Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia.
Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun hanya sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau jika anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutamanya kepada anda yang masih belum pernah merasainya.
Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit yang dihidapi oleh belakang badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain.
Secara terperinci ia akan dinyatakan seperti apa yang tertera di bawah:
Punca 1 : Masalah Pergerakan
Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya.
Kebiasaannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibiliti.
Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.
Punca 2 : Kecederaan
Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.
Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros.
Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
Punca 3 : Penyakit
Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.
Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh).
Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.
Sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI