Kalau dahulu, masyarakat kurang cakna dengan masalah kesihatan mental. Perkara ini secara tidak langsung mengakibatkan ramai orang, terutamanya lelaki bersikap lebih tertutup dalam meluahkan perasaan sekaligus menjejaskan kesihatan mental mereka.
Bagaimanapun, kini masyarakat sudah semakin peka dan lebih positif menghadapi golongan lelaki yang mengalamai masalah ini malah mula kemudahan bantuan juga semakin mudah untuk diakses.
Bagi selebriti dari negara jiran, Kunto Aji yang pernah mengalami perkara tersebut mengakui bagaimana kesihatan mentalnya lebih stabil selepas beliau mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
View this post on Instagram
“Saya menerima segala bentuk emosi dan saya melepaskannya dengan cara yang saya boleh, termasuk salah satunya dengan aktif bersukan, saya mencuba hidup sihat.
“Saya membaca buku-buku, rupanya makanan pun memberi kesan kepada kesihatan mental, dan ada cara berguna untuk memperbaiki kualiti tidur kita,” katanya ketika ditemui Maskulin dalam satu sesi sidang media sebelum konsertnya berlangsung di ibu negara pada Jumaat lalu.
@maskulinmy Dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, bukan sahaja fizikal lebih cergas malah emosi juga semakin membaik. Itu antara yang perkongsian penyanyi negara jiran, Kunto Aji yang terkenal dengan album Mantra-Mantra itu. #KuntoAji #LiveinKualaLumpur #Nusafest #ZeppKL #ShirazProjects ♬ original sound – Maskulin
Tambahnya, dengan lebih aktif bersenam, menjaga pemakanan dan memperbaiki corak tidurnya, beliau boleh merasakan perkembangan yang baik dalam kualiti hidupnya.
Kunto dikenali kerana mengetengahkan isu kesihatan mental di dalam album keduanya yang berjudul Mantra-Mantra.
Beliau yang bakal melancarkan album terbaharunya September ini memaklumkan, antara lagu yang dimuatkan di dalam album itu dibuat ketika kesihatan Allahyarham ayahnya semakin merosot akibat menghidap penyakit kanser selama dua tahun.
IBU PESAN JANGAN SERING BUAT LAGU SEDIH
Pemergian ayahnya pada 14 Jun tahun lalu itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kesihatan mentalnya, maka lagu Salam Pada Rindu dicipta dengan mengangkat tema kekeluargaan
“Ibu saya sempat berpesan supaya jangan selalu menghasilkan lagu-lagu sedih… Bila bercakap soal keluarga ini, selalu ada kehangatan, ada doa, ada harapan. Itu yang ditulis dalam Salam Pada Rindu,” katanya.
Hampir 2500 penonton hadir menyaksikan Konsert Kunto Aji yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur itu.
View this post on Instagram
Kunto Aji atau nama sebenarnya, Kunto Aji Wibisono yang berasal dari Yogyakarta, memulakan karier nyanyiannya selepas menyertai pertandingan Indonesian Idol pada 2008.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI