Bukan mudah sebenarnya untuk memiliki tubuh badan yang sempurna. Kerja keras, motivasi tinggi serta momentum yang kuat harus sentiasa dipraktikkan untuk memastikan bentuk tubuh badan yang ideal terus terjaga. Pemilik tubuh badan ini, Hasbullah menjadikan diri sendiri sebagai sumber inpirasi sebagai langkah untuk sentiasa tampil yakin di hadapan orang ramai.
Apakah motivasi utama anda dalam menghasilkan tubuh badan yang segak?
“Motivasi itu sendiri hadir apabila diri sendiri menjadi pencetus aspirasi dalam menjalani segala latihan untuk membina tubuh badan yang lebih segak. Apa yang lebih penting, kesihatan diri juga antara penguat motivasi saya dalam mengharungi segala cabaran. Jika saya tidak kuat, mungkin tubuh saya tidak akan begini. Mudah kalah. Saya kira, aktiviti senaman ini bukanlah hanya untuk diri saya sendiri, malah bagi mereka yang melihat, ia dapat dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat terutamanya anak muda tentang bagusnya memiliki hobi yang sihat.”
Siapakah inspirasi anda?
“Jujur saya katakan, inspirasi saya antaranya adalah Faez Nick”.
Apakah latihan mahupun senaman untuk memastikan tubuh badan kekal segak?
“Bagi saya, kesemua latihan “workout” chest, back, shoulder, bicep, tricep dan leg amat penting bagi memastikan kekuatan otot itu kekal lama. Namun, tidaklah saya lakukan kesemua sekali dalam satu masa. Kesemua latihan ini perlulah diseimbangkan.”
Bagaimana pula dengan diet anda?
Ads
“Saya ada mengamalkan diet. Tetapi tidaklah terlalu agresif. Cukuplah diet yang tidak menjejaskan kesihatan saya. Sebagai contoh, kurang pengambilan gula dan tidak mengambil pemakanan segera, ‘fast food’.”
Apakah perkara yang paling sukar dalam mengekalkan bentuk badan?
“Perkara yang paling susah sudah tentunya di bahagian “abs” kerana bahagian ini ia bergantung kepada corak pemakanan yang kita ambil. Jika tidak betul dan tidak berkualiti, maka ia akan mempengaruhi struktur “abs” itu sendiri.
Bagaimana anda mengekalkan momentum untuk sentiasa bertenaga?
“Masa! Bagi saya masa itu penting. Keseimbangan proses harian kita kalau betul pada corak masanya, ia akan memudahkan kita. Kita harus pandai menyusun masa bila waktu bekerja dan bersenam. Jika anda mahukan sesuatu yang diminati, haruslah berusaha dan berkorban untuk mendapatkannya.”
Ads
Tiga latihan yang anda cadangkan untuk dilakukan setiap hari?
“Abs, biceps dan chin-up.”
Cara motivasi?
“Saya lebih suka menonton video di Youtube, mengikuti laman sosial yang mempunyai ilmu mengenai workout. Apa yang penting, untuk menguatkan lagi asas motivasi saya, saya sentiasa akan mencabar diri sendiri.”
Goal anda?
Ads
“Impian saya agar tubuh badan sentiasa segak dan cantik walaupun umur semakin meningkat.”
Bagaimana untuk hasilkan six pack yang berkesan?
“Untuk hasilkan six pack yang bagus, 80% bergantung pada pemakanan dan 20% pada senaman. Tuntasnya, penjagaan makanan dari gula, minyak dan karbohidrat harus sentiasa diambil kira supaya tidak berlebihan, dan secara langsung memudahkan kita untuk mendapatkan six pack dengan lebih berkesan.”
Apakah perkara yang tidak harus dilakukan sewaktu membina badan?
“Bagi saya, pengambilan dadah dan arak adalah dilarang sekali.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buanglah persepsi lelaki perut bunci itu seksi. Ini kerana perut buncit sebenarnya boleh mengundang pelbagai penyakit.
Selain menjadi cepat lelah, lelaki yang berperut buncit juga menjadi kurang produktif dalam pelbagai hal.
Oleh itu, lelaki digalakkan untuk mengubah tabiat demikian agar tak mengah sewaktu naik tangga dan mengelakkan perkara-perkara berikut :
1. Menyebabkan pedih ulu hati
Ia telah dianggarkan bahawa pedih ulu hati menjejaskan ramai rakyat malaysia dan setiap tahun ratusan ringgit dibelanjakan pada ubat-ubatan untuk merawatnya.
Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus.
Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus.
Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.
2. Kekurangan tidur
Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dari hari, jadi anda boleh bangun bertenaga.
Tidur adalah penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau kehilangan ingatan.
Kebanyakan orang mengalami kekurangan tidur apabila makan pada lewat malam. Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut.
Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ organ pencernaan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana berkerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut
3. Penghadaman tidak sempurna
Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut.
Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikkan berat badan.
Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.
4. Strok (Angin Ahmar)
Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang anda mempunyai strok, menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece.
Kajian, yang memberi tumpuan kepada 500 orang yang sihat – 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut – mendapati bahawa orang-orang yang menunggu terpanjang antara makan dan tidur pada risiko rendah untuk strok.
Menurut kajian Refluks asid boleh menyebabkan apnea tidur, yang dikaitkan dengan strok. Satu lagi teori adalah bahawa proses pencernaan yang memberi kesan pada tekanan darah, tahap gula darah dan kolesterol mungkin boleh menyebabkan strok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa itu Tech Neck? Pasti anda tertanya-tanya bukan mengapa ia di panggil Tech Neck? Tech Neck adalah masalah kesakitan dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan technologi seperti gadget.
Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari. Pasti tekanan di leher dapat dirasai bukan? Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.
Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!
Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.
Antara Gejalanya ialah sakit atau lenguh tengkuk, bahu serta akan mengakibatkan anda sakit kepala. Silap hari bulan akan mengakibatkan sesak nafas serta lenguh dan kebas tangan.
Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.
Antara yang boleh ada lakukan sekiranya anda ada gejala-gelaja seperti di atas adalah berhenti tengok phone seketika, berikan otot anda berehat dengan baring tegak selama beberapa minit atau buatkan senaman leher dan bahu untuk menjalankan darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?
Kenapa Lelaki Perlu Pilih Boxer?
Semestinya Selesa
Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.
Lebih Fashionable
Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini,boxerbanyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.
Kelancaran Sperma
Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.
Seluar tidur
Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxersebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.
Penutup
Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam ketat!
PEMAKAIAN SELUAR DALAM KETAT MERUPAKAN ANTARA PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN JUGA MEMPENGARUHI BILANGAN SPERMA.
Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama. Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa. Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.