Kurangkan Stres Di Tempat Kerja Dengan Teknik Senaman Mata Ini

Share

Ramai di antara kita memang cukup peka dengan senaman melibatkan anggota badan. Namakan apa sahaja bahagian bada pasti ada senaman spesifik yang memberikan impak cukup besar kepada kita.

Tapi pernahkah anda memikirkan tentang kesihatan anggota deria lain yang penting seperti mata. Bagi anda yang kerja menghadap komputer seharian lamanya pasti akan terdedah dengan rasa penat pada bahagian mata.

Dan perkara inilah yang boleh menjadi punca mengapa mata anda boleh rabun. Usah risau kerana terdapat beberapa teknik senaman mata yang boleh membuatkan anda lebih relaks dan kurang stres.

Kelip mata selama 1 minit

Senaman ini membantu anda melancarkan peredaran darah. Apa yang anda noleh lakukan ialah, padang kehadapan dan kelip mata sebanyak dan sepantas mana yang boleh, tanpa memberi fokus kepada apa-apa keadaan dan barang sekitar anda selama 1 minit.

Jika anda fokus dengan kelipan mata anda, hasilnya mata anda akan lebih segar dari penat menghadap cahaya computer atau keadaan sekeliling. Antara sebab mengapa mata anda sering kabur penglihatan dan kering, adalah kerana anda tidak kelip mata anda selalu, sebab itu kadang-kadang mata anda akan penat.

Gerakkan kepala

Selain daripada kelip mata selama 1 minit, anda juga boleh gerakkan kepala anda untuk melancarkan perjalanan darah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gerakkan kepala anda atas dan bawah, 30 saat dan kiri kanan selama 30 saat, dan anda akan lengkapkan 60 saat untuk senaman ini. Dalam pada masa yang sama, mata anda perlu tegak kehadapan. Hanya gerakkan kepala sahaja.

Gerakkan mata anda

Kalau tadi anda menggerakkan kepala anda, kini anda perlu menggerakkan mata anda sahaja. Gerakkan atas bawah dan kiri kanan. Lakukan senaman ini selama 1 minit.

Setelah habis 1 minit pejam mata anda selama beberapa saat, dan kembali bekerja. Ini akan membantu ketegangan saraf mata anda kurang penekanan sedikit.

Pejam mata selama 30 saat

Pakar mata mempercayai pejamkan mata sekurang-kurangnya 30 saat boleh menguatkan photoreceptor cell yang membantu dalam penglihatan anda. Kepentingan biologi yang besar dari photoreceptors ialah mereka menukar cahaya (radiasi elektromagnet kelihatan) menjadi isyarat yang boleh merangsang proses biologi.

Jangan serabutkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif. Ini untuk anda yang selalu berdepan dengan komputer tanpa jemu.

Urut kepala anda

Ketegangan di bahagian mata akan menyebabkan anda sakit kepala. Jadi untuk senaman kali ini, apa kata kalau anda ambil masa beberapa saat untuk anda memicit kepala anda. Caranya picit bahagian kiri dan kanan di antara pipi dan dahi dengan jari selama 30 saat.

Gerakkan sambil menutup mata

Anda hanya perlu pejamkan mata dan gerakkan bebola mata atas dan bawah sebanyak 5 kali. Lakukan senaman ini 5-10 set. Mudah, kan?

Published by
Farizul Izwany Ibrahim