Kebanyakan anda golongan pekerja, tabiat meminum kopi boleh menjadi pemangkin ‘pembuka selera’ untuk mereka berdepan dengan pelbagai tugasan di pejabat atau tempat kerja.
Tapi ramai yang kadang-kadang lupa bahawa kopi mengandungi kafein. Dengan kesan kafein inilah yang boleh membuat anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala berdebar-debar. Tapi jika diambil berlebihan ia juga boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.
Jika anda alami beberapa gejala seperti MASKULIN kongsi di bawah, itu petanda anda harus kurangkan pengambilannya dengan segera.
Jika mula rasa jantung semakin pantas berdegup, itu petanda besar bahawa anda perlu kurangkan minum kopi. Kandungan kafein mencetuskan denyutan jantung yang pantas lalu boleh menyebabkan anda juga berasa sakit kepala.
Selepas minum kopi sahaja anda mula sakit perut yang memulas. Ia mungkin disebabkan berlakunya gangguan pada prosespencernaan. Kopi boleh menjadi punca kepada rfefluks gastroesofageal. Jadi kurangkan minum kopi buat sementara waktu.
Individu yang terlalu banyak minum kopi didapati akan muda berasa cemas. Selain itu mereka juga berdepan masalah kurang tidur dan sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik.
Inilah antara sebab mengapa ramai meminum kopi iaitu untuk mengelak rasa mengantuk. Namun jika diambil dengan banyak atau tidak kena pada waktunya; sebagai contoh waktu malam, maka ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Apabila tidur tidak cukup, keesokannya ada meminum lagi kopi untuk elak rasa mengantuk di pejabat. Ini lagi memburukkan keadaan.
Bagi penggemar kopi minuman ini mampu meredakan rasa tekanan mereka. Namun dalam satu kajian yang dijalan oleh Universiti Johns Hopkins mendapati individu yang minum lebih 5 cawan kopi akan berdepan sakit kepala.
Jangan lupa follow TikTok dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah.