Oatmeal atau bijirin oat sudah diketahui ramai bahawa ia merupakan salah satu makanan yang sihat. Ni sebab oat dikatakan boleh membantu untuk rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat kalau kita bersahur dengan Overnight Oats ni.
Selain itu ia turut diperkayakan dengan serat yang baik untuk penghadaman dan boleh membantu untuk kurangkan kadar kolestrol dalam tubuh.Paling penting oat juga sangat sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan!
Nah hanya 5 bahan asas (untuk bekas sederhana besar).
Bahan-bahannya ialah:
1. 5-6 sudu besar rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman).
2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).
3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).
4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).
5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).
Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Ads
Selamat mencuba!
1. Banana and blueberries overnight oats
Bahan tambahan:
1. Pisang
2. Beri biru (blueberries)
2. Plain overnight oatmeal
Ads
3. Pistachio joy with black raisins overnight oats
Serbuk coklat Extra chia seeds
Sirap coklat Choc cube/ kinder (optional)
Nota Tambahan
Better makan fresh-fresh. Boleh simpan limit 3 hari sahaja. Anjeli pernah try. Jangan simpan lama-lama sebab takut masam. Ada susu dan yogurt kan.
Oat tak perlu masak sebab ni jenis instant.
Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke. What ever. Korang campur je semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncitmerupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
TABIAT SUKA MAKAN LEWAT MALAM ADALAH DI ANTARA PUNCA UTAMA MASALAH INI.
1.Menyebabkan pedih ulu hati.
Ia telah dianggarkan bahawa pedih ulu hati menjejaskan ramai rakyat malaysia dan setiap tahun ratusan ringgit dibelanjakan pada ubat-ubatan untuk merawatnya. Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus.
Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus. Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.
2.Kekurangan tidur
Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dari hari, jadi anda boleh bangun bertenaga. Tidur adalah penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau kehilangan ingatan.
Kebanyakan orang mengalami kekurangan tidur apabila makan pada lewat malam. Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut. Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ organ pencernaan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana berkerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut
3.Penghadaman tidak sempurna
Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut. Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikkan berat badan. Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.
4.Strok (Angin Ahmar)
Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang anda mempunyai strok, menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece. Kajian, yang memberi tumpuan kepada 500 orang yang sihat – 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut – mendapati bahawa orang-orang yang menunggu terpanjang antara makan dan tidur pada risiko rendah untuk strok.
Menurut kajian Refluks asid boleh menyebabkan apnea tidur, yang dikaitkan dengan strok. Satu lagi teori adalah bahawa proses pencernaan yang memberi kesan pada tekanan darah, tahap gula darah dan kolesterol mungkin boleh menyebabkan strok.
Tabiat makan makan ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan, Walaubagaimanapun masalah masalah ini boleh dielakkan jika kita prihatin dan elak dari makan pada waktu lewat malam.
Tip elak dari makan pada lewat malam.
1. Makan sebelum 6:00 petang. Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2.Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minum lah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5.Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan rock terkenal Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish“. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You“, “Just Take My Heart” dan “Wild World“. Mereka telah memulakan jelajah mereka pada 20 Julai lalu, dengan Jepun sebagai destinasi pertama.
Dibawakan oleh Shiraz Projects, Mr. Big akan tampil beraksi di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.
“Dengan durasi lebih 35 tahun dalam industri muzik dan pelbagai hits, kami teruja untuk membawa Mr. Big yang merupakan kumpulan legenda ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini”, kata Shirazdeen Karim selaku pengarah Shiraz Projects. Kumpulan itu akan membuat persembahan di Zepp KL, sebuah lokasi strategik tengah kotaraya.
Mr. Big terdiri daripada vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Turut menyertai mereka dalam jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio, mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018.
Foto: Vokalis utama, Eric Martin.Foto: Pemain bass/vokalis, Billy Sheehan.Foto: Pemain gitar/vokalis, Paul Gilbert.
Termasuk dalam senarai lagu konsert The BIG Finish ini kelak adalah lagu-lagu dari album yang meraih penjualan platinum iaitu album yang dihasilkan pada tahun 1991, Lean Into It.
“Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit No. 1 kami, “To Be With You”, kata mereka menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.
Terkenal kerana menggabungkan pelbagai gaya seperti hard rock dan pop, Mr. Big sangat tidak sabar untuk bermain untuk peminat mereka buat kali terakhir.
Tiket telah mula dijual pada 11 Mei 2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM700. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang konsert ini, sila lawati platform media sosial Shiraz Projects.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang tak dinafikan, adik-beradik pelakon popular ini kelihatan awet muda.
Kalau tengok wajah dan penampilan Naszeli Ngasri, siapa sangka abang kepada Ngasri ini meniti usia 49 tahun. Dari abang sampai ke adik, semuanya nampak masih muda termasuklah bapa mereka iaitu Ngasri Sain yang sudah pun mencecah usia 73 tahun.
Sudah Ada Cucu, Wajah Awet Muda ABANG Bell Ngasri Jadi Tumpuan!
Figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu Bell Ngasri, yang telah dianugerahkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) menyebabkan Naszeli atau lebih dikenali sebagai Boy turut menerima tempias populariti adik lelaki.
Jarang muncul di kaca televisyen, difahamkan Boy kini ‘orang kuat’ belakang tabir dan menjadi penerbit.
Boy merupakan anak kedua daripada enam beradik iaitu Nasliza, Nasrizal (Bell), Nasreen (Darling), Naszriah (Datin Anne) dan Nassuhada yang juga anak istimewa.
Kesemuanya merupakan anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Bapa mereka merupakan penggiat industri seni dan penyiaran serta pernah menjadi pengacara TV dan pelakon.
Daripada enam beradik tersebut, empat daripada mereka mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam bidang seni dan hiburan iaitu Boy, Bell, Darling dan Datin Anne Ngasri.
Anak sulung Boy iaitu Inas Sofea berusia 25 tahun berkahwin pada tahun 2020 dan mempunyai dua orang anak. Sekaligus menjadikan pelakon ini datuk kepada dua orang cucu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.