Dalam beberapa hari kebelakangan ini cuaca nampaknya kembali panas. Sebagai rakyat Malaysia, mahu atau tidak itu perkara berkaitan bahang panas merupakan perkara harus kita hadapi dan rasai.
Meletakkkan kenderaan di kawasan terbuka tidak sampai setengah jam pun panas serta bahang dalam kereta memang rasa seperti tidak tertanggung.
Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah ini?
Terdapat beberapa tip dan cara mudah yang kita boleh gunakan untuk kurangkan bahang panas di dalam kereta.
PELINDUNG CERMIN HADAPAN DAN TINGKAP
Apabila ingin meletakkan kereta di kawasan terbuka dalam tempoh yang lama, anda dinasihatkan untuk meletakkan pelindung cermin dan tingkap. Perlindungan secara fizikal ini mampu mengurangkan bahang panas terperangkap di dalam kereta. Apatah lagi pelindung tersebut mempunyai material berwarna krom yang mampu memantulkan cahaya matahari.
Ads
BUKA TINGKAP
Jika kereta anda di letakkan tidak jauh dari kawasan atau pandangan anda bolehlah lakukan tip ini. Buka sedikit tingkap di bahagian atas sebanyak beberapa inci. Membuka tingkap ketika kereta di letakkan di kawasan terbuka mampu merendahkan suhu dengan signifikan. Jadi kereta tidaklah terasa seperti oven panas apabila anda masuk ke dalamnya selepas itu.
‘KIPASKAN’ BAHANG KELUAR
Ini teknik yang memerlukan anda menggunakan sedikit tenaga. Sebelum memasuki ke dalam kereta, buka pintu dan lakukan gerakan seperti anda mengipas. Turunkan tingkap di bahagian penumpang hadapan dan tutup kesemua tingkap lain. Lakukan gerakan mengipas tersebut sebanyak kira-kira 12 kali. Tindakan ini boleh mengeluarkan sedikit udara panas yang terperangkap dan sekali gus menyejukkan sedikit kondisinya.
Ads
PELAPIK TEMPAT DUDUK
Salah satu penyeksaan bagi anda yang menggunakan tempat duduk dari metarialkulit ialah ia mudah menyerap panas. Selepas meletakkan kereta di bawah sinaran matahari dengan lama, kerusi tempat duduk boleh menjadi panas. Jadi untuk melindungi anda daripada kepanasa, lapiklah tempat duduk dengan tuala. Apabila suhu di dalam kereta kembali normal, alihkan dan simpan semula tuala tersebut.
TINTED
Bukan untuk gaya penampilan luaran kereta semata tapi ada fungsinya. Laburkanlah sedikit wang untuk mendapatkan tinted yang berkualiti dan tahan lama. Dengan melakukan tinted pada cermin, bahang di dalam kereta tidaklah akan terasa sangat. Ia menghalang bukan sahaja suhu panas malah kadar radiasi solar yang tidak baik.
Ads
PASANG PENGHAWA DINGIN DENGAN BUKA TINGKAP SEDIKIT
Selepas mula membuka penghawa dingin, bukalah tingkap sedikit. Ini untuk memastikan udara panas di dalam kereta dapat digantikan segera dengan udara luar. Selepas selama 30 saat, anda boleh tutup tingkap semula dan nikmatilah suhu yang best dengan penghawa dingin tanpa rasa bahang.
Semoga tip ini mampu membantu anda mengurangkan rasa bahang dan menikmati pemanduan yang lebih selesa di masa akan datang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video best seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=EzKC5HjFbJ8&t=5s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aston Martin secara rasminya memperkenalkan jentera hebat terbaru mereka, V12 Speedster. Menurut mereka, kereta kelas supercar ini dihasilkan dari inspirasi jet pejuang.
Melihatkan warna dan bentuk aeordinamiknya memangtidak syak lagi bahawa model Aston Martin ini merupakan antara model moden yang paling ‘elegan’ pernah dikhasilkan mereka.
Jentera hebat ini memuatkan saiz enjin yang sangat besar ke dalam ‘tubuhnya’ yang sedikit kecil. Dilengkapi enjin 5.2 liter twin-turbo V12, ia mampu menjana kuasa sebanyak 700hp atau kuasa kuda pada kadar 752Nm torque.
Dengan kuasa hebat dialirkan oleh enjin berkuasa besar, kereta yang menggabungkan rear-wheel-drive disokong oleh sistem transmisi ZF eight-speed.
Kuasa pecutannya tidak kurang hebat dengan mencatatkan dari 0 hingga 60mph dalam tempoh 3.5 saat sahaja dengan kelajuan maksima mencecah 186mph atau 300kmj!
Aston Martin V12 Speedster ini dibangunkan oleh Aston Martin dengan kolaborasi bersama Boeing yang mempunyai kepakaran dalam jet enjin pesawat.
Ia datang dalam pakej tanpa sebarang bumbung dan cermin hadapan. Manakala tempat duduk hadapan pula terdedah dan dipisahkan dengan crossbar yang besar dengan rekaan seolah-olah seperti kabin peswat pejuang.
Kereta hebat ini juga menggunakan bahan futuristik seperti satin karbon fiber dan getah 3D-printed.
Lebih menarik ia hanya dihasilkan sebanyak 88 unit sahaja di seluruh dunia dan diletak pada harga USD950 ribu (RM3.54 juta). Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi laman web rasmi Aston Martin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu petanda biasa yang boleh kita perhatikan ialah apabila berlakunya perubahan ada ada keluarnya bunyi tidak sepatutnya. Ini terutamanya apabila kereta sedang dibawa. Jika bunyi yang tidak patut dan pelik keluar makin kerap itu bermakna anda perlu sediakan poket yang lebih tebal.
Untuk mengelak kereta berdepan kerosakan lebih serius anda perlu kenal pasti beberapa jenis bunyi yang keluar. Kalau ada bunyi pelik dan lain dari kebiasaan periksalah dengan segera ya.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa jenis bunyi perlu anda risaukan.
KETUKAN PADA BAHAGIAN TAYAR
Jika ketika memandu anda mendengar ada bunyi seakan ketukan pada bahagian tayar itu mungkin berpunca dari kerosakan atau masalah spring penyerap hentakan atau absorber. Ketahuilah bahawa absorber yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kawalan kereta setika pemanduan.
GESERAN KETIKA BREK DITEKAN
Ini antara jenis bunyi perlu diberikan perhatian khusus. Kebiasaannya bunyi geseran yang berlaku ketika brek ditekan membawa maksud brake pad sudah semakin menipis. Ia juga menandakan brek anda mungkin berdepan masalah kegagalan berfungsi kerana cengkamannya sudah menyusut dan boleh membawa bahaya.
BUNYI SEAKAN SIULAN KETIKA MEMBELOK
Apabila membelok di jalan selekoh ia mengeluarkan bunyi nyaring geseran seakan siulan. Ini mungkin berpunca dari masalah bearing tayar atau mungkin juga pada timing belt. Apa-apa pun kedua-duanya pun boleh membahayakan pemanduan anda. Pergilah ke bengkel dengan segera untuk lakukan diagnosis lebih terperinci.
NYARING DARI BONET DEPAN
Tidak lain tidak bukan besar kemungkinan ia berpunca dari masalah timing belt. Jika putus ia boleh menyebabkan kerosakan yang mampu buat anda sakit jiwa! Ia perlu dibaiki segera kerana timing belt merupakan komponen kawalan sistem asas kenderaan. Rosak timing belt bermakna tersadailah kereta.
EKZOS MENGERAM KUAT BILA MEMECUT
Ketika melakukan pecutan lebih laju ada bunyi kuat dari bawah ekzos. Usah diabaikan kerana mungkin ia berpunca daripada masalah kebocoran pada ekzos. Kebocoran seperti ini cukup bahaya kerana boleh menjadi punca kepada pencemaran karbon monoksida kepada penumpang di dalam kereta. Pergilah baiki dengan segera sebelum bocor itu makin teruk.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih kekal hartawan Melayu terkaya Malaysia. Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah AS$57.3 bilion.