Apabila kita mempunyai masalah bau badan yang kronik, rakan-rakan boleh mengenalpasti kehadiran anda.

Namun kehadiran anda sebenarnya merupakan satu musibah kerana ia mengundang ketidakselesaan di kalangan orang ramai. Jadi, kena kawal bau badan.

Masalah ini lebih teruk jika anda berada di tempat tertutup seperti dalam kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin. Anda membuatkan orang berasa mual dan tidak selesa.

Oleh itu, MASKULIN ingin membantu serba sedikit antara makanan yang harus anda kawal pengambilannya serta jangan ambil langsung kerana menyumbang kepada masalah bau badan.

BACA: 8 Fakta Tentang Bau Badan Lelaki Yang Boleh Buat Wanita Tak Keruan

1. Daging Merah

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

IKLAN

Daging jenis ini membuatkan badan anda cepat berbau. Ini kerana daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh. Tambah-tambah lagi bila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.

2. Bawang putih

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

Makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih. Namun, jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak. Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.

3. Minuman keras

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

IKLAN

Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan. Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.

4. Makanan ringan

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengelurkan bau yang tidak elok terutamanya ketika berpeluh. Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan penambilan makanan seperti ini.

IKLAN

BACA: Bau Badan Lelaki Boleh Buat Perempuan Jadi ‘Turn Off’?

5. Makanan berempah

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

Rempah menganndugi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut. Antara yang menjadi penyumbang adalah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.

6. Produk tenusu

Kurangkan Pengambilan 6 Jenis Makanan Ini Untuk Bendung Masalah Bau Badan

Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan. Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia akan menjadi penyebab kepada masalah bau badan. Untuk meneutralkan semula air susu yang telah diminum, anda boleh meminum air kosong. Ia lagi menyihatkan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI