Pada masa kini, kopi tidak lagi dinaggap sebagai sekadar sejenis minuman untuk menghilangkan rasa rasa haus atau untuk mengelakkan diri rasa mengantuk semata. Ia telah perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang diambil secara rutin.
Lihat sahaja lambakan pelbagai jenis cafe atau jenama dari dalam dan luar negara yang terdapat di setiap pelosok negara. Malah jika ada pertemuan sama ada santai atau profesional, di situlah akan sentiasa menjadi sasaran.
Bagi golongan yang bekerja pula meminum kopi boleh menjadi pemangkin ‘pembuka selera’ untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.
Tapi ramai yang kadang-kadang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Dengan kesan kafein inilah yang boleh membuat anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala berdebar-debar. Tapi jika diambil berlebihan ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.
Jika anda alami beberapa gejala seperti MASKULIN kongsi di bawah, itu petanda anda harus kurangkan pengambilannya dengan segera.
SELALU SAKIT PERUT
Selepas minum kopi sahaja anda mula sakit perut yang memulas. Ia mungkin disebabkan berlakunya gangguan pada prosespencernaan. Kopi boleh menjadi punca kepada rfefluks gastroesofageal. Jadi kurangkan minum kopi buat sementara waktu.
MUDAH CEMAS
Individu yang terlalu banyak minum kopi didapati akan muda berasa cemas. Selain itu mereka juga berdepan masalah kurang tidur dan sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik.
JANTUNG BERDEGUP KENCANG
Jika mula rasa jantung semakin pantas berdegup, itu petanda besar bahawa anda perlu kurangkan minum kopi. Kandungan kafein mencetuskan denyutan jantung yang pantas lalu boleh menyebabkan anda juga berasa sakit kepala.
SUKAR TIDUR
Inilah antara sebab mengapa ramaia meminum kopi iaitu untuk mengelak rasa mengantuk. Namun jika diambil dengan banyak atau tidak kena pada waktunya; sebagai contoh waktu malam, maka ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tindur. Apabila tidur tidak cukup, keeesokannya ada meminum lagi kopi untuk elak rasa mengantuk di pejabat. Ini lagi memburukkan keadaan.
SAKIT KEPALA
Bagi penggemar kopi minuman ini mampu meredakan rasa tekanan mereka. Namun dalam satu kajian yang dijalan oleh Universiti Johns Hopkins mendapati individu yang minum lebih 5 cawan kopi akan berdepan sakit kepala.
https://www.youtube.com/watch?v=s-AjksTwE6E
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI