Betul ke segelintir lelaki tak mahu menjaga penampilan disebabkan takut di gelar metroseksual?Namun beberapa habit ini lelaki tak boleh pandang ringan kerana ia mungkin boleh menyebabkan korang tua dari usia sebenar.
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
Sumber: Siakapkeli.my