimer).
3) Fokus Bahagian Senaman
Jika anda bersenam untuk kecantikan (aesthetic),fokus pada otot-otot kecil seperti otot abdomen(perut), biceps dan triceps. Senaman otot perut juga membantu menguatkan otot “core” selain senaman otot belakang, punggung yang meningkat stability badan.
Namun perlu anda ingat, senaman otot kecil tidak akan menampakkan hasil aesthetic sekiranya peratusan lemak badan anda tinggi. Otot six pack anda akan tenggelam di sebalik lautan lemak yang tebal.
Saya lebih suka buat senaman otot besar dengan senaman seperti push up (pumping) dan juga squat ( free squat atau guna pemberat). Lagi besar otot lagi cepat kurus.. Bagi kaum wanita tak perlu risau otot membesar macam seladang. Hormon testosterone wanita tak cukup tinggi untuk besarkan otot.
Ads
4) Waktu Bersenam
Saya suka waktu pagi sebelum sarapan. Ataupun waktu sebelum berbuka puasa.
Ini adalah waktu kurang gula dan badan akan bakar lemak dengan pesatnya.
-Perhatian jika anda tidak ketoadaptif (otak mampu menggunakan lemak sebagai tenaga), elakkan senaman berat ketika gula kurang-
Jangan amalkan jika sakit kepala atau ringan kepala, anda mungkin pitam.
Bahkan jika anda jatuh sakit yang teruk, elakkan senaman waktu ini. Berikan rehat yang secukupnya kepada badan anda. Stress kerana sakit akan sebabkan badan anda menyimpan lemak dan air menerusi peningkatan hormone stress(kortisol).
Anda tidak mahu tambahkan stress lagi menerusi bersenam pada waktu sakit.
5) Pemakanan untuk kurus
Ini saya selalu cerita dalam artikel-artikel lama saya. Kali ni spesifik pemakanan waktu bersenam (macronutrient timing).
Ads
Jangan makan sejurus selepas bersenam berat kerana darah akan mengalir banyak ke bahagian otot untuk membekalkan oksigen yang sangat banyak diperlukan selepas bersenam. Kurang pengaliran darah ke sistem pencernaan akan mengakibatkan ketidakhadaman dan mengganggu sistem pencernaan.
Lepas bersenam saya biasa ambil protein senang serap seperti protein whey. Selepas sejam dua makan real food. Waktu paling bagus makan karbohidrat juga ialah selepas sejam dua bersenam. Sekurangnya nasi yang anda makan itu boleh lah digunakan sebagai bahan bakar, bukannya disimpan sebagai lemak.
Dulu-dulu zaman jahilliyah, saya guna protein CASEIN waktu berpuasa atau sebelum tidur. Casein ini bila bercampur dengan asid perut jadi macam ketulan susu dalam perut, susah dicerna dan diserap. Kononnya, slow releasing protein ni baguslah, bekalan protein yang berterusan tak diserap cepat.
Amaran: Protein casein antara makanan paling utama menyebabkan KEROSAKAN USUS selain gluten. Anda berisiko mendapat masalah ketidakhadaman, “angin”, masalah sendi, penyakit alergi,autoimmune dan macam-macam lagi. Selamat tinggal casein.
Semoga tips ini sedikit sebanyak akan membantu anda mencapai matlamat tubuh badan yang sihat.
Tahukah anda tekanan amat berkait rapat dengan berat badan. Pada tahun 2010, buku American Journal of Public Health telah mengkaji bahawa orang yang sedang meghadapi tekanan lebih cenderung mengalami kenaikan berat badan. Individu yang mengalami tekanan akan bersendirian dan tidak akan berminat untuk menemui sesorang untuk berkonsultasi. Maka, hal ini akan menyebabkan berat badan mereka naik tanpa mereka sedari jika dibandingkan dengan individu yang mengalami tekanan yang berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan konsultasi. Ini kerana, individu yang mengalami tekanan perasaan cuba untuk melupakan tekanan dan melupakan masalah meraka dengan makan.
2. kesan pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubtan juga akan menyebabkan kenaikan berta badan seseorang. Jika anda seorang pesakit yang mengambil pil hormone, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti cancer payudara dan sebagainya adalah faktor utama berat badan individu naik. Mungkin kesan yang dihasilkan oleh ubat-ubatan tersebut berbeza, namum ia tetap mempengaruhi nafsu makan, serta metabolism. Jika anda ingin mengtahui samaada ubat-ubatan yang sedang ambil boleh menaik berat badan, anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor dan meminta menukar dengan ubatan alternatif.
3. Masalah pencernaan
Masalah pencernaan, termasuk buang air besar yang tidak lancar juga dapat dikaitkan dengan permasalahan berat badan anda yang naik. Menurut Dr Hedaya, sepatutnya seseorang individu yang normal seharusnya merasakan gerakan usus selepas sejam mereka makan. Jika anda tidak teratur dalam membuang air besar, anda akan menjadi kurang serat, dehidrasi ataupun adalah kesan dari pengambilan ubat-ubatan. Maka individu yang mempunyai masalah penghadaman haruslah makan makanan yang kaya dengan serat dan minum air yang banyak.
4. Tubuh tidak tercukupi oleh nutrisi tertentu
Individu yang kekurangan vitamin D, magnesium, atau zat besi dapat membahayakan system kekuatan tubuh badan, melemahkan tenaga atau memgubah metabolism anda dengan cara yang tidak baik. Untuk memastikan anda mendapat kadar zat besi yang mencukupi, anda boleh melebihkan pengambilan daging merah dan bayam manakala untuk magnesium anda boleh dapatkan daripada kacang almond. Akan tetapi, untuk pengambilan vitamin D, anda seharusnya mendapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor kerane pengambilan vitaman D yang berlebihan akan memoengaruhi kesihatan ginjal.
5. Anda semakin tua
Tanda kegemukan juga dapat dikaitkan dengan faktor usia. Ini kerana individu yang berumur 40 tahun keatas badan tidak akan membakar kalori seperti individu yang berumur 20 tahun. Jadi pastikan anda mengamalakan aktiviti seperti olahraga dan bersukan serta kurangkan makan untuk menjaga metabolism. Menurut kajian, olahraga dan bersukan amat penting untuk menjaga berat badan dengan jangka masa panjang.
6. Sakit Tumit (Plantar Fasciitis)
Jika tumit anda sering sakit ini bermakna ia berkait rapat dengan bertambahnya berat badan,maka hati-hatilah. Sakit pada tumit ini dapat terjadi akibat tekanan berat badan yang terus bertambah. Selain itu, sakit pada tumit juga akan menyebabkan pergerakan seharian anda terbatas.
7. Anda terkena Sindrom Cushing
Kenaikan berat badan disertai dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna kulit pada bahagian perut atau paha, pipi kemerahan boleh menjadi pertanda bahawa tubuh badan anda tidak memproses nutrisi dengan cara yang seharusnya. Ini kerana kelenjar adrenal pada tubuh terlalu banyak memproduksi hormon kortisol. Jika sudah begitu anda sedang mengalami Sindrom Cushing. “Sindrom ini tidaklah umum, namun salah satu dari tanda-tandanya adalah distribusi lemak anda akan menjadi berlebih di bahagian tengah tubuh anda, meninggalkan bahagian pada lengan dan kaki yang cenderung lebih kurus,”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
EPAL HIJAU JUGA SANGAT EFEKTIF UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN,JIKA MAKAN SEBIJI EPAL YANG BERUKURAN SEDERHANA 15 MINIT SEBELUM MAKAN BOLEH MENGAWAL NAFSU MAKAN YANG TINGGI.
JADI APA ITU DIET EPAL HIJAU?
KELEBIHAN EPAL HIJAU
Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
MAKANAN TINGGI SERAT
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.
KAYA DENGAN SUMBER MINERAL DAN VITAMIN
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.
Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.
Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau.
CARA DIET EPAL HIJAU
( Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak 4 kilo dalam masa sebulan dengan diet ini. ) SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau
Lunch: Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)
10 malam sebelum tidu : Jus Epal Hijau
* MINUM AIR MASAK AL LEAST 3 LITER SATU HARI. ANDA AKAN MENGALAMI PENURUNAN 1 @ 2KG SEMINGGU.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak sawit itu yang boleh digunakan bukan sahaja sebagai minyak masak, tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K.
Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.
KANDUNGAN BERKHASIAT
Kandungan karoten dalam minyak sawit merah ini pula adalah lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam.
Karoten ini tidak terdapat dalam minyak sawit biasa yang berwarna kekuningan. Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
ELAK SERANGAN STROK
Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok.
ELAK MASALAH KEGEMUKAN
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan.
Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan
tindakbalas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, sekali gus membantu melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan kesihatan otak.
MELAMBAT PROSES PENUAAN
Sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan
melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu.
HALANG SEL KANSER PAYUDARA MEREBAK
Di samping itu, beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada
merebak.
Dengan segala kebaikan yang ada pada minyak sawit merah, kita boleh memanfaatkannya sebagai sebahagian menu kita.
INFO
Mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel-sel lemak baru.
Mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangka masa pemulihan akibat serangan strok.
Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.