Pada musim raya nanti tak sah kalau hidangan atau juadah makanan yang tidak kaya dengan gula.

Ini terutamanya dalam makanan seperti kuih raya, kek dan juga makanan bergula yang lain. Itu belum campur minuman manis yang sedia terhidang bersama.

Dugaan untuk tidak mengambil makanan manis memang sanat sukar. Oleh itu anda harus pandai mencari alternatif lain demi kesihatan diri.

Tahukah anda bahawa menurut The American Heart Association mencadangkan bahawa seorang lelaki dewasa hanya boleh mengambil kadar gula tidak lebih daripada 9 sudu kecil sehar atau kira-kira 38 gram.

Namun dengan kepelbagaian makanan dan minuman yang menghandungi gula di pasaran sekarang agak sukar untuk kita mengelak diri daripada mengambil gula. Malah gula dikatakan sebagai salah satu bahan yang meninggalkan kesan ketagihan yang cukup sinonim di kalangan pengguna.

Dan orang yang mengambil terlalu banyak makanan bergula pasti terdedah dengan risiko cukup tinggi terhadap penyakit kencing manis.

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Bayangkan sahaja setiap pagi sahaja ramai di antara anda pasti minum teh tarik atau paling tidak pun teh ‘O’. Kemudian makan pula roti canai atau nasi lemak.

Ads

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Disebabkan itu juga ramai orang yang ingin mula berdiet harus bermula dengan ‘memotong’ pengambilan minuman bergula. Ia agak sukar tapi percayalah, mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain mengurangkan makanan atau minuman bergula terdapat beberapa tip ringkas yang anda boleh lakukan untuk kurangkan makanan bergula. Nak tahu, jom ikuti tip di bawah!

MINUMAN GANTIAN

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Pergi ke restoran makanan segera sahaja pasti kita akan ditawarkan minuan berkarbonat. Begitu juga kalau ke mana-mana kedai runcit, di peti ais pasti penuh dengan pelbagai perisa. Ia memang cukup menggoda nafsu haus kita. Jika anda seorang penggemar minuman berkarbonat MASKULIN faham bagaimana rasa payahnya untuk berhenti mengambil minuman berkarbonat. Badan anda sudah terbiasa dengan kandungan gula tinggi dan ia sentiasa menimbulkan rasa ingin menikmati ‘kemanisan’ berkarbonat secara berterusan.

Ads

Caranya cuba ganti minuman tersebut dengan minuman soda diet yang rendah kalori dan kemudian letakkan beberapa hirisan buah seperti lemon. Nampak seperti tiada apa. Sebenarnya dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti kebiasaan yang terdapat dalam satu tin minuman berkarbonat. Lama-kelamaan anda boleh terus tinggalkan air berkarbonat!

BACA: Makanan Diet Ini Nampak Simple Tapi Memang Buat Rasa Kenyang

YOGURT KOSONG

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Minuman yogurt berperisa buah biasanya mempunyai kira-kira 30 gram gula untuk setiap hidangan. In case anda rasa teringin sangat nak makan yogurt ambillah yogurt kosong.

Bagi memberikan rasa yang lebih sedap anda boleh masukkan sedikit buah-buahan segar yang dipotong dan sedikit serbuk kulit kayu manis. Sedar tak sedar, anda sudah berjaya kurangkan dua hingga empat sudu gula ketika menikmati yogurt. Mudah bukan?

Ads

SNEK RINGAN

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Ini juga salah satu gaya hidup yang sukar untuk kita hapuskan. Sejak kecil kita telah terdedah dengan makanan ringan. Okay, pertama sekali cuba lupakan snek ringan seperti kerepek segera, gula-gula, biskut atau cokelat.

Sebaliknya gantikan menu snek ringan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai kandungan serat tinggi seperti epal dan beri ataupun bertih jagung. Dengan cara ini anda telah berjaya mengurangkan kira-kira dua hingga 10 sudu gula sehari!

PELENGKAP MAKANAN SEMULA JADI

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat

Bila dah habis makan anda pasti mahukan pencuci mulut. Tapi ketahuilah anda boleh mengambil pencuci mulut yang tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ia tidak semestinya perlu manis apatah lagi mengandungi gula.

Amalkan mengambil pencuci mulut semula jadi seperti buah limau gedang, tembikai atau buah pic. Dengan cara ini anda juga berjaya kurangkan dua hingga 10 sudu gula. Sedap dan berkhasiat!

Kurangkan Makanan Bergula Di Musim Raya Dengan Makanan Gantian Sihat
Ikuti tip di atas dan anda boleh kurangkan ketagihan gula!

Kesimpulannya kita semua suka makanan yang manis. Tetapi apa yang penting harus pandai kawal diri dan kurangkan makanan bergula demi kesihatan di masa akan datang. Dan jangan ingat hanya orang yang mempunyai berat badan tinggi sahaja boleh terkena kencing manis ya. Anda yang berbadan kurus juga tak terkecuali. Dan penyakit ini boleh boleh menjejaskan keupayaan anda sebagai lelaki daripada segi kesuburan dan masalah ereksi. Ouchhh!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI